Tuesday, January 19, 2016

Berzikirlah


Bismillahirahmanirrahim

Zikir itu penenang jiwa
punya banyak fadhilat
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Laaillahaillallah
Astghfirullah
berzikirlah
kerana dengan berzikir
hati menjadi tenteram.
Ingatlah,
dengan berzikir
hati menjadi tenteram.
Dengan mengingati-Nya
hati akan menjadi tenang
sahabat semua.
Insya Allah,
Aminnn

Monday, January 18, 2016

Kisahku Dengan Sang Hurairah





Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini si Hurairahku datang lagi ke rumah. Rumah ini memang sering dikunjungi oleh binatang kesayangan Rasulullah SAW. Kalau bukan seekor mesti dua tiga ekor. Kalau bukan dua tiga ekor mesti berduyun-duyun yang datang. Semuanya comel-comel belaka. Kekadang satu keluarga datang. Ibu bapa anak-anak datang. Kalau tidak masuk ke dalam mesti bermain di luar rumah. Saya tak kisah mereka datang kerana mereka sajalah teman saya di rumah ni. Selalu awal pagi jam 7.00 am mereka dah siap tunggu di tepi rumah. Tunggu saya buka pintu. Buka je pintu….berduyun-duyun masuk. Dengan muka comel mereka, tanpa dipelawa.

Tingkah mereka kekadang membuat saya ketawa. Ada yang bongkar sampah di dapur, ada yang main kejar-kejar sesama mereka di ruang tamu. Ada pula yang masuk bilik saya. Entah apa yang dicari pun tak tahu. Banyaklah telatah mereka. Hati saya tak sunyi melihat ragam ini. Rasa gembira dan bahagia melihat ragam mereka. Walaupun rumah bau wangi dengan bau badan mereka saya tak kisah. Asal balik kerja, buka je pintu…hurmmm semerbak aroma badan si comel-come ni menusuk hidung. Tak apa, rumah boleh dibersihkan tapi masa bersama mereka itu sangat berharga. Menjelang tengah hari suasana rumah kembali sunyi. Kadang kadang saya sengaja letak makanan di luar pintu. Letak saja dua tiga minit makanan tu habis mereka makan. Subhanallah, alangkah indahnya hidup macam ini.

Saya sebenarnya mahu mereka sentiasa ada bersama tapi nak buat macam mana mereka bukan hak milik saya. Kadang-kadang ada waktu seekor pun tak datang. Bila tak datang rasa sunyi pula. Tercari-cari mereka semua. Terbayang-bayang gelagat mereka di dalam rumah. Saya suka kucing. Sangat suka. Teringat masa di kampung suatu waktu dulu. Keluarga saya memang bela kucing. Bukan seekor dua tapi banyak. Kadang boleh sampai 30 ekor. Dari si anak kecil hinggalah si tua kasih, semua ada. Dari si putih, si hitam, si perang sampailah bercampur aduk bulunya di badan. Sejak kecil saya bermain dengan si Hurairah ini. Dalam banyak-banyak kucing tu kisah saya dengan “perang’ kucing yang paling saya tak boleh lupa. Tapi akhirnya dia tinggalkan saya. Kisah saya dengan perang saya abadikan dalam blog ini iaitu “ Tuhan, Izinkan aku berjumpa dengannya.”


Sahabat semua, kata orang kucing itu pembawa rezeki. Ya memang benar. Selain pembawa rezeki mereka juga sebenarnya pembawa kebahagiaan. Pembawa kedamaian. Pembawa kegembiraan. Hidup tak sunyi dengan adanya mereka semua. Allah swt ciptakan mereka dan hadirkan mereka dalam hidup kita adalah supaya kita faham erti kasih sayang. Sayang kepada haiwan, kepada alam, kepada manusia dan sayang kepada Allah swt. Dalam banyak-banyak kucing yang pernah datang ke rumah, saya paling tak lupa seekor kucing ni yang saya namakan si comel. 

