Showing posts with label diari kehidupan 51. Show all posts
Showing posts with label diari kehidupan 51. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Diari kehidupan 52

Bismillahirahmanirahim
5 Jun 2010 ( Sabtu )

Assalamualaikum
salam semua. apa khabar pengembara blog saya.sudahkah anda langsaikan tugas anda hari ini? ataupun tinggal di rumah bersama-sama keluarga? baguslah kalau begitu. hmm, hari ini saya tak kerja pun. duduk di rumah sahaja, tak ke mana-mana.

sebenarnya hari ini ada pasar malam di pekan tapi saya tak pergi pun.petang tadi sekitar jam 5 saya turun ke bawah untuk menonton tv. rancangannya muzik-muzik. jam 6 balik ke rumah. tak ada benda yang nak dibuat, jadi cuci kain, melayari internet dan membaca buku sudah menjadi rempah ratus dalam kehidupan saya seharian. opps, dan menulis juga.

baiklah pengembara blog saya,sampai sini saja diari kehidupan saya hari ini. sampai jumpa lagi. salam untuk diri dan anda semua. salam.....Hanako

Tuesday, June 1, 2010

Diari kehidupan 51

Bismillahirrahmanirahim
1 Jun 2010 ( Selasa )

Assalamualaikum
hai, apa khabar pengembara blog saya? maafkan saya kerana sudah lama tak mengupdate blog saya ni. mungkin ada yang tertunggu-tunggu ataupun ada yang tak pernah terniat begitu. tak mengapa. saya menulis bukan kerna nama, bukan kerna pangkat, bukan kerna harta tapi saya menulis kerana Allah dan masyarakat juga diri saya sendiri.

hari ini saya baru habis kerja dari pukul 8 hingga pukul 5. sebelum balik singgah kedai dahulu sebelum pulang ke rumah. hajat hati nak main basikal tetapi tak tahu nak pinjam dengan siapa. memang di kolej kami ada banyak basikal tapi kami tak tahu macam mana nak pinjam. jadi terpaksalah menghadapi kehidupan biasa yang menjadi rutin harian kami.

petang tadi hujan turun. sejuk saja tanjung malim ni. hujannya tak lebat pun, cukuplah membasahkan muka bumi yang dicipta oleh Allah SWT ini. oh ya, amacam anda semua hari ini. sihat ke? harap sihat semua.

bercerita dengan kerja semuanya biasa-biasa saja. memang seronok berbanding mula-mula kami kerja di sini. semua rakan-rakan sekerja memang mesra-mesra semua. saya pun suka bergurau dengan mereka.

hmm, rasanya tak ada apa yang saya nak tulis ni. nanti saya akan coretkan diari kehidupan saya di masa yang lain ya. sampai jumpa lagi. salam dari saya untuk diri dan anda semua. salam....Hanako