Bismillahirahmanirrahim
Assalamulaikum
apa khabar pengembara blog saya? harap anda semua masih sudi menziarahi blog saya ini. sekarang saya sudah tiga minggu berada di sekolah untuk menjalani latihan Praktikum sebelum bergelar guru.
Alhamdulillah, segalanya begitu mudah bagi saya walaupun adakalanya ada sedikit masalah yang membelenggu diri ini. tapi tak mengapa kerana semuanya Insya Allah, akan saya atasinya.
tak mengapa, kepada mereka yang tak dapat meninggalkan sebarang komen di ruangan ini, saya minta maaf banyak-banyak kerana mungkin ada masalah dalam setting blog ini.namun terus terang saya bukannya arif pasal blog jadi saya mungkin tak dapat membaikinya dalam secepat mungkin.
kalau mahu tinggalkan komen, tinggalkanlah dalam ruangan laman pena yang saya sediakan kepada anda semua para pengembara blog saya.
baiklah saya tinggalkan anda semua dengan sebutir kata mutiara ini:
"Dalam berbilion-bilion manusia di muka bumi ini, salah seorang darinya adalah diri saya. Dalam berjuta-juta bintang di langit, satu adalah kerdipan saya dan dalam beribu-ribu kejayaan, satu adalah milik saya." mari kita sama-sama renung-renungkan.
Assalamualaikum dan slam persahabatan
No comments:
Post a Comment