Dialah yang paling manja, lincah dan jinak. Di lehernya jiran sebelah letakkan loceng. Comel kucing yang paling akrab selama berbulan-bulan sebelum akhirnya dia meninggalkan dunia yang fana ini. Kepergiannya ditangisi. Saya kehilangannya. Selalu dialah yang menunggu saya balik dari kerja. Loceng yang dipakainya membuatkan orang mudah mengecamnya. Dari jauh loceng itu akan berbunyi bila si comel berlari mahupun berjalan pantas. Saya teringat kisah Rasulullah SAW yang amat sayangkan kucingnya sehingga sanggup menggunting serbannya semata-mata tidak mahu mengganggu lena kucing kesayangannya. Subhanallah, Kisah ini selalu menjadi inspirasi saya untuk terus sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini. 

#Biarkan mereka membawa khabar bahagia dari Allah SWT untuk kita.

Thursday, January 14, 2016

Keindahan Yang Abadi


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Beberapa hari yang lalu saya balik dari rumah seorang sahabat saya. Sampai di rumah, saya pandang ke langit. Ternampak begitu banyak bintang berkerdipan di angkasa. Indahnya. Sangat cantik. Bagi saya. Tidak tahu bagi orang lain. Ada bintang yang malap, ada yang terang, ada yang kecil ada yang besar dan ada yang kerdipannya sangat terang. Subhanallah, cantiknya. Indahnya ciptaan Allah ini. Cuma saya tak nampak sang bulan. Teman bintang yang paling akrab jika dipandang dari bumi. 

Rasa sangat beruntung kerana Allah SWT izinkan diri ini untuk lahir di dunia ini. Menikmati dan melihat semua ciptaan-Nya yang paling agung. Lukisan-Nya tak mampu ditandingi. Jika seorang pelukis melukis sebuah  pemandangan di atas kanvas dengan segala keindahan dan menggunakan semua kemahirannya, Allah SWT pula memperlihatkan lukisan-Nya di atas hamparan alam semesta yang luas ini malah semua orang boleh melihat dan menikmatinya. Lukisan Allah swt adalah sebuah lukisan yang hidup. Tak mampu ditandingi oleh sesiapapun  kerana Dialah yang maha memiliki kesempurnaan.

Saya tidak terus masuk rumah, saya menikmati keindahan alam itu sepuas-puasnya. Bayu malam turut menerpa, memberikan kemesraan dalam diri ini. Sebenarnya saya tercari-cari bulan. Di mana dia agaknya namun sampai sudah saya tak ketemu dengannya. Oh mungkin dia tak muncul hari ini. Merajuk agaknya. Atau mempamirkan dirinya di tempat lain. Tak mengapa, menolog saya. Saat melihat bintang di langit, pelbagai perasaan melanda sukma. Rasa gembira, puas, seronok, sayu, bahagia semuanya bergabung hingga yang mampu saya ungkapkan hanyalah Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam semesta. Saya teringat sebuah lagu kanak-kanak yang paling saya suka:

Bintang kecil di langit yang tinggi
Amat banyak menghiasi angkasa
Aku ingin terbang dan menari
Jauh tinggi ke tempat kau berada


Saya juga teringat dalam al-Quran terdapat surah yang dinamakan al-Buruj yang bermaksud gugusan bintang. Dalam ayat pertama, Allah SWt bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang. Subhanallah. Maha Suci Allah yang maha Tinggi dan Maha Agung dengan segala kekuasaannya. Puas memerhatikan Keindahan langit malam, saya pun masuk ke rumah. Dalam hati mahu kembali membaca ilmu tentang alam semseta yang sudah lama tidak dikeluarkan semula dari kotak fikiran. Insya Allah, aminnn

Sampai sini sahaja sahabat semua. Insya Allah sampai jumpa lagi...salam

#Gambar di atas bukan gambar saya