Kabus dari perbukitan. Malam tadi hujan maka hari ini keadaan
sekitar dipenuhi kabus. Namun kabus seperti ini masih nipis, masih terlihat
rumah-rumah penduduk kampung. Tapi tak mengapa sebab saya masih suka dan akan
sentiasa menyukainya.
Duhai
pagi
Bawalah jiwaku bersamamu
Bersenandung di bawah embun pelangi
Melakar cinta di bawah sinaran mentari.
Bawalah jiwaku bersamamu
Bersenandung di bawah embun pelangi
Melakar cinta di bawah sinaran mentari.
#
bahasa alam bahasa qalbi
# keindahan yang abadi
# keindahan yang abadi
Jika semalam hari hujan, hari ini langit
cerah. Biru dan putih menguasai angkasa. Matahari bersinar indah. Burung-burung
merdu berkicau di balik dahan. Kekadang terbang melayang di udara. Pohon-pohon
lebat merimbun. Rumput-rumput segar mendongak ke udara. Bayu petang berhembus
sepoi-sepoi bahasa. Sungguh, petang yang indah. Kekadang semilir perbukitan
bertiup lembut. Saya suka dan akan sentiasa menyukainya.
# bahasa alam bahasa qalbi
# petang yang dingin tapi nyaman
# rindu alwan pelangi tujuh warna
# petang yang dingin tapi nyaman
# rindu alwan pelangi tujuh warna
Pagi ini suasana berkabus. Sarang lelabah
teguh berdiri di sekitar padang luas. Keadaan ini jarang berlaku. Jika tiada
kabus maka lelabah pun sombong mahu mendirikan rumah mereka tapi andai suasana
berkabus akan kelihatan berbelas belas buah sarang lelabah di segenap padang
rumput ini. Sebenarnya inilah yang saya nantikan selama ini. Mahu melihat sendiri
sarang sarang ini setelah bertahun tahun tak bersua. Teringat masa kecil kecil
dulu. Pagi pagi jika keluar ke bendang pasti saya dan adik adik akan melihat berpuluh puluh buah
sarang lelabah di sekitar halaman rumah. Keseronokan terasa apabila masing
masing memusnahkan mereka dengan tangan mahupun kaki atau kayu. Namun bila
mereka merajuk kami akan mula merinduinya lalu mencarinya di serata tempat.
Memori memori itu sentiasa tersemat di fikiran. Rindu itu sentiasa ada. Di
sini, di dalam hati ia bersemadi.
# bahasa alam bahasa qalbi
# cintai alam sekitar kita
# rindu yang tertahan
# cintai alam sekitar kita
# rindu yang tertahan
Alam telihat indah di sana. Embun, kabus,
matahari dan langit biru saling berpadu menjalinkan keindahan yang fana. Tiba
masanya ia akan hilang dibawa pawana selatan. Namun, walau siapapun dan apapun
mereka, ia tetap menitip kerinduan kepada kita.
# siulan burung kenari
# dinihari yang indah dan dingin
# bahasa alam bahasa qalbi
# dinihari yang indah dan dingin
# bahasa alam bahasa qalbi
Kalau semalam terlihat langit berubah warna
di kala pagi menjelma, hari ini kabus menyelimuti hampir kesemua kawasan
perbukitan. Di sana sini burung-burung bercengkerama, menyanyikan bahasa bonda.
Entah di mana mereka bertenggek, tak pula kelihatan berterbangan di udara.
Teringat nostalgia kanak kanak dulu. Saat keluar dari rumah, kabus tebal
menyelimuti keseluruhan kampung hingga tidak kelihatan rumah rumah yang gagah
berjiran antara satu sama lain. Kadang rasa takut bercampur gembira menghuni hati nurani. Takut andai kabus itu
tidak hilang dan gembira kerana saya boleh bermain dengan embun. Saya cukup
suka bila suasana berkabus. Ia menunjukkan alam masih terpelihara dan rama rama
cinta masih ceria menyedut nektar pada kuntuman bunga bunga indah. Moga
kedamaian masih hak milik kita sahabat semua.
Pagi tadi bangun jam 6 lebih. Buka saja
pintu ruang tamu terus nampak suasana ini. Keterujaan membuat saya berlari
keluar. Ambil gambar banyak-banyak sebab suasana begini jarang terjadi. Corak
awan gemawan itulah yang selalu memukau saya sejak kecil hinggalah kini. Saya
masih ingat lagi masa budak budak dulu saya suka tengok pemandangan langit di
awal pagi. Sangat cantik. Corak awan gemawan membuatkan saya seperti berada di
kayangan (waktu itu saya fikir tempat itu benar benar wujud ). Selalu saya keluar rumah awal pagi semata mata
mahu melihat matahari terbit di balik cerminan dan pantulan cahaya mentari yang
menghasilkan warna yang amat indah dipandang. Melihatnya puas puas sebelum ia
hilang di balik sinar suria yang galak menguasai bumi. Menghayatinya membuatkan
saya rasa Allah swt itu sangat dekat. Bukti Allah Swt Maha Besar.
# bahasa alam bahasa qalbi
# cintai alam sekitar kita
#alam bukti kebesaran Allah swt
# cintai alam sekitar kita
#alam bukti kebesaran Allah swt
No comments:
Post a Comment