Sunday, May 1, 2016

Duhai Kupu-Kupu


Bismillahirrahmanirrahim

Duhai kupu-kupu
terbanglah melangit tinggi
mengejar cintamu
Hinggap dibunga yang indah
menghirup manisnya madu penawar duka
Duhai kupu-kupu
temani hidupmu 
dengan kalam Illahi
Moga dirimu
bahagia selamanya
 aminn

S. Hana AK

Wahai Jiwa Yang Menyenangkan Aku


Bismillahirrahmanirrahim

Wahai jiwa yang menyenangkan aku
moga engkau bahagia di sana
menjalani hidup dengan iman dan takwa
merentasi liku dengan penuh kebijaksanaan.

Wahai jiwa yang menyenangkan aku
gembirakan hatimu, usah berduka
carilah kegembiraan, jangan cari kesedihan
kerana dunia ini bukan untuk ditangisi
percayalah wahai diari jiwaku
jalan kebahagiaan amat luas terbentang
jika kita berani mengharunginya.

Wahai jiwa yang menyenangkan aku
maafkan aku atas khilaf diriku
ku mohon engkau mengerti
aku hanya mahukan sedikit penghormatan
hakku sebagai seorang wanita
sebagai seorang umat Rasulullah
kerana ingin ku jadikan diriku seperti
Khadijah mahupun Aisyah ataupun Fatimah
yang mendambakan redha dan cinta sejati
daripada Allah dan wildan yang menjadi 
bidadaranya di dunia dan akhirat.

Wahai jiwa yang menyenangkan aku
jika kita temukan jalan hidup
maka berdoalah pada-Nya
moga doa kita serupa
moga permintaan kita serupa
moga harapan kita menjadi kenyataan
tidak di dunia, mungkin di akhirat sana
insya Allah, aminnn


S.  Hana AK




Duhai Hati, Tenanglah


Bismillahirrahmanirrahim

Duhai hati
bertenanglah
usah berduka nestapa
usah turutkan kata hati
usah turutkan hati mudamu
gembirakan jiwamu
maafkan aku atas khilaf diriku.

Duhai hati
bertenanglah
dan bersujudlah
semoga kau bahagia selamanya.

Duhai hati
ketahuilah
kaulah yang teristimewa untukku
bersamamu bagaikan
akhirat itu miliku abadi.

Duhai hati
bertenanglah
kerana tenang itu ciri-ciri orang mukmin
dirahmati oleh-Nya di dunia dan akhirat.

Duhai hati
bertenanglah
istiqamahlah dalam menuju jalan-Nya
usah musnahkan dirimu
dengan tipu daya dunia
kerana sifatnya fana
tiba masanya hilang tak bernama.

Duhai hati
jujurlah tanpa prasangka
kerana syak wasangka itu
adalah raja dari segala penyakit.

Duhai hati
tenangkanlah dirimu
dalam segala hal
tenanglah
wahai diari jiwaku.


S. Hana AK