Monday, December 28, 2009

Diari kehidupan 31

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Wkt
28 Disember 2009

Hari ini merupakan hari pertama saya menjejak kaki di Ruang Kampus UPSI setelah sebulan lebih meninggalkannya. pagi-pagi tadi saya sudah tidak sabar lagi untuk melangkah masuk di dalam ruang isinya yang ketat dengan bangunan. setelah sekian lama pergi tidak bermakna saya sudah melupakan dan kekok untuk menjadi temannya kembali. perasaan gembira bergeladak dalam sumur hati ini tatkala melihat wajah UPSI kembali.

namun ketika melalui Fakulti Bahasa dan melihat tempat duduk yang selalu menjadi pelepas penat mahasiswa/i di luar Fakulti, serta merta hati ini menjadi sayu. di manakah rakan-rakanku, di manakah jasad sahabatku, ke manakah mereka. suatu ketika dulu saya bisa melihat rakan-rakan seperjuangan saya sedang enak bersantai di situ pada hari pertama pengajian. tetapi sekarang tempat itu sudah dipenuhi dengan rakan-rakan yang tidak saya kenali.

sekarang, tiada lagi Jessica, tiada lagi Florina, tiada lagi Azmira, tiada lagi Asuani, tiada lagi Angnes, tiada lagi Duris, tiada lagi Salwa, tiada lagi Khairul, tiada lagi Shahreza,Tiada lagi Zulhilmi, tiada lagi George.....yang jelas semuanya sudah tiada. apakah rakan-rakanku itu gembira dengan hidup mereka sekarang. dari seorang mahasiswa/i kembali ke dunia baru.

sungguh, saya sangat sedih. sedih dengan kepergian mereka. mungkinkah perpisahan ini bersifat sementara. ataupun mungkin ia akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. saya tidak akan tahu. moga mereka semua berada dalam jagaan-Nya.

Sahabat,
tatkala siang berganti dengan malam
bulan berganti dengan bintang
dan embun berganti dengan hujan
jangan kau punahkan harapanku
melihat kau bahagia
dalam keredhaan-Nya.

Sahabat,
tatkala pagi berganti dengan senja
langit disinari cahaya mentari
dan angin menerbangkan awan
usah kau punahkan harapanku
melihat kau sejahtera
bersama ketakwaannmu.

Sahabat,
tatkala perpisahan telah tiba
jangan kau tangisi kepergianmu
sepertimana aku menangisi kepergianmu
kerana kau perlu kuatkan dirimu
supaya nanti aku mendapat pengajaran darinya.

Sahabat,
andaikata Allah pertemukan kita kembali
senyumlah kepadaku
kerana senyumanmu memberikan sinar keceriaan kepadaku
kerana senyumanmu akan membuatkan aku lebih dekat denganmu

Sahabat,
terima kasih atas segalanya
segala kenangan bersamamu
akanku sematkan dalam hati
hingga hujung Nyawa
dan Insya Allah
Jika Allah izinkan
hingga ke Syurga.

moga kesedihan ini bersifat sementara kerana aku ada banyak perkara yang perlu dibereskan dan memerlukan segala kekuatan yang ada padaku...salam, untuk diri dan anda semua...Hanako

No comments:

Post a Comment