Assalamualaikum, hai pengembara blog saya? maafkan saya kerana sudah lama tidak mengirim post terbaru.
hmmm, terima kasih kepada yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa ini. carilah sesuatu yang luar biasa daripada blog saya yang kelihatan biasa-biasa ini. Insya Allah, kita akan dapat manfaatnya bersama-sama.
kepada anak-anak murid saya dan juga pelajar-pelajar sekolah yang lain yang melihat blog saya ini terima kasih cikgu ucapkan kepada kalian semua. harap kalian semua mendapat sesuatu yang berfaedah di sini.
Insya Allah, tidak lama lagi saya akan menamatkan pekerjaan sementara saya di sini, di sekolah ini. aduhhh, sedih rasanya bila mengingatkan warga sekolah ini. sedih dan pilu hati ini apabila mengenangkan perpisahan saya dengan pelajar-pelajar yang saya ajar. maafkan cikgu wahai anak didikku. cikgu bukanlah seorang guru yang terbaik untuk kalian walaupun cikgu sudah berusaha untuk menjadi yang terbaik walaupun tidak sebaik senior-senior cikgu.
emm, rasanya sampai sini sahaja kata-kata saya. salam Ukhuwah dan Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment