Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua. Hari ni dah masuk tiga hari dah kita berpuasa. Moga kita terus istiqamah dan kuat dalam menempuh apapun ujian daripada Allah SWT. Hari ini saya tak pergi tarawih. Tarawih di rumah sahaja. Badan tak berapa sihat. Insya Allah, moga Allah SWT berikan saya kekuatan untuk solat tarawih berjemaah esok. Aminn.
Semalam pergi tarawih. Sangat seronok rasanya. Entah kenapa saya rasakan ketenangan setiap kali imam membacakan surah. Terkenang tarawih di kolej dulu. Bagaikan berada di hadapan Kaabah rasanya. Suara imam yang berlagu merdu. Doanya sangat menusuk kalbu hinggakan tanpa sedar saya menangis. Teringat dosa, teringat semua kelemahan saya. Sungguh saya hanyalah hamba Allah SWT yang tidak sempurna seperti mana sifat manusia sejak azali. Bagaimana begitu banyak dosa yang bertimbun. Moga Allah SWT akhirkan hidup kita dalam keadaan kita tidak berhutang, dalam keadaan khusnul khatimah, dalam keadaan kita berada dalam RedhaNya dan rahmatNya sahabat semua. Insya Allah, aminn.
Saya berdoa moga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang terdahulu. Menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Moga bahagia ada untuk kita dia akhirat sana sahabat semua. Insya Allah, aminn. Esok akan masuk hari yang keempat. Insya Allah, moga Allah SWT permudahkannya. Selamat menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan sahabat semua. Moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Teringat masa kecil-kecil dulu, setiap kali bulan ramadhan, tiap malam pergi surau yang jauhnya beberapa kilometer. Tapi walaupun jauh, semangat nak tarawih tu sentiasa ada. Lepas berbuka saja, terus bersiap ke surau. Jalan kaki. Tak ada kenderaan. Basikal pun tak ada. Kalau hujan tengok keadaan. Masa pergi tu memang tak boleh kalau tak pandang langit. Mesti setiap kali ke surau, masa jalan mesti pandang langit. Kira bintang. Tengok bulan. Tengok kalau-kalau ada tahi bintang. Cari buruj. Subhanallah, memori itu sangat sukar untuk dilupakan. Sangat seronok rasanya. Indahnya ciptaan-Nya. Subhanallah.
Sampai di pokok ara, lariii. Kononnya pokok ara itu berhantu. Memang mesti setiap kali lalu pokok itu, kaki mesti langkah seribu. Tak boleh jalan. Sambil lari terjerit-jerit sambil terbayang-bayang hantu tu. Sama ada masa pergi atau balik, sama saja. Kalau tak lari pun mesti langkah tu panjang-panjang. Siapa yang tertinggal nahaslah. Sekarang pokok itu dah tak ada. Sudah ditebang beberapa tahun yang lalu. Sangat rindu dengan zaman kanak-kanak. Sangat rindu pada suatu masa dulu. Ketika alam masih belum dicemari sepenuhnya. Langit masih penuh dengan kerdipan lampu alam. Masih boleh nampak bulan tesenyum di sisi sang bintang.
Sampai sini sahaja sahabat semua. Moga jumpa lagi. Salam...
#Selamat menyambut bulan Ramadhan.
#Gambar bukan milik saya
No comments:
Post a Comment