Tuesday, August 31, 2010

CATERA ALAM

Biru itu langit
Kuning itu senja
Hijau itu alam
Hei! Nanti!
Tiada sudah biru
Tiada sudah kuning
Tiada sudah hijau
Jadi apa yang ada!
Semuanya sudah tiada.

Hei nanti!
Biru sudah ada
Kuning sudah ada
Begitu juga dengan hijau
Mengapa begitu!
Hujan sudah turun
Awan menghilang
Matahari bersinar kembali.

Hei tunggu dulu
Mengapa
Ada orang datang
Di mana
Di sebalik pohon itu
Tunggulah
Ya…tunggulah sampai
Bila-bila.

S. Hana AK
30/12/05
Kg. Kipaku.

Friday, August 27, 2010

Kata-kata Renungan

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Thursday, August 26, 2010

Diari kehidupan 56

Bismillahirrahmanirahim
27 Ogos 2010 (Khamis)

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya? masih sudi mengunjungi blog saya yang biasa-biasa ni? kalau sudi, terima kasih saya ucapkan. alahai, dah lama rasanya saya tak menulis diari kehidupan saya kan.

baiklah, tak apa. saya akan tulis diari saya yang baharu ya. emm, tentang apa ye...hah, macam mana kalau saya ceritakan ramadhan kali ni. sebenarnya, bagi saya ramadhan kali ini kelihatan biasa-biasa saja.tekad dan azam saya kali ini ialah memenuhkan solat tarawih tiap hari. Insya Allah, jika tak ada halangan. tapiiii saya dah miss 2 malam solat tarawih sebabnya pergi ke Kl.

hmm, yang tu biarkan ia berlalu. sekarang ini saya nak teruskan solat di hari-hari yang lain. tentang persediaan saya untuk raya pula, saya belum buat persediaan. kemungkinan saya akan balik Kl atau duduk di kolej saja. beraya sendiri di sini. beraya dengan dinding, meja, kerusi, barangan dapur, siling, kipas, lampu, haiwan kecil, katil dan sebagainya. turut serta ialah alam, burung, angin, langit dan mentari.

macam sem-sem lalu lah juga. entahlah kawan-kawan, saya malas nak pergi mana-mana. jika orang sibuk dengan hari raya, saya pula sibuk dengan keputusan nak balik Kl atau duduk kolej. kawan-kawan yang lain pun dah berbuih mulut bagi cadangan.

" balik rumah sayalah."
" balik rumah kakak awak lah, tak payah duduk kat kolej."
" balik kg awak lah."

tapi sebenarnya, saya tak nak balik. yalah, alang-alang merantau, baik tak payah balik kampung. sebabnya suatu hari nanti, kita pasti akan balik ke tempat asal kita lagi.

hmm, rasanya dah tak ada yang nak dikisahkan, jadi saya akhiri diari kehidupan saya ini dengan lafaz salam untuk diri sendiri dan anda semua. salam....Hanako

Tuesday, August 24, 2010

Sinopsis Novel - Sinar Di hujung Senja

Novel Sinar Di Hujung Senja mengisahkan kehidupan tentang Ikram sejak kecil hinggalah dia dewasa. Ikram, pemuda yang tidak mendapat didikan agama yang cukup sejak kecil berusaha untuk menggapai cinta Illahi. Semasa kecil, dia yang dahagakan Ilmu agama berusaha sendiri mencari guru yang boleh mendidik dan mengajarnya tentang Islam walaupun mendapat halangan dari ayahnya. Ketika menginjak usia remaja, Ikram terlibat dengan cinta monyet di sekolahnya. Sehinggalah dia berjaya menjejak kaki ke universiti, di situ kehidupannya mula berubah.

Cintanya yang tidak kesampaian, telah membuatkan Ikram berubah secara drastik. Solat lima waktu yang sering di lakukannya dahulu sudah jarang dilaksanakan tepat pada masanya. Begitu juga solat tahajud yang selalu dilakukannya sudah ditinggalkan. Malah Ikram juga sudah berani menjejak kaki ke pusat karoke yang menampilkan beberapa pelayan wanita yang seksi dan menghairahkan. Nasihat rakan-rakannya tidak dihiraukan sehinggalah suatu hari apabila seorang rakannya meninggal dunia akibat kemalangan dan kematian ayahnya juga telah menyebabkan Ikram kembali insaf. Kehidupan di dunia adalah sementara. Semua ini telah menyebabkan Ikram kembali menjadi Ikram yang dahulu. Seorang pemuda yang soleh. Allah telah memberikannya hidayah kembali.

Ikram bersyukur kerana mendapat Hidayah kembali. Ketika dia mengajar di sebuah sekolah di Sabah, Ikram bertemu kembali dengan wanita yang dicarinya selama ini di majlis perkahwinan rakannya. Wanita yang telah membuatkan hidupnya berubah ketika di universiti. Cinta yang sekian lama bertunas kembali mekar. Akhirnya mereka disatukan menjadi sepasang suami isteri yang sah. Tahun demi tahun berlalu, Ikram mengalami mimpi yang mengasyikkan. Rupanya mimpi itu mempunyai tanda tertentu. Akhirnya Ikram dijemput kembali oleh-Nya. Anak-anaknya menjadi yatim piatu manakala isterinya menjadi janda.

Friday, August 20, 2010

Mimpi Nabi Allah

Assalamualaikum wahai pengembara blog saya. hari ini saya ingin menceritakan sebuah mimpi yang amat mengetarkan hati saya. saya sendiri pun tidak tahu benar atau tidak mimpi saya ini. namun apa yang berlaku ketika saya bermimpi, saya seperti berada dalam keadaan orang yang sedar.

saya bukannya bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. kala anda semua melihat tarikh dan membaca post ini, saya baru sahaja bermimpi tentang itu. saya bertemu bermimpi dengan nabi Witir dan nabi Anastapsia. entahlah, saya pun tak pasti adakah nabi-nabi terdahulu yang mempunyai nama seperti ini.

kedua-dua nabi itu sedang berhalaqah di suatu tempat bersama dua sahabat lain yang saya tidak kenal namanya. saya tahu dia nabi Anastapsia kerana ada ditulis namanya di sana manakala nabi witir pula saya tanya siapa dia dan dia menjawab " saya nabi Witir".

saya juga melihat dengan jelas rambut dan susuk tubuh badan kedua-dua nabi ini walaupun ketika itu mereka sedang duduk. nabi anastapsia berambut panjang dan disisir dengan kemas manakala nabi witir, saya tidak melihat rambutnya kerana ia mendepani saya.

nabi Anastapsia menyatakan kepada saya tentang agama Islam. katanya agama Islam adalah agama yang benar seperti yang dikatakan oleh ayahnya. saya tanya siapa ayahnya ( nabi Anastapsia) dan dia menjawab, Nabi Sulaiman As. malah salah seorang sahabat mereka itu menyatakan perumpamaan begini apabila sahabat di sebelah nabi witir itu tidak bersetuju dengan kata-kata nabi Anastapsia.

" adakah kita menmijak tanah jika telapak kaki kita nipis?" dan orang di sebelah nabi witir menjawab. " tidak. tentulah sakit kerana nipis."

" hah, macam tu jugalah dengan islam..." kata sahabat nabi tersebut.

apabila saya sedar saya terus ceritakan kepada rakan-rakan saya ketika saya bersahur dan kata kawan-kawan saya.." itu mainan tidur " dan macam-macam lagi.

entahlah kawan-kawan. apakah benar mimpi saya itu mainan tidur atau saya dibayangi oleh majalah yang saya baca. namun ketika saya tidur saya tidak membaca buku atau majalah dan tidak berdoa serta berwudhuk seperti yang selalu saya amalkan.

mungkin kah itu adalah kesan daripada perbuatan saya akibat tidak berdoa dan berwudhuk sebelum tidur. Wallahualam...

Mutiara kata

"Dengarlah dan ikutlah nasihat yang benar walaupun dari seorang yang paling jahat. Tinggalkanlah dan jauhkanlah perkara yang munkar walaupun ianya dibuat oleh orang yang paling baik."

Sunday, August 15, 2010

KISAH TELADAN-Keanehan-keanehan Peminta Sedekah

Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada beliau.

( i )

Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”

“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *

( ii )

Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu. “Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.

“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.

“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”

“Kami tidak punya.”

“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.”

“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”

“Kami tidak punya apa-apa.”

“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. *

( iii )

Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”

“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.

“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis.

Friday, August 13, 2010

KISAH TELADAN-Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isEtrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Wednesday, August 11, 2010

Diari Kehidupan 55

Bismillahirrahmanirahim
12 Ogos 2010 ( Khamis )

Assalamualaikum, wahai pengembara blog saya...
apa khabar anda semua. dah lama saya tak menulis di sini. maafkan saya. sempena bulan Ramadhan ini, saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada para pengunjung blog saya yang beragam islam. moga ramadhan kali ini diberkati oleh ALlah S.W.T.

baiklah, biarlah saya bercerita serba sedikit tentang perjalanan hidup saya beberapa hari ini. hari ahad, saya pergi ke rumah mak angkat saya di Trolak bersama-sama dengan sahabat baik saya. ingatkan nak pakai motor rupanya bas. dahlah baju saya baju t-shirt lengan panjang dan seluar treksuit sahaja. lepas tu selipar jepun pula. alaa, selipar jepun yang cantik lah. bukan selipar tandas tu. tapi tak apalah, buat muka selamba. selepas tu esoknya hari isnin, pagi-pagi lagi pergi ke penerbitan di KL bersama-sama dengan pensyarah Dr. Talib Samat.

naik kereta apa? hmm, pakai van lerrrr. sepanjang perjalanan seronok sangat sebabmnya tak ada ikon, ikonnya adalah sangkakala yang ditiup oleh malaikat israfil. segar sepanjang masa. sampai di sana singgah sebentar di DBP kemudian meneruskan perjalanan. sampampainya kami, kami disambut oleh pengurusnya dan apalagi, berboraklah. tak sempat nak tengok bilik-bilik tempat penerbitan sebuah buku.

selepas itu kami balik ikut hulu yam dan sampai di kolej pukul 10 malam. apalagi, lepas mandi dan sembahyang terus tidur. zzzzzzzzzzzzhmm, baiklah sampai di sini je Diari kehidupan saya yang boleh saya kongsikan kepada anda semua. salam kepada diri dan anda semua. salam...Hanako

Saturday, August 7, 2010

KISAH TELADAN-Bidadari untuk Umar r.a.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Thursday, August 5, 2010

KISAH TELADAN-ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).


Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Wednesday, August 4, 2010

KISAH TELADAN - Permohonan si Miskin dan si Kaya

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya danjuga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mau bersyukur kepada Allah SWT.