Saturday, September 12, 2009

Lagu burung serindit

Di dahan lebar
Hinggap burung serindit
Sayap moleknya dikibarkan
Tanda rasa suka
Pada angin, alam
pada senja, tuhan
pada gunung, bukit
pada langit, hujan
dan paruh kerdilnya
Berlagu.
Wittt..wit...wwiitt! Lagu burung serindit.


Di bawah dahan
Beristirehat sekumpulan pemuda
Berbaju melayu,
Bersongkok hitam,
Berkopiah putih,
Sebuku surah Yassin tersimpan kemas
Dalam genggaman tangan berwajah tenang.
Menanti hujan bilakah akan teduh.
Burung serindit di atas dahan terus menyanyi
Witt...wiwitt....siii..Lagunya, Lagu burung serindit.


Tidak jauh dari situ
Sebuah kubur berwarna merah
Tersadai dipanah hujan panas
Tuannya mula dihimpit persoalan
Bagaimankah dia hendak hidup di dunia barunya ini?
Apa akan dijawabnya nanti bila kelibat malaikat hisab
Akan menyoalnya?


Tiba-tiba muncul di depannya tubuh malaikat penyoal kubur
“ Siapa tuhanmu...Siapa nabimu...Apa agamamu....” tanya malaikat
di sebelah kanannya.
“ Tuhanku adalah Allah Ya Rabbil...nabiku ialah Muhammad...agamaku adalah
agama Islam.” Jawabnya bersemangat.
“ bohong ! kau sebenarnya hanya manusia palsu.”
“ benar... Aku tidak bohong...”
“ baiklah, kau tak perlu berkata lagi...biar tubuh badanmu pula yang bercakap.”
“ jangan....”




Di atas, hujan mula teduh
Pemuda-pemuda pembaca yassin
Meninggalkan pohon tempat serindit bertengkek
Dan burung serindit terus bernyanyi
Tapi lagunya, bukan lagu burung serindit
Lagunya, lagu kesenduan
Lagunya, lagu kedukaan
Dan di bawah tanah,
penghuninya keresahan
ketakutan merasuk di dalam diri
“ jangan tinggalkan aku...aku hendak pulang..tolong..tolong!”


Malam yang bening, di atas dahan
tinggallah burung serindit melagukan sendunya
tidak jauh dari situ
suara penghuni kubur bertanah merah
melaungkan kata-kata keinsafan.
“Ahhhhh.....maafkan akuuu....tolong Ya Tuhan. Aku ingin hidup kembali.”

S. Hana Ak
030807 ( Jumaat )
11.24 pm ( siap )
Kolej harun Aminurrashi ( KHAR )

Diari kehidupan 12

bismillahirahmanhirahim...
hari ini 12 september 2009
ramadhan semakin ke penghujung. tidak lama lagi raya dah nak mula. banyak juga orang tanya pada saya..." sujana, ko tak nak balik ke."
saya jawab " balik kat mana. kampung saya kan jauh. di seberang lautan."
" balik kat rumah kakak kau lah."
" oh, rumah kakak saya. saya tidak mau balik."
" kenapa pula."
" biasalah. nak juga merasa macam mana orang yang tak pernah beraya."
" kau tak sedih ke raya seorang diri. kalau saya mesti ngangis. masa raya tu mesti cium tangan mak dan ayah."
" buat apa nak sedih, buat apa menangis. kenapa kita perlu menangis masa raya. tangisan saya hanya kutujukan pada Tuhan. masa raya nanti saya ciumlah tangan saya sendiri. minta maaf pada diri sendiri. kalau dinding rumah ni ada tangan rasa nak cium juga sebab selama tinggal kat sini saya buat tidak tahu je dengan mereka semua. kerusi, meja, baloni dan yang seangkatan dengan kamu semua. saya minta maaf.
oh ya, masa sahur pagi tadi...macam biasalah..dodol..dodol...dodol...air kosong..air kosong..air kosong.pukul 9 lebih pagi tadi saya pergi auditorium dengan kawan saya, mimi. ada seminar untuk persatuan...saya di bawah kelab tea kwon do jadi saya pergilah. tapi tak sampai dua jam kami balik sebab tiada apa nak buat.
emmm..pukul 5 saya p beli makanan dan tiket untuk ke Kl esok...mak ai terkejut saya dengan harga tiketnya...10 ringgit bro...lesap duit saya sepuluh ringgit.
" kenapa mahal sangat. dulu 7 ringgit saja." soal saya pada penjaga tiket.
" biasalah. nanti lepas raya turun balik."
" cantekk...kalau lepas raya belum turun lagi saya akan terbalikan bas korang." maklumlah saya tiap bulan balik jumpa doktor. kalau tiap kali saya balik sepuluh ringgit tambang..alamat tak jadilah saya beli kereta yang boleh jadi megazord. macam dalam cerita power rangers tu.
lepas beli semua saya balik rumah...dalam hati tertunggu-tunggu Suliza bawa tengok Nur Kasih di laptop dia sebab semalam saya tak sempat tengok cerita ni kat tv 3.tapi wani kata dia pergi berbuka puasa dengan arjuna. oh, kecewa my heart. saya ni suka dengan drama nur kasih ni. kisah kekeluargaan dan kemanusiaan adalah drama kesukaan saya.
emm masih adakah sinar untuk saya menjalani kehidupan esok hari. esok saya akan melihat ragam manusia yang pelbagai ketika balik esok. ni yang saya suka ni. tengok ragam manusia khususnya di pudu raya dan di Lrt. bermacam-macam. kadang-kadang lucu, sedih, kecewa, marah, geram , gembira dan semua perasaan akan bercampur baur antara satu sama lain.ini semua sebenarnya menjadi ilham saya untuk saya garapkan dalam karya-karya saya. hidup ini sebenarnya banyak persoalan. cuma kita tidak menyedarinya. malah kehidupan ini ini juga adalah persoalan. hanya orang yang benar-benar menghayati kehidupan sahaja yang dapat menjawab persoalan itu tapi tidak semua. sebenarnya persoalan itu ada kalanya sudah dijawab tanpa kita sedari.
oh ya, saya teringatkan novel pertama saya yang saya namakan gerimis hati. mungkin akan diubah tajuknya. novel ini masih dalam peringkat untuk disiapkan. novel ini adalah kisah realiti hidup saya dan orang lain. saya perlukan sedikit masa lagi untuk menyiapkannya. mungkin habis semester ni saya akan siapkan dan mengakhirkan jalan ceritanya.
eh, saya belum sembahyang maghrib lah. isyak dah nak masuk dah. saya mau sembahyang dululah...sampai kat sini saja kisah hari ini. salam daripada Hanako untuk diri sendiri dan anda semua.....salam...Hanako

Friday, September 11, 2009

Diari kehidupan 8

bismillahirrahmanhirahim...
diari kehidupan ke 8 saya sebelum ini hilang pula. terdelete. entah macam mana boleh terdelete. jadi saya gantikan yang ini. hari ini 11 september 2009 (jumaat), saya makan dua biji dodol dan segelas air kosong masa sahur. eseh..ni pun kena bagitau juga kah...biasalah kan...suka hatilah. inikan diari kehidupan saya. nasib baik hari ini tiada cabaran buat saya. tapi ada jugalah...macam nak buka puasa pula bila tengah hari menjelma. tapi hati saya berkata sabar...sabar...sabar sujana..ko tu puasa, jangan ingat nak makan nanti batal puasa. jadi kemuncaknya saya teguhkan hati.
hari jumaat ni, saya kuliah toturial pukul 10 pagi di Tadahan utara 3. kursus pengantar teori dan kritikan sastera. masa sampai tu kelas dah mula. encik halim ajar teori puitika sastera melayu. saya yang tidak tahu apa-apa tersengih-sengih masa dia ajar sebab saya baru sampai. otak masih belum berfungsi lah katakan. habis kuliah tu saya pergi kuliah reka bentuk pula di tadahan utara 5 tapi tiada orang. jadi saya pergi kelas ganti peda di DKG yang sudah lam bermula iaitu pukul 10 lagi. sebenarnya saya lupa kelas ganti ni. mujurlah Asuani telefon saya.
masuk saja kat dalam tu wowww macam artis jugalah. yelah semua mata tertumpu kat saya. tapi dalam hati berdebar-debar mahu tahu apa respon pensyarah apabila nampak saya pakai baju biasa.
" dr, minta maaf kerana lambat." saya mulakan perbualan di depan kelas.
" kenapa lambat" tanya dr Adenan. saya rasa pensyarah saya ni mesti hairan dengan saya yang baru datang. mungkin dia fikir saya baru bangun dari tidur kot.
" saya ada kuliah di tadahan utara. pukul 10. minta maaflah."
" oh, oklah..kau boleh duduk."
saya pun cari tempat duduk.
" kuliah tu kuliah sejati ke."tanya Dr. Adenan sebelum saya sempat duduk.
" ya doktor. kuliah yang betul-betul.tutorial. pengantar teori." ujar saya sungguh-sungguh. "minta maaf sekali lagi."
" maaf awak saya dah lama terima. saya boleh terima kalau ada alasan mengapa awak lambat."
ujar Dr Adenan kemudian menyambung kuliah.
habis kuliah saya jumpa pensyarah dan balik. balik saja saya terus tidur dan bangun pukul 5. itupun wani yang bangunkan saya. sebenarnya kalau dia tak datang bilik saya tu, saya masih lagi terbuai-buai dalam mimpi. dia kata tak ada kuliah general english....maknanya batallah. pas tu kul 6 kami p berbuka puasa di restoren tomyam rakyat di pekan. hah masa nilah yang menguji kesabaran saya. dahlah lapar banget lambat pula makanan datang. nasib baik ada kuih yang dibeli oleh mak angkat kawan saya ni. minta air terus makan kuih. habissss. sejam menunggu baru makanan datang. wani dah berapa kali suruh kami blah saja dari situ. tapi saya kata sabar..sabar....
habis makan kami baliklah. kami nampak orang terawih kat dataran kolej. indah sangat bila dilihat dari jauh. nampak macam orang bertawaf dalam kaabah. rasa sejuk mata memandang. Subahanallah...saya bersuara dalam hati.
lepas sembahyang dan cuci baju saya buka laptop dan tengok blog kawan. tetiba abang saya telefon.
" ko nak ikut tak raya kat kedah." pertanyaan pertama abang saya.
" tidak. saya mau tinggal di sini." jawab saya.
" kenapa?"
" saja mau rasa seperti orang lain yang tidak merasai apa itu raya." jawab saya.
" ada kawan ke."
" uihhh banyak. di sini pun ada dibuat raya juga tapi saya rasa saya mau duduk kat bilik je. beraya kat bilik. makan apa saja yang ada. lagipun masa tu mesti internet laju. bolehlah tengok drama."
" abang kau nak kahwin lepas raya ni kau tak nak pergi ke...."
" tidak mau. malas. bagus duduk kat sini. boleh buat assignment.lagipun saya bukannya taksub sangat dengan raya ni. biasa saja."
" suka hati kaulah. kalau kau nak ikut boleh tumpang saya."
" korang pegi sajalah."
sebenarnya banyak lagi perkara yang kami bualkan tapi cukup ini sajalah....
okeylah, sampai di sini sajalah diari kehidupan saya malam ni. salam untuk diri sendiri dan anda semua...Assalamualaikum...Hanako.