Wednesday, March 17, 2010

Pena musafir dunia untuk seketika

Assalamualaikum

entahlah, mengapa hati ini terdetik untuk menulis sesuatu dalam blog saya ini dengan tajuknya "Pena musafir dunia untuk seketika". saya lupakan Diari kehidupan saya buat seketika. hati ini seakan sayu sahaja. seakan rindukan sesuatu tetapi saya tak tahu apa. sedihkan sesuatu tetapi saya juga tak tahu mengapa, kenapa dan siapa.

mungkin saya rindukan ibu dan abang saya ataupun saya rindukan adik beradik saya ataupun kampung saya ataupun saudara seagama saya ataupun saya rindukan alam ataupun Allah SWT. saya tak tahu. cuma yang pasti hati ini mengerbang kesayuan, mengerbang kesedihan, mengerbang kekecewaan.

hati ini sebenarnya terusik apabila mendengar lagu nasyid dari corong radio blog seseorang serta setelah menngembara di blog orang lain. melihat isi blog mereka yang padat dengan cerita teladan dan padat dengan karya ilmiah seperti artikel islamik. sebetulnya saya ingin menangis kala ini tetapi rasa malu menguasai diri kerana rakan sebilik saya ada. saya cuma pendamkan perasaan sayu saya ini.

kerana itulah, saya menulis di sini. di blog saya yang tak seberapa ini. apakah mungkin berguna untuk masyarakat ataupun sekadar coretan saya sahaja. saya fikir, blog saya ini sepertinya tidak berguna buat semua orang, buat diri saya juga kerana isi kandungannya hanyalah kata-kata biasa dari seorang manusia biasa yakni seorang musafir dunia. saya terfikir kan sesuatu, apakah saya akan membuat perubahan kepada blog saya ini. entahlah, saya belum membuat keputusan lagi.

semalam saya bermimpi tetapi saya tak hiraukan sangat mimpi itu kerana yakin ianya merupakan mainan tidur ataupun godaan dari syaitan. dan seperti biasa saya akan terjaga setelah habis bermimpi. dulu saya bertemu dengan gemulah ibu saya dan gemulah abang saya. seperti biasa mereka juga tak bercakap sebarang patah kata kepada saya. mereka hanya memandang saya dan hilang begitu sahaja. hanya saya yang terkial-kial mencari mereka ke sana-sini.

hemmm, kadang-kadang kita memikirkan sesuatu yang membuatkan kita bersedih hati. kadang-kadang kita juga membuat sesuatu sehingga menyebabkan kita kecewa. dalam keadaan saya sekarang ini, mahu sahaja rasanya saya pergi ke suatu tempat yang cantik, pawananya lembut bertiup, pemandangannya sungguh menarik, ada gunung, ada bukit, ada awan biru, ada senja, ada pagi, ada sang bulan dan bintang, laut, ada sawah, ada burung berkicauan, tapi di manakah tempat itu? ia cuma khayalan saya sahaja tetapi saya sangat berharap supaya dapat menjadikannya kenyataan.

ketika saya duduk itu saya akan mengalunkan lagu puisi bersama dengan sebuah gitar. kemudian mengalunkan muzik. lepas itu saya akan melukis. melukis apa sahaja. kemudian saya akan berjalan ke sana ke mari untuk melihat tempat-tempat yang menarik. kemudian saya akan bercakap dengan alam, seandainya alam pandai bercakap kala itu. saya akan katakan pada mereka bahawa saya rindukan sesuatu tapi tak tahu siapa.

tapi semua itu hanyalah fantasi belaka. mana mungkin saya akan dapat ke sana. mana mungkin saya akan melukis padahal saya tak arif dalam bidang ini. malah saya hanya pandai melukis wajah orang. lagi pula manalah saya tahu memetik gitar. apalagi mencipta sebuah muzik yang melankolik, menyentuh jiwa dan menusuk jauh ke dasar kalbu.

kadang-kadang saya tertanya-tanya. siapakah 'aku'. kenapa 'aku' jadi 'aku'. mengapa orang lain jadi orang lain kemudian jadi aku? hemm, saya tak tahu sebenarnya mengapa saya jadi saya, aku jadi aku, kamu jadi kamu, engkau jadi engkau, kami jadi kami, mereka jadi mereka dan kita jadi kita.

emm, tak apalah, mungkin ini sudah suratan takdir yang setiap orang akan mengalaminya. biarlah saya hentikan coretan saya kali ini kerana ada sesuatu perkara yang ingin saya lakukan. pena musafir dunia akan berhenti setakat ini sahaja. salam.....

Monday, March 15, 2010

Diari Kehidupan 43

Bismillahirahmanirahim
15 mac 2010 (Isnin)

Assalamualaikum,
apa khabar pengembara blog saya. sihat ke atau masih berada dalam keadaan yang kurang memuaskan? adakah anda ada perasaan marah, benci atau tak suka dan bersedih. kalau perasaan itu, berwudhuklah, buatlah apa sahaja untuk menghilangkan perasaan itu seperti mendengar muzik atau membaca. kalau saya, jika saya sedih saya akan menulis, baca sajak dan membaca buku. ia mampu menghilangkan perasaan sedih kita.

baiklah, apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah kisah saya untuk hari ini. hari ini saya bangun pukul 10.00 pagi. saya bersiap untuk ke kelas kerana ada pembentangan sejarah untuk kumpulan saya hari ini pukul 11 pagi bertempat di DKB(Dewan Kuliah B).saya awal juga bersiap masa tudan terus pergi ke kelas. dalam perjalanan saya bertemu dengan kawan saya Walter dan Azmee. kedua-duanya berasal dari Sabah.

dalam perjalanan tu kami berbual-bual. dah tak peduli dengan keadaan sekeliling. sampai kampus berpisah. diorang pergi ke kelas diorang saya pergi ke kelas saya. sampai kat DKB tu...aik, mana pergi orang-orangnya. tengok kiri kanan, rupanya mereka sedang duduk di suatu sudut tak jauh dari saya. saya pun pergi ke sana.

" kenapa tak masuk?" saya bertanya.

" kuliah kita digunakan untuk konvo ( Konvokesyen)." jawab salah seorang dari mereka. saya mengangguk. tahu perkara sebenar.

akhirnya kuliah pada hari itu batal dan saya balik ke rumah. sebelum tu jumpa pensyarah untuk pinjam buku panduan menulis karya kreatif. sampai kat kolej saya beli makanan. makanan saya harganya tak sampai pun RM 2.00. punyalah saya gembira. untuk melebihkan kepada harga Rm 2 lebih saya pun beli air oren rm 1. kat rumah apalagi tibailah...

lepas makan saya buka internet untuk melihat cerpen saya yang tersiar dalam penulisan2u.my. tajuknya Gelombang 04. hah, kalau nak baca cerpen ni sila ke laman web penulisan2u.my. kemudian pukul 2.00 pm saya pun tidur sekejap sebelum pergi ke kuliah pukul 2.30 pm nanti. tapi baisalah bila dah tidur tu, dah tak sedar-sedar dah. nasib baiklah rakan sebilik saya Suraya kejutkan. kalau tidak, hmm, melepaslah kuliah hari itu untuk kursus Kaedah Penyelidikan.

bila kuliah baru nak mula datang pula geng-geng saya hantar assignment. saya kuliah di pejabat pensyarah saya iaitu Dr. Siti Kahriah kerana hanya saya seorang yang ambil kursus tu. yang selebihnya hanyalah sembang-sembang. sampailah pukul 4. saya minta izin untuk balik kerana saya nak pergi ke gim untuk latihan.....di bawah kelab. dalam perjalanan balik tu sekali lagi saya terserempak dengan Walter dan Azmee. kami pulang sama-sama.

pukul 4.00 saya pun pergi ke latihan namun hujan tiba-tiba turun. lebat juga. nasib baiklah saya ada bawa payung. secara kebetulan je. tak terfikir pun nak bawa payung tetapi saya ingat yang saya ada simpan payung kat dalam kocek beg sandang saya masa saya pergi ke KL hari itu. hujan berhenti ketika jarum jam menunjukkan pukul 5.00.

saya sampai kat gim pukul 5.30 bersama dengan rakan saya, Mimi. orang sabah juga. kos sains sukan. lasak dia ni. di belakang gim tu ada pesta konvo, jual-jual barang. tak pergi tengok pun. hampir nak dekat pukul 7 pm baru balik. jumpa Ketih dan Umie di bastop khar. Umie suruh saya update blog. jadi masa ni saya pun update lah.

emm, nak tidur kejap. nanti nak buat tugasan kumpulan pula. baiklah, sampai sini sahaja wahai diri dan anda semua, salam......Hanako

Saturday, March 13, 2010

Suatu pagi

Suatu pagi yang dingin
Ketika embun menitiskan air matanya
Ketika bayu menghembuskan nafasnya
Kedengaran suara ayam jantan
Bersahutan di luar gerimis
Sambil menemani
langit yang kelam

lalu ketiga-tiganya bergumpal
menjadi satu sebatian alam
menghempas jatuh ke wajah suci
menyusur lurah bukit-bukit kulit halus
membinggitkan telinga tapi didambakan
adalah kebiasaan yang menjadi teman bicaranya

ketika sahabat yang lain
mengabdikan mimpi dalam alam mimpi
dia pula merentangi pentas sundanya
yang berliku, yang berteluk
dan memegar kegairahan anehnya
dengan pen, buku, kertas, pemadam
di atas meja kayu buruk.

Nukilan: Shana AK
290905
Kg kipaku