Tuesday, January 11, 2011

PELABUHAN PENA

Angin...ku bisikkan rinduku ini kepadamu.
Biar rindu ini kau alirkan dalam pelukanmu.
Mencari dia yang tidak pernah kutemu.

Sungai...bukakanlah jendela hidupmu.
Biar hatimu bertaut dengan hatiku.
Mencari makna erti sebuah kasih sayang.
Agar terbenam di lubuk jasadmu yang paling dalam.

Air...pelahankanlah aliran lesumu.
Biar menjadi rimba kebahagiaanku.
Agar kelak aku dapat menemui
Cahaya kegembiraan dalam hidupku.

Langit...singkapkanlah tabir birumu.
Agar aku dapat menanam alwan kesedihan
Yang bersarang dalam nuraniku, selama-lamanya.

Senja...lihatlah aku.
Dengarkanlah rintihan hatiku.

Wahai pemilik nyawaku....
Leraikanlah pelabuhan duka dalam sukmaku.
Hapuskanlah air mata yang menghuni jiwaku.
Biar menjadi debu.
Agar ketetapan-Mu menjadi syurga bagiku.
Agar doaku menjadi penawar segala kelukaanku.

Monday, January 10, 2011

Salam Persahabatan

Assalamualaikum,
hai, salam persahabatan kepada pengembara blog semua. lama juga rasanya saya tak menambah post saya yang terbaru dalam blog ini. bukannyaapa cuma tak ada niat nak menambah post yang baru.

Insya Allah, saya pasti akan menambah post yang terbaru. Insya ALlah. salam persahabatan...

Tuesday, December 14, 2010

Citra Perkongsian Idea dan Ilham

Bismillahirrahmanirahim

Assalamialaikum wahai pengembara blog saya. harap anda semua sihat dari segi zahir dan batin. tentu anda semua tertanya-tanya apa motif saya tulis tajuk seperti di atas bukan?

Hmmm, sebenarnya tiada apa-apa yang ingin saya ceritakan cuma, saya hanya nak berkongsi pada pengembara semua bahawa selama enam bulan ini saya telah menghasilkan dua buah cerpen selain cerpen saya yang terdahulu. tajuknya 'Aku dan Si Rama-Rama' dan 'Korpus Cintaku 2'.

sesiapa yang ingin membacanya tunggulah sehingga karya terbaru saya ini disiarkan dalam laman web 'www.penulisan2u.my'. mungkin dalam masa terdekat ini. harap anda semua gembira membacanya dan yang paling penting akan dapat sesuatu darinya.

baiklah, hanya itu sahaja dari saya...salam