Friday, January 1, 2016

Bicara Kehidupan


Bismilllahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Harap kalian sihat sejahtera. Juga diharapkan kalian gembira menjalani kehidupan seharian. Moga kita sama-sama mendapat rahmat dari Allah SWT. Sahabat, saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya kering idea untuk menulis. Hati berkobar-kobar tapi bila pena di depan mata, tiba-tiba semua yang ingin diluahkan hilang serta merta. Kenapa dengan saya? maafkan saya sahabat sekalian, Mungkin saya perlu lebih masa untuk kembali menulis atau kembali mengolah ayat untuk dimuatkan di sini, blog saya yang biasa-biasa ini.

Sahabat, terima kasih kerana sudi menziarahi blog usang saya ini. Terima kasih banyak-banyak, moga ada manfaatnya kepada kalian dan diri ini juga. Cuma rasa sedih pula bila mengingatkan banyak entri terdahulu yang hilang dari blog ini. Rasa rindu dengan entri-entri tersebut. Insya Allah, jika ada masa, jika panjang umur, jika semuanya, saya akan cuba dapatkan balik entri-entri tersebut. Insya Allah.

Sahabat, pagi ini cuaca sangat baik. Dengar burung-burung syurga menyanyi riang, dengan pohon-pohon cinta merendang di mana di sebalik dedaun itu menempel setitis dua embun pagi. Sungguh terkesan di hati sahabat sekalian. Pagi-pagi ini amat baik kita mulakan hidup dengan zikirullah. Zikir itu penenang jiwa. Ya zikir itu penenang jiwa. 

Sahabat sekalian, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada kalian. Jika kalian tidak mendapat apa-apa dari blog ini, tidak mengapa jika kalian tidak lagi menjengukknya. Hak kalian menentukannya. Maafkan saya. Sungguh saya gembira bersama kalian. Kalian adalah sahabat-sahabat saya. Insya Allah di dunia dan akhirat. 

Salam damai dari saya. Sampai jumpa lagi sahabat semua, salam.

#gambar di atas bukan hak milik saya

Thursday, December 31, 2015

CINTA Yang INDAH


Cinta yang indah
Ialah cinta tanpa kata-kata
Hanya doa menjadi teman setia
Cinta yang indah
Ialah cinta tanpa kata-kata
Di bibir lain di hati lain
Cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
cukuplah tingkah menjadi pemudah bicara
cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
kepada Allah tempat mengadu dan berserah
ya, cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
kepada-Nya kita meminta dan bertawakal.

S. Hana AK

Wednesday, December 30, 2015

SI Pohon Jambu


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sekalian

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2015, esok dah nak masuk tahun baru 2016. Saya tahu ramai yang nak bina azam baru atau mungkin ada juga yang mahu perbaharui azam yang lama. Saya? saya pun macam sahabat semua juga. Oh ya lupa, sihat ke semua, sihat ke pengembara blog saya? Insya Allah, moga kalian baik-baik sahaja. Saya sentiasa baik, Alhamdulillah. Bersyukur Allah SWT masih hadirkan diri kita satu benda iaitu nyawa.

Petang ni hujan. masa saya menulis ini pun hujan masih turun walaupun hanya renyai-renyai. Saya teringat, Saya pernah tulis dua buah entri tentang hujan ini suata ketika dahulu. Sahabat sekalian, kali ini saya tak bercerita pasal hujan. Saya ingin berkongsi rasa tentang pohon jambu di laman rumah saya ini. Saya selalu sebut pokok jambu ini dengan panggilan 'si pohon'.

Sahabat sekalian, Pokok jambu di depan rumah saya ini sudah pun ada sejak kali pertama saya menginap di rumah ini. Daunnya agak rendang, selalu menjadi tempat burung-burung syurga dan unggas alam bersenda gurau. Tupai selalu menjadikan si pohon jambu ini sebagai habitat keduanya. buahnya manis dan besar. Namun saya selalu bersaing dengan sang ulat buah jika mahu mendapatkan buah yang elok sebabnya selalu benar si ulat buah ini berumah di dalamnya. Kalau bukan si ulat, selalu juga saya bersaing dengan sang unggas alam iaitu tupai dan burung-burung syurga untuk mendapatkan buahnya yang besar dan elok. Namun tidak mengapa mereka juga makhluk Allah SWT. mereka berhak untuk melakukan apa saja dan berhak untuk menikmati rezeki daripada Allah SWT.

Saya suka dengan pohon jambu ini. Bagi saya pokok jambu ini adalah sebahagian daripada hidup saya. Kadang ia menjadi teman saya yang paling setia. Ia banyak memberi manfaat kepada saya dan orang lain. Kadang-kadang buahnya yang ranum saya kongsikan dengan jiran-jiran di sebelah. Kedudukan yang strategik menjadi petunjuk saya bila mana angin kedukaan atau angin kedamaian datang bertandang. Pohon jambu ini adalah anugerah yang tak terhingga daripada Allah SWT kepada saya. Sentiasa berjasa kepada saya dan orang lain selain makhluk Allah SWT yang lain. 

Pernah suatu ketika, hati saya disayat pilu bila mana jiran sebelah terpaksa memotong dahan-dahan yang singgah ke kawasannya kerana mahu membina bumbung. Lama saya perhatikan teman saya ini. Seakan terdengar raungan kesedihan darinya. Berhari saya memujuk diri,  hinggalah suatu hari Allah SWT hadirkan hikmahnya. Ya, dahan-dahan yang kudung kembali bertunas, Semakin lama semakin membesar dan merendang lalu apabila cukup tempoh kematangan dahan-dahan baru ini mengeluarkan buah yang lebih elok daripada sebelumnya. Gembira sungguh melihat perkembangannya.

Sahabat sekalian, saya selalu terfikir, pohon jambu ini selalu menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada saya. Saya ingin menjadi seperti ia. Sentiasa berusaha memberikan hasil yang terbaik kepada teman-temannya. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik kepada orang lain. Selalu bersikap positif dan percaya bahawa setiap kejadian ada hikmah yang tersurat mahupun tersirat. Suka saya nyatakan di sini satu kata:

Jadilah seperti si rama-rama, yang sentiasa menceriakan dunia ini. Walau putaran hidupnya hanya seketika, namun kehadirannya mampu merubah duri menjadi bunga, pilu menjadi riang dan mimpi menjadi nyata.

Sampai jumpa lagi sahabat semua. salam...

# gambar di atas bukan hak milik saya