Wednesday, March 24, 2010

lagu itulah sayang ( P. Ramlee) dalam filem Anakku Sazali

saya suka lagu ni. kata-katanya amat berbunga-bunga tetapi tepat, padat dan ringkas serta mudah difahami bagi mereka yang mahu memahaminya.

tanya pada pokok...
apa sebab goyang...
nanti jawab pokok...
angin nan goncang...

tanya sama langit...
apa sebab hujan...
nanti jawab langit...
tanyalah awan...

awan nanti kata...
aku kandung air...
sampai tempat sejuk...
aku pun cair...

tengok dalam air...
nampak bayang-bayang...
campak satu batu...
bayang pun hilang...


tanya sama hati...
apa asal sayang...
adakah tandanya...
nampak dipandang...

kumbang rayu bunga...
bulan dan bintangnya...
punya tanda-tanda...
hubungan mesra...



tanya sama hati...
pernah kah merindu...
ingat masa lena...
apa mimpimu...

masa berjauhan...
apa nan dikenang...
bila dipahamkan...
itulah sayang...

Sunday, March 21, 2010

Diari Kehidupan 44

Bismillahirahmanirahim
22 Mac 2010 (Isnin)

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya. dah berapa hari saya tak update blog saya disebabkan saya menyertai pogram ke Rawang anjuran Persatuan karyawan Perak (Pk). baiklah, saya akan menceritakan serba sedikit tentang perjalanan saya di sana.

mulanya saya dan peserta lain akan menaiki bas UPSI untuk ke Rawang tetapi kerana ada sedikit kekangan lalu kami mengambil keputusan untuk pergi sendiri dengan menaiki keretapi dari Tanjung Malim. tambangnya RM 5. pada hari pagi Sabtu, kami seramai 23 orang pergi keRawang dengan meniaiki KTM. manakala yang lain pula menaiki van pensyarah kami.

kami sampai di tempat tersebut hampir jam 1 tengah hari. dengan memakai baju kurung kami terus pergi ke seminar yang diadakah pada pagi sabtu itu. seterusnya kami menginap di Hotel yang berdekatan dengan tempat itu. ketika hari menjelang petang, para junior sastera kami iaitu pelajar sem 2 seramai 20 orang pun sampai dan terus pergi ke bilik seminar di mana berlangsungnya seminar tersebut.

malamnya pula kami membacakan puisi yang kami tulis sendiri berkaitan dengan Kaedah Mokhdar yang dicipta oleh Mokhtar Hj Mansur. jam 11 lebih baru balik ke penginapan dan tidur mati lah, apa lagi kan. penat tu tak lah penat sangat. sempat bercerita lagi sebelum tidur.

paginya pula diadakan forum 'memperkasa badan penulis dalam kemajuan bahasa dan sastera kebangsaan.' forum ini habis jam 12. kemudian jam 1 selepas makan kami pulang semula ke Tanjung Malim dengan menaiki Bas 43 untuk ke KTM Rawang. di sana kami terus ke T. Malim.

sampai sahaja di Kolej kediaman, saya terus tertidur. penat sangat. masa kat dalam keretapi itu, sempat lagi mengeluarkan air liur basi sementara menunggu keretapi sampai kat stesen T. Malim. walaupun penat, memang seronok sangat kerana saya belajar serba sedikit kaedah Mokhdar yang amat penting dalam ilmu matematik, sains dan sejarah serta geografi.

kaedah Mokhdar ini sebenarnya singkatan perkataan seperti satu menjadi tu, dua jadi wa, tiga jadi ga, empat jadi pat, lima jadi ma, enam jadi nam, tujuh jadi joh, lapan jadi ka, sembilan jadi lan dan sepuluh jadi luh. sesungguhnya saya kagum dengan Mokhtar HJ Manjsur yang mencipta kaedah ini dan untuk pengetahuan anda semua kaedah ini telah memberi banyak kecemerlangan kepada pelajar-pelajar di sekolah.

kemudian saya juga sempat berbual-bual dengan bakal sasterawan negara iaitu Tuan Hj Suhaimi Muhammad. saya tidak sangka, beliau seorang penulis yang amat tajam pemikirannya walaupun kata-katanya berdasarkan agama islam. sungguh saya kagum dengannya dan amat menghormatinya sebagai orang yang lebih tua dan keintelektualannya.

hmm, sampai di sini sahaja diari saya hari ini. sampai jumpa lagi wahai pengembara dan diri saya k. salam....Hanako

Thursday, March 18, 2010

BINTANG MALAM


Ketika malam menjengah waktu
Kau terbaring menghiasi dada langit
Berkerdipan bagaikan mutiara
Yang bersinar dari kejauhan
Walaupun cahayamu semakin kerdil dan malap

Namun, kau dengan tulus ikhlasmu
Memberi sinar kebahagiaan
Memberi sinar kegembiraan
Memberi sinar keseronokan
Pada teman-temanmu di pelabuhan dunia ini

Semakin kau banyak memberi
Semakin cantik dirimu di langit waktu
Semakin indah dirimu
Semakin ramai yang memujimu
Dan tak kurang juga yang tak menghiraukanmu
Setelah kecantikanmu semakin sirna

Di sisiku
Kau adalah teman yang setia
Memberi dan terus memberi
Berkerdipan dan terus berkerdipan
Bersinar dan terus bersinar
Memugar kasih sayang manusia
Pada pencipta-Nya

Bintang malam,
Jiwamu dan jiwaku sudah ku satukan dalam kolam hatiku
Dalam setiap diari kehidupanku
Ku jadikan kau sebagai pencetus semangatku
Kerana hanya kau yang layak menjadi teman
Di kala aku kesepian
Di kala aku kesedihan
Di kala kekecewaan menguasai diriku
Terhadap manusia yang tidak menghargaimu.

Bintang malam
Esok ada yang ingin ku kerjakan
Lusa ada yang ingin ku lakukan
Dan
Tulat ada yang akan memerlukanku
Kerna itu
Aku taburkan bunga cinta kasih ini padamu
Agar kau tak lupakan aku
Untuk terus berkawan denganku
Pemuja kecantikanmu....BINTANG!!!

Nukilan: S. Hana AK
17032010 ( Rabu)
1.01 Pm
Khar, UPSI