Saturday, July 30, 2016

Bingkisan kata



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Diharapkan kita semua sihat hari ini, Insya Allah, aminn. Petang tadi pergi ambil sahabat saya yang baru balik dari Muar. Disebabkan keinginan untuk berjalan, maka destinasi kami ialah Plaza Angsana. Singgah di kedai buku untuk beli buku sekolah di samping beli buku untuk diri sendiri. Hanya bacaan di rumah. Tertarik dengan sebuah buku Mana Sikana bertajuk ‘Nusia’ dan ‘Merpati menari di padang embun’ karya Zanazanzaly.

Teringat pula buku-buku lama. Rasa rindu untuk membaca buku-buku @ novel-novel lama karya penulis mapan. Pandangan ini di jamu dengan pelbagai jenis buku keluaran DBP hingga tak tahu mana satu pilihan yang tepat. Kawan yang mengikut saja dari tadi mula bertanya bilalah saya nak habiskan tawaf satu deretan buku-buku ni. Lama benar katanya.

Disebabkan tak mahu dia bosan, maka saya pun cepat-cepat cari buku yang paling tepat untuk dinikmati isi kandungngannya nanti. Maka hasil usaha mencari selama beberapa lama, akhirnya saya memilih buku seperti tajuk yang tertera di atas tu, seperti apa yang saya katakan.

Kali ini saya tak membeli buku alaf-21. Saja melepaskan gian dan kerinduan terhadap buku lama, buku yang lebih berat isi dan olahannya.  Tercari-cari buku lama seperti ‘Merpati putih terbang lagi’ karya Khadijah Hasyim serta buku-buku penulis mapan yang lain. Rasanya agak susah untuk mendapatkan buku-buku tersebut memandangkan ia sudah lama tidak keluar di pasaran melainkan ada usaha untuk memasarkannya semula oleh pihak-pihak berkenaan.

Lepas bayar, terus balik. Dalam perjalanan nampak panorama senja di garis barat. Matahari mula menghilangkan diri. Warna kekuning-kekuning dan jingga kelihatan. Senja yang membuatkan saya selalu merasa rindu. Rindu pada kehidupan masa hadapan. Ketika berada di alam lain. Dunia kekal abadi. Sungguh saya suka alam. Suka akan keindahan.

Melihat alam bagaikan ada rasa bahagia menikam kalbu. Jauh di sanubari, terasa jiwa ini begitu tenang diselangi dengan rasa hiba. Bagaikan kita berada di dunia sendiri. Dunia lain. terdapat kerinduan mencengkam jiwa. Rindu pada sesuatu yang tak pasti. Itulah yang saya rasakan.

Betapa diri kita sangat bertuah kerana terpilih untuk melihat keindahan alam dunia. Allah SWT memilih kita untuk lahir di dunia ini. Sebenarnya kita semua adalah juara. Kita adalah juara yang sebenar setelah bersaing dengan berjuta-juta rakan-rakan kita untuk mendapat tempat di rahim seorang ibu. Subhanallah.


Oklah sampai jumpa lagi sahabat semua. Salam…

No comments:

Post a Comment