Monday, January 9, 2012

Siapa Kata Sastera Tidak Berharga!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai pengembara blog saya.

Hari ini saya terbaca satu artikel dalam akhbar Berita Harian berkenaan dengan ‘Kesusasteraan Melayu di hujung tanduk?” Ketika membacanya saya terhenti di satu perenggan yang berbunyi

“Kesusasteraan Melayu dilabel sebagai tiada nilai komersial dan tiada jaminan masa depan kepada pelajar. Sekolah yang menawarkan ini Kesusasteraan Melayu pula mengkhususkan kepada pelajar dari kelas yang lemah dan tidak berminat untuk belajar semua subjek termasuk sastera,”

Membacanya membuatkan hati saya tiba-tiba jadi sedih dan kecewa. Begitu rendah sekali tanggapan masyarakat sekarang tentang nilai ilmu sastera yang sebenarnya satu bidang yang sangat berharga. Siapa kata sastera tidak ada jaminan masa depan. Kebanyakan manusia berjaya kerana sasteralah. Kebanyakan manusia terkenal kerena sasteralah. Siapa kata sastera tidak boleh setanding dan seiring dengan ilmu sains dan matematik. Siapa kata sastera tidak boleh membangunkan sebuah negara. Kerana sasteralah negara kita membangun dengan pesat. Nak tahu bagaimana dan kenapa?

Setiap individu diajar di sekolah dengan satu tujuan iaitu belajar dan dalam masa sama kita diterapkan dengan nilai-nilai murni. Melalui apreasasi kita terhadap nilai-nilai itu seperti bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan berusaha dan berkerjasamalah maka kita Berjaya walaupun ilmu yang kita belajar di sekolah adalah sains, fizik, biologi, matematik. Sebenarnya sastera sentiasa wujud dalam diri kita Cuma kita sahaja yang selalu menidakkan kehadirannya. Dengan lebih mudah, saya boleh katakan setiap kehidupan kita bermula dengan ilmu sastera. Membangunkan negara pun perlukan kebijaksanaan yang hanya didapati melalui ilmu yang datangnya daripada buku. Malah untuk mewujudkan rakyat yang harmoni pun datangnya melalui nilai-nilai murni yang dihayati oleh setiap masyarakat. Ilmu sains hanya boleh digunakan untuk mencipta dan menggerakkan sesuatu benda tapi untuk menjayakannya perlukan ilmