Saturday, March 6, 2010

Diari kehidupan 42

bismillahirrahmanirahim
7 mac 2010 (ahad)

Assalamualaikum

masih setia mengembara di blog saya? kalau masih terima kasih kepada anda. baiklah, saya akan menyambung diari kehidupan saya yang ada kaitan dengan diari kehidupan 41. semalam iaitu malam sabtu diadakan malam gema puisi oleh para penyair terkemuka, persatuan karyawan Perakdan penulis UPSI. juga bertempat di Dewan Seri Tanjung UPSI.

antara tetamu yang datang ialah wakil menteri besar perak, Hj Suhaimi Hj Muhammad, M. Ghazali, Mana Sikana, J.M Zakir, Muhammad Said, Adik kepada Kumpulan Koprotasa, pensyarah UPSI dan banyak lagi. manakala pengacara majlis pada masa itu ialah Zakiah Anas Iaitu pengacara rancangan 999 dan Ahmad Fitri Yahya iaitu pengacara TV 3.

malam gema puisi ini menampilkan beberapa penyair seramai 21 orang. malah malam gema puisi ini dihadiri oleh begitu ramai para penonton yang terdiri daripada pelajar UPSI sehingga tidak cukup tempat duduk. majlis ini dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dari kumpulan pemuisi UPSI iaitu Perindu Alam, yang menampilkan 4 orang Mahasiswa dari sabah yang mengadaptasi sebuah Puisi M. Ghazoli kepada lagu Puisi.

malam gema puisi ini sebenarnya kemuncak sekaligus penutup kepada seminar yang diadakan selama dua hari ini. pada peringkat awalnya, kami tidak menjangka majlis ini akan dihadiri oleh orang ramai kerana jika dilihat kepada seminar sebelum ini agak sedikit yang datang tetapi Alhamdulillah, sangkaan kami tidak tepat. malah kerusi terpaksa ditambah memandangkan kedatangan penonton yang agak ramai dan tidak putus-putus.

di akhir persembahan ditampilkan pensyarah kesayangan kami iaitu dr. Talib Samat bersama anak muridnya Rafizi untuk mendendangkan lagu yang saya sudah lupa tajuknya. kepada mereka-mereka yang menghadirkan diri dalam majlis malam gema puisi ini, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan atas kedatangan anda semua. sesungguhnya kedatangan anda telah memeriahkan lagi majlis ini dan sekaligus membuatkan kami gembira. terima kasih sekali lagi.

hmm, rasanya dah tak ada lagi yang nak diceritakan, sampai di sini sahaja diari saya hari ini, salam dariku untuk diri dan anda semua, salam.......Hanako

Friday, March 5, 2010

Diari kehidupan 41

bismillahirahmanirahim
5 mac 2010 (Jumaat)

assalamualaikum wahai pengembara blog saya. hari ini saya telah menjalani kehidupan saya seperti yang dirancangkan dan ditentukan oleh Allah SWT. hari ini saya bangun pukul 9.09 am. sebenarnya ada kuliah tetapi kerana bangun lewat kuliah saya tak dapat hadiri kuliah saya yang bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di taman U 35. Kursus U pula tu, KPN.

selepas bersiap saya pergi ke dewan seri tanjung untuk menghadiri seminar antarabangsa penulis terkemuka Malaysia Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghazali (M. Ghazali). seminar ini juga dihadiri oleh Mana Sikana selain Dekan fakulti kami dan pensyarah Sastera UPSI. di samping itu terdapat juga beberapa orang kuat sastera yang saya tak kenal turut hadir sama.

namun apa yang mengecewakan saya semasa berada dalam seminar itu ialah amat sedikit pelajar yang datang untuk memeriahkannya walaupun orang yang dijemput adalah mereka yang intelektual dan sangat kaya dengan ilmu sastera serta mempunyai ketinggian falsafahnya. saya difahamkan bahawa ramai pelajar yang ada kelas dan tidak dapat menghadiri seminar tersebut.

saya gembira kerana dapat bertemu dengan penyair terkemuka seperti HJ Suhaimi Hj Muhammad dan M. Ghazali iaitu penulis novel terkemuka malah sempat juga mengambil gambar dengan mereka. saya juga turut membeli sebuah novel kemasyarakatan karya M. Ghazali berjudul 'Redang' dalam seminar tersebut kerana terdapat pameran buku di situ.

saya juga mengambil peluang sekali seumur hidup ini (mungkin) untuk bertanya soalan kepada penulis sajak terkemuka itu dan alhamdulillah soalan saya dijawabnya walaupun saya tidak puas hati kerana masih banyak persoalannya yang ingin saya utarakan tetapi kerana kesuntukan masa, saya pendamkan sahaja. mungkin saya akan bertanya kepadanya suatu hari nanti jika kami bertemu dengan keizinanNya.

untuk hari esok pula, akan diadakan seminar untuk M. Ghazali kerana untuk hari ini adalah pembentangan karya Hj Suhaimi Hj Muhammad dan akan berlangsung sampai petang. manakala pada malamnya pula akan diadakan penyampaian deklamasi puisi oleh para karyawan sastera juga bertempat di dewan seri tanjung UPSI. jika ada orang luar yang mahu datang ataupun pelajar pogram lain yang mahu datang, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. seminar ini berlangsung pada esok pagi bermula pukul 8 pagi dan pada malamnya pula bermula pukul 8.30. bertempat di dewan seri tanjung UPSI. pakaian untuk malam adalam baju kurung dan baju melayu.

sekarang pergi pula kepada karnival di kolej saya kolej KHAR yang berlangsung sekarang ini. karnival ini ditaja oleh...dah lupa penajanya. tetapi amat meriah bermula pada hari khamis 4 mac - 7 mac (ahad) dengan pelbagai jualan makanan dan barangan dan juga acara-acara yang diadakan. kepada orang luar yang ingin datang memeriahkan karnival ini bolehlah datang di kolej Harun Aminurrashid, UPSI, Tanjung Malim Perak. karnival in bermula pada pukul 8 pagi-12 tengah malam.

hmm, rasanya sampai sini sahaja pertemuan kita dan semoga berjumpa lagi pada diari yang akan datang. salam dariku untuk diri dan anda semua, salam....Hanako

Monday, March 1, 2010

Antara Angan-angan, Cita-cita dan impian....

bismillahirrahmanirahim
1 mac 2010 (Isnin)

Assalamualaikum...
apa khabar pengembara blog saya. harap anda selalu berada dalam keredhaanNya. hari ini, cerita tentang hidup saya seperti biasa. kuliah, kuliah dan kuliah. dah baca tajuk post saya kali ini? dah kan.

baiklah, sekarang mari saya mulakan bicara ini dengan satu pertanyaan

"benarkah Kehidupan dan kejayaan bermula dari angan-angan?"

apa pendapat anda semua tentang persoalan ini?

berbicara tentang angan-angan, mungkin sebahagian manusia di muka bumi ini pernah berangan-angan. mungkin juga ada yang tak pernah berangan-angan. yang ada hanyalah cita-cita dan impian.

bila bercakap tentang saya, saya juga pernah berangan-angan. angan-angan tidak salah bagi seseorang manusia kerana dari angan-anganlah, mulanya tumbuh cita-cita dan dari cita-citalah akan tumbuh impian.

saya ambil diri saya sendiri. masa kecil-kecil dulu, saya berangan-angan ingin menjadi sasterawan Negara, pengembara dan angkasawan. lucu sungguh angan-angan saya kala tu dan tak kurang juga tingginya angan-angan. bila cikgu tanya saya apa cita-cita saya, saya cakap itulah. sebuah angan-angan yang kosong. mungkin. sehinggakan kawan-kawan saya ketawa.

saya katakan begitu sebabnya semua pelajar di kelas saya kebanyakannya mahu jadi polis, cikgu dan peguam. saya pun cakap lain dari yang lain. apa saya peduli. yang penting saya ingin buat angan-angan saya itu meniadi kenyataan walaupun hakikatnya agak sukar.

angan-angan adalah permulaan kehidupan kita. saya setuju kata-kata ni. bila kita ada angan-angan mestilah kita bercita-cita mahu menjadikan angan-angan kita itu menjadi realiti ataupun kalau tak menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya kita akan menjadi yang hampir dengannya.

selepas saya katakan berangan-angan macam tu, saya terfikir sesuatu. ya, sebelum menjadi seorang pengembara, Angkasawan dan Sasterawan, saya perlu mendapatkan banyak ilmu tak kira pengalaman atau pelajaran. hah, dari sinilah tumbuh cita-cita saya mahu memasuki Universiti lalu jadilah saya seorang mahasiswi sekarang ni. belum habis pengajian lagi.

walaupun juga pada hakikatnya, amat sukar untuk menjadi sasterawan negara tetapi saya akui profesion perguruan merupakan wadah yang terbaik untuk menjadikan saya seorang penulis sekurang-kurangnya. saya jadikan angan-angan saya itu untuk menggapai cita-cita saya. kalau tiada angan-angan macam mana kita boleh hidup kan. maksud saya, macam mana kita nak dapat sesuatu kalau kita tak berangan-angan.

namun, janganlah kita berangan-angan tahap zero sahaja. kalau angan-angan tu setakat berangan-angan tapi tak mahu mencapainya tak boleh juga. beranganlah setinggi manapun, yang penting kita ada usaha untuk mencapainya. dah saya katakan bahawa dari angan-angan tumbuhnya cita-cita dan dari cita-cita tumbuhnya impian.

bercakap tentang impian, ia amat luas skopnya. kalau cita-cita untuk duniawi, impian pula adalah untuk ukhrawi. semua orang mahu menggapai syurga kan jadi itulah namanya impian iaitu untuk ukhrawi. di dunia kita bercita-cita mahu jadi ini, manakala di akhirat pula kita impikan untuk menggapai syurga Allah SWT.

jadi marilah kita sama-sama fikirkannya. salam...Hanako