Monday, November 15, 2010

Cinta Sejati dan Cinta Hakiki

Assalamualaikum

Apakah itu cinta sejati dan cinta hakiki. ramai manusia yang tidak mengetahui maksudnya sehinggalah mereka tertanya-tanya apakah makna dan beza bagi kedua-dua ayat ini. seringkali juga manusia mencari jawapannya namun apa yang dicari hanya harapan semata-mata. jika ada jawapan pun, seringakali jawapan itu tidak mampu memberikannya kepuasan hati atau tidak menepati citarasanya.

sehingga ada kalanya manusia gagal dalam menghadapi kehidupan kerana gagal dalam mencari erti ayat ini. ada kalanya juga manusia menyatakannya sekadar di bibir jika ditanya tetapi akhirnya mereka tidak tahu apa yang sebenarnya mereka cari dalam hidup.

jika orang yang beriman mereka tidak akan meletakkan cinta sejati dan hakiki kepada manusia tetapi mereka akan memberikannya kepada ALlah s.w.t. ya, cinta sejati dan hakiki adalah milik Allah s.w.t terhadap hamba-hamba-Nya sahaja. tetapi manusia boleh memiliki cinta sejati juga kepada yang berhak iaitu hanya kepada ALlah s.w.t.

jadi di sini apakah makna cinta sejati dan cinta hakiki?

cinta sejati adalah cinta yang sebenar-benar cinta yang didasari dengan ketulusan, keikhlasan, kasih sayang, pengorbanan dan yang seangkatan dengannya. hanya Allah dan manusia yang sebenar-benar beriman kepada-Nya yang memilikinya.

manakala cinta hakiki adalah cinta yang abadi. cinta selama-lamanya. cinta yang tiada penghujungnya. hanya Allah s.w.t memilikinya. kerana itu carilah cinta Allah yakni cinta sejati dan cinta hakiki.

manusia mungkin boleh memberi cinta sejati tetapi tidak dapat memberi cinta hakiki.

salam...

No comments:

Post a Comment