Saturday, August 13, 2011

Berkasih hanya yang Satu, Berteman biar berjuta-juta (Catatan di suatu subuh)

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan apa khabar pengembara blog saya. kali ini saya ingin memintal pena untuk melakarkannya ke dalam blog ini pada pukul 3.21 pagi. semalam tidur awal sikit dan alhamdulillah terbangun subuh-subuh begini. selalunya petua untuk menulis bagi mereka yang sudah lama berada dalam bidang penulisan (tak termasuk saya)adalah bangun malam-malam sekitar pukul 3-5 untuk melantunkan pena mereka ke atas kertas. memang mata segar dan idea mencurah-curah bak hujan yang turun dengan lebat.

Anda suka menulis, bolehlah mulakan petua ini. anda ingin belajar, cubalah petua ini. baiklah, berbalik kepada tajuk di atas sekali, agak-agak apa agaknya yang saya ingin kongsikan kepada anda? harap anda semua faham dengan tajuk di atas itu dan dengan serba-sedikit saya akan menguraikannya agar anda akan lebih faham berbanding hanya memaksa diri untuk memahami tajuk semata-mata.

berkasih hanya yang satu maksudnya adalah berkasih kepada Allah SWT. bukan lelaki ataupun perempuan ataupun dikenali sebagai manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak kita cintai sepenuh hati. cinta yang sejati dan cinta yang hakiki adalah milik ALlah. manakala cinta yang sejati adalah milik manusia tapi dia tidak akan berjaya mendapatkan cinta yang hakiki.

berteman biar berjuta-juta pula adalah khas untuk manusia. bertemanlah kita biar berjuta-juta bahkan berbilion-bilion manusia di muka bumi ini tapi ingat, begitu sukar untuk mencari sahabat. sahabat yang sanggup berkorban untuk kita. sahabat yang sanggup berjasa walaupun dirinya sendiri menderita. dan saya juga dengan rendah diri tak mampu menjadi sahabat yang terbaik. malah saya rasakan saya hanya layak menjadi rakan. rakan untuk bergembira, rakan untuk ketawa tapi bukan rakan untuk bersedih. bukan rakan untuk maraih syurga Illahi.

baiklah, mengantuk lah pula. sebenarnya tadi saya ingin menceritakan suatu kisah kepada anda semua. tapi bila tulis punya tulis, isinya jauh menyimpang dari tajuk yang ingin saya bicarakan lalu saya membuangnya terus dari akal blog ini. panjangnya sudah satu muka surat kot campur dengan mukadimah saya ini tapi apabila dirasakan ianya tak sesuai dipaparkan walaupun saya boleh mengubah tajuk post saya maka saya memadamkannya terus dari fikiran saya dan blog ini.

sekarang jam sudah menunjukkan pukul 4.21 pagi. sekejap lagi saya mahu membangunkan sahabat-sahabat saya untuk bersahur. dan Insya ALlah saya akan melihat-lihat karya-karya saya jika ada yang ingin ditambah. oh ya, saya ingat. karya saya yang saya ingin jadikan novel masih tidak bertambah sejak beberapa bulan ini. tengoklah nanti, saya mahu buat atau tak. tapi yang pasti saya akan menjelajah seketika sekadar melintasi teman-teman (cerpen, novel dan puisi) yang selama ini banyak membantu saya demi mencapai impian yang sekian lama belum tercapai.

semoga di bulan yang mulia ini Allah berikan saya waktu dan tenaga serta motivasi untuk menghasilkan lebih banyak karya lagi. Insya Allah.

maka dengan itu saya akhiri entry ini dengan lafaz Assalamualaikum untuk diri dan anda semua.Salam...

No comments:

Post a Comment