Wednesday, March 17, 2010

Pena musafir dunia untuk seketika

Assalamualaikum

entahlah, mengapa hati ini terdetik untuk menulis sesuatu dalam blog saya ini dengan tajuknya "Pena musafir dunia untuk seketika". saya lupakan Diari kehidupan saya buat seketika. hati ini seakan sayu sahaja. seakan rindukan sesuatu tetapi saya tak tahu apa. sedihkan sesuatu tetapi saya juga tak tahu mengapa, kenapa dan siapa.

mungkin saya rindukan ibu dan abang saya ataupun saya rindukan adik beradik saya ataupun kampung saya ataupun saudara seagama saya ataupun saya rindukan alam ataupun Allah SWT. saya tak tahu. cuma yang pasti hati ini mengerbang kesayuan, mengerbang kesedihan, mengerbang kekecewaan.

hati ini sebenarnya terusik apabila mendengar lagu nasyid dari corong radio blog seseorang serta setelah menngembara di blog orang lain. melihat isi blog mereka yang padat dengan cerita teladan dan padat dengan karya ilmiah seperti artikel islamik. sebetulnya saya ingin menangis kala ini tetapi rasa malu menguasai diri kerana rakan sebilik saya ada. saya cuma pendamkan perasaan sayu saya ini.

kerana itulah, saya menulis di sini. di blog saya yang tak seberapa ini. apakah mungkin berguna untuk masyarakat ataupun sekadar coretan saya sahaja. saya fikir, blog saya ini sepertinya tidak berguna buat semua orang, buat diri saya juga kerana isi kandungannya hanyalah kata-kata biasa dari seorang manusia biasa yakni seorang musafir dunia. saya terfikir kan sesuatu, apakah saya akan membuat perubahan kepada blog saya ini. entahlah, saya belum membuat keputusan lagi.

semalam saya bermimpi tetapi saya tak hiraukan sangat mimpi itu kerana yakin ianya merupakan mainan tidur ataupun godaan dari syaitan. dan seperti biasa saya akan terjaga setelah habis bermimpi. dulu saya bertemu dengan gemulah ibu saya dan gemulah abang saya. seperti biasa mereka juga tak bercakap sebarang patah kata kepada saya. mereka hanya memandang saya dan hilang begitu sahaja. hanya saya yang terkial-kial mencari mereka ke sana-sini.

hemmm, kadang-kadang kita memikirkan sesuatu yang membuatkan kita bersedih hati. kadang-kadang kita juga membuat sesuatu sehingga menyebabkan kita kecewa. dalam keadaan saya sekarang ini, mahu sahaja rasanya saya pergi ke suatu tempat yang cantik, pawananya lembut bertiup, pemandangannya sungguh menarik, ada gunung, ada bukit, ada awan biru, ada senja, ada pagi, ada sang bulan dan bintang, laut, ada sawah, ada burung berkicauan, tapi di manakah tempat itu? ia cuma khayalan saya sahaja tetapi saya sangat berharap supaya dapat menjadikannya kenyataan.

ketika saya duduk itu saya akan mengalunkan lagu puisi bersama dengan sebuah gitar. kemudian mengalunkan muzik. lepas itu saya akan melukis. melukis apa sahaja. kemudian saya akan berjalan ke sana ke mari untuk melihat tempat-tempat yang menarik. kemudian saya akan bercakap dengan alam, seandainya alam pandai bercakap kala itu. saya akan katakan pada mereka bahawa saya rindukan sesuatu tapi tak tahu siapa.

tapi semua itu hanyalah fantasi belaka. mana mungkin saya akan dapat ke sana. mana mungkin saya akan melukis padahal saya tak arif dalam bidang ini. malah saya hanya pandai melukis wajah orang. lagi pula manalah saya tahu memetik gitar. apalagi mencipta sebuah muzik yang melankolik, menyentuh jiwa dan menusuk jauh ke dasar kalbu.

kadang-kadang saya tertanya-tanya. siapakah 'aku'. kenapa 'aku' jadi 'aku'. mengapa orang lain jadi orang lain kemudian jadi aku? hemm, saya tak tahu sebenarnya mengapa saya jadi saya, aku jadi aku, kamu jadi kamu, engkau jadi engkau, kami jadi kami, mereka jadi mereka dan kita jadi kita.

emm, tak apalah, mungkin ini sudah suratan takdir yang setiap orang akan mengalaminya. biarlah saya hentikan coretan saya kali ini kerana ada sesuatu perkara yang ingin saya lakukan. pena musafir dunia akan berhenti setakat ini sahaja. salam.....

No comments:

Post a Comment