Monday, June 6, 2011

Terima Kasih Teman

Terima Kasih Teman
kerana memberikan aku sahabat
kerana memberikan aku kehidupan
kerana memberikan aku kekuatan
kerana memberikan aku kelemahan

Terima Kasih Teman
kerana membuatkan aku tahu
bahawa hidup ini perlukan kebijaksanaan
kerana membuatkan aku sedar
bahawa dunia ini memerlukan kasih sayang
kerana membuatkan aku insaf
bahawa alam ini juga punya hak seperti manusia
kerana membuatkan aku faham
bahawa cinta itu hanya untuk teman hakiki

Terima kasih Teman
kerana keranamu aku menjadi aku
kerana keranamu aku menjadi aku
kerana keranamu aku menjadi aku
benar kalammu
semuanya telah engkau sediakan
maka nikmat manakah lagi yang kami dustakan.

TERIMA KASIH TEMAN.
TERIMA KASIH.

S. Hana AK
Kuala Lumpur
2.22 Pm
8 June, 2011 (Selasa)

Friday, May 20, 2011

Lakaran cerita semalam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
hai pengembara blog saya? masih sudi menjengguk blog ini?
hari ini adalah hari ini, semalam adalah sejarah dan esok adalah masa depan.
semalam adalah hari terakhir saya berkhidmat sementara sebagai guru di SMK Slim, Slim River Perak. dan hari ini saya kembali ke Tanjung Malim.

sedih, memanglah sedih tapi kuatkan hati kan. saya pasti akan rindukan gelagat pelajar-pelajar saya. mesti. saya harap mereka juga akan tahu apa yang saya rasa apabila mereka sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing. terima kasih wahai pelajarku sekalian. cikgu akan ingat kalian selamanya. moga selamat dunia dan akhirat. salam

Monday, April 11, 2011

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum, hai pengembara blog saya? maafkan saya kerana sudah lama tidak mengirim post terbaru.

hmmm, terima kasih kepada yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa ini. carilah sesuatu yang luar biasa daripada blog saya yang kelihatan biasa-biasa ini. Insya Allah, kita akan dapat manfaatnya bersama-sama.

kepada anak-anak murid saya dan juga pelajar-pelajar sekolah yang lain yang melihat blog saya ini terima kasih cikgu ucapkan kepada kalian semua. harap kalian semua mendapat sesuatu yang berfaedah di sini.

Insya Allah, tidak lama lagi saya akan menamatkan pekerjaan sementara saya di sini, di sekolah ini. aduhhh, sedih rasanya bila mengingatkan warga sekolah ini. sedih dan pilu hati ini apabila mengenangkan perpisahan saya dengan pelajar-pelajar yang saya ajar. maafkan cikgu wahai anak didikku. cikgu bukanlah seorang guru yang terbaik untuk kalian walaupun cikgu sudah berusaha untuk menjadi yang terbaik walaupun tidak sebaik senior-senior cikgu.

emm, rasanya sampai sini sahaja kata-kata saya. salam Ukhuwah dan Assalamualaikum...