Tuesday, July 11, 2017

Dari Hati Seorang Insan


Bismillahirahanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Moga kita sentiasa sihat dan mendapat rahmat dari-Nya. Insya Allah, aminn. 

Sahabat, begitu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak terkecuali saya. Setap hari rutin yang kita jalani seakan sama dan serupa. Setiap saat Allah menguji kita dengan kasih sayang-Nya, menduga iman dan takwa, apakah kita beriman ataupun berpura-pura mencintai-Nya.

Sahabat, jikalau kita berada dalam keadaan tertekan, berdoalah pada-Nya. Yang pastinya Allah SWt pasti akan memberi kita jalan keluar. Pasti Dia akan memberi kita tiga perkara yang sangat bererti iaitu doa, air mata dan ketenangan. Jika tidak mampu menahan air mata, maka menangislah sepuasnya. Jangan pernah menahannya. Andai kita tidak mampu mengeluarkan air mata, maka berusahalah menangis walaupun berpura-pura kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: Menangislah walaupun kalian berpura-pura menangis, kerana itu maksudnya iman kita masih ada berbanding orang yang tidak menangis langsung.

Sahabat, cinta merupakan lumrah kehidupan. Cinta terhadap seorang insan sama ada lelaki mahupun wanita. Andai cinta kita putus di tengah jalan, percayalah, waktu adalah pengubatnya. Menangislah jika kita ingin menangis, jangan pernah menahannya kerana itu memang lumrah hati seorang insan yang kecewa. Jalanilah hidupmu seperti biasa. Jika kita ingin mengingatinya, maka biarkan fikiran kita mengenang setiap lembar kisah kita dengannya. Teruskan hidup, jangan pernah musnahkan dengan perkara yang memusnahkan hidup sendiri.

Baiklah, Moga kata-kata ku ini mampu memberi nasihat dan manfaat yang baik untuk kita semua. Insya Allah, aminn

# Gambar di atas bukan milik saya

Saturday, July 8, 2017

Seuntai Kata Untuk Dirasa

SMK Kangkar Pulai

Bismillahirahmanirrahim

Momen-momen indah pernah terpatri di sini. Namun ia beransur pergi saat aku ingin mengubahnya menjadi cinta yang paling dalam di relung jiwa. Aduhaiii

~  Kasih yang selalu terpatri di sini. Begitu banyak kisah yang tersimpan. Moga ia akan selalu bersemi walau aku jauh darinya suatu hari nanti. Insya Allah, aminn ~

Friday, July 7, 2017

Apa Yang Terucap Di Hati 4


Bismillahirahmanirrahim

" Jika kita diberi dua pilihan, antara gelap dan cahaya maka pilihlah cahaya. Jika kita berada dalam kegelapan maka carilah sinar cahaya. Jika kita melalui lorong kegelapan maka pergilah ke lorong yang bercahaya tapi jika kita tidak menemui cahaya itu, maka berdoalah pada-Nya supaya kita diberi petunjuk dan panduan dalam menempuhi kegelapan."

" Ramai di luar sana yang mahu menyendiri tanpa melakukan apa-apa, padahal menyendiri dengan mengingati-Nya, itu lebih afdhal daripada menyendiri tanpa mengingati-Nya."

" Jangan berhenti berfikir, berfikirlah! sebelum semua anugerah itu ditarik kembali oleh-Nya. Berfikirlah sebanyak mana yang kamu suka dan terdaya. Kerana dengan berfikir, kita akan menguasai kehidupan."