Sunday, July 24, 2011

Kenapa dengan saya?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya? masih di situ ke? menjalani kehidupan ini? hari ini saya terbangun jam 2. 45 pagi gara-gara mimpi yang sangat menyedihkan. tak apa, tak yah cerita sebab memang saya tak akan bercerita tentangnya.

apa yang mahu saya katakan di sini. baca punya baca punya baca kenapa dengan saya? saya ni kenapa? dah nak mengembara jauh ke alam lain ke? tak, saya bukan nak pergi mengembara tapi saya mahu mencari sesuatu kenapa dengan saya. saya seperti kehilangan sesuatu.

hilang ditelan arus masa. hilang ditelan arus kemodenan. di mana diri saya yang dahulu. di mana visi dan misi hidup saya padahal sebelum pergi ke sini saya sudah sematkan dan ikatkan kuat-kuat bahawa mahu mencapai visi dan misi saya sebelum mencapai yang lain.tapi sekarang kenapa dengan saya?

hmmm, tak apalah, anda semua mungkin tidak tahu. tak apa. saya tak akan menceritakannya kerana anda memang tak nak tahu dan nak tahu. salam kepada diri sendiri dan anda semua...salam

Friday, July 15, 2011

Aku, Bulan dan Bintang

" wah Cantiknya bintang tu!"
" wah cantiknya bulan tu!"
" mana satu yang cantik bulan atau bintang?"
" Bulan!"
" tak, Bintang!"
" apa jaminan kamu bahawa bulan itu lebih cantik dari bintang? dan apa pula jaminan kamu bahawa bintang lebih cantik dari bulan?"
"???????"
" Bersyukurlah kerana ada bulan yang menerangi malam yang gelam ini. dan bersyukurlah juga kerana adanya lampu alam iaitu bintang yang menghiasi malam. dia ibarat wanita. sebaik-baik hiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah dan itulah juga tugas bintang kejora ini di korpus dunia."
" ucapkanlah Subhanallah atas rahmat illahi yang menciptakan kedua-duanya tanpa ada kekurangan pun malah ia cukup sempurna bagi mereka yang tahu memikirkannya."
"subhanallah!"
"Subhanallah!"
" ingat, jangan hanya sekadar mengucapkannya dalam bibir walhal hati pula tidak seiring melakukan pengamatan, penghayatan dan pemerhatian. maka berfikirlah anda."

................................................................................
Assalamualaikum semua.

dah baca apa yang saya tulis kat atas tu.
dah faham atau belum faham.
hmmm, itu adalah prolog dan epilog bagi sebuah lagi karya saya. harap saya ada masa untuk mengakhirnya kerana sejak akhir-akhir ini hati ini dihimpit perasaan malas yang mula tumbuh dalam diri saya. mudah-mudahan ia tak berlarutan hingga ke hari tua. ada ilham tapi tak ada idea mahu mencerna dan mengolahkan nya dalam bentuk karya walaupun hanya cerpen sekalipun.

Insya ALlah, saya akan cuba sedaya upaya saya demia SUM (Seni untuk Masyarakat). demi diri ini dan anda semua. baiklah, sekadar berkongsi idea maka saya akhiri kiriman pada hari ini dengan ucapan salam pada diri dan anda semua. salam...S. Hana AK

Thursday, June 23, 2011

Mencari Damai di Hati

Bismillahirrahmanirahim
23 Jun 2011 (Khamis)

Assalamualaikum wkt

salam persahabatan, salam perkenalan dan salam 1 Malaysia wahai pengembara blog saya. terima kasih kerana telah mengembara di blog saya ini. emmm, rasanya agak-agaknya apa ya inti dalam 'mencari Damai di hati' yang akan saya utarakan di sini. kalian ingin mengetahuinya? kalau mahu, bacalah, jika anda mahu membacanya.

entahlah, mengapa ya hati, jiwa dan seluruh raga ini sepertinya berada dalam kedukaan. kadang-kadang saya tidak faham dengan diriku sendiri. saya seperti berasa asing dengan diriku sendiri. maka kerana kedukaan inilah saya mahu mencari damai di hati. apakah perkara terbaik yang kita akan lakukan sekiranya kita berada dalam kedukaan? tentu kalian akan terfikir tentang zikir, solat dan membaca al-Quran bukan? ya itu adalah sebaik-baik penawar di kala kita kesedihan.

ada banyak sebenarnya. selain perkara yang saya jelaskan tadi, membaca juga adalah langkah terbaik untuk menghapuskan kesedihan yang bermukim di hati kita. seterusnya bermuhasabah atau merenung diri. malah menulis juga turut membantu masalah ini. bagaimana dengan saya? adakah saya lakukan semua ini? hmmm tak perlulah saya menjawabnya kerana saya yakin dan pasti kita semua akan melakukan perkara yang berbeza ataupun sama.

hmmm, saya mahu tulis sajak di sini. nak baca? bacalah kalau anda mahu membacanya.

malam yang sepi
ku bertatih mencari
damai di hati
tatkala jiwa berlagu sendu
menusuk jauh ke sukma kalbuku.

sekian banyak halangan
sekian banyak lorong
sekian banyak pelabuhan
akhirnya aku sampai ke destinasi
yang terkadang
aku sendiri keliru
apakah ini damai yang ku cari
adakah ini damai yang ku nanti
walhal jiwa dan hatiku berperang sendiri
mencari jawapan yang entah betul entahkan tidak.

terkadang air mata kesedihan
berlabuh di lurah kedukaan
menyusuri lorong-lorong perjalanan
yang tak kurencanakan
akan terjadi sepanjang hidupku
dalam mencari kedamaian
yang abadi.

ku harap,
dalam pencarian ini
dalam perjalanan yang tak kurencana
aku dapat menemui
secebis ketenangan di hati
agar pulau kedukaan
akan bertukar menjadi
benua kegembiraan.

ku mencari damai di hati
tatkala ketakutan mengaburi diriku
tatkala kesedihan mencemburuiku
dari kegelapan yang bertandang di rumahku.