Saturday, January 13, 2018

Mencari Kalam-Nya

 Pantai Tanjung Balau, Johor

Pantai Tanjung Balau, Johor

Bismillahirahmanirrahim

Alam ini indah dalam damai sahabat. Ia adalah lukisan hidup, ciptaan Allah SWT yang Maha Agung. Jika dibandingkan dengan lukisan ciptaan manusia, tidak terbanding perbandingannya. Kita hidup di dalamnya. Bersuka ria tanpa kata. kalaulah semua keindahan ini kekal tanpa dimusnahkan pasti akan lebih indah dan damai selamanya. Cintailah alam kita sahabat.

# bahasa alam bahasa qalbi
# keindahan alam semulajadi
# cintai alam sekitar kita

Bicara Pena

Pantai Desaru, Johor

Bismillahirahmanirrahim

Selamanya pantai berubah. Begitu juga hati manusia. Sentiasa berbolak-balik. Maka mohonlah kepada Allah SWT agar hati sentiasa istiqamah dalam menuju kebaikan. Insya Allah, bahagia di dunia dan akhirat. Insya Allah, aminn

# amal baik mencipta kejayaan
# berlari menuju ke syurga-Nya Dia
# moga selamat di dunia dan akhirat
# Insya Allah, aminn

Friday, December 29, 2017

5 - 6 Disember 2017, What Happened?


Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menawan Gunung Kinabalu, yang merupakan impian saya sejak dulu. 5 - 6 Disember adalah tarikh keramat yang tidak akan saya lupakan. Alangkah indahnya ciptaan Allah swt, bila dipandang dari udara. Subhanallah...

Insya Allah, akan mendakinya lagi pada tahun 2019. Insya Allah, untuk kali yang kedua. Masa itu persiapan dan persediaan dari segi fizikal dan mental akan dilakukan sebaik mungkin.

Jumpa lagi Kinabalu...

# cuba teka di mana saya dalam gambar tu.
# gambar hak milik saya sendiri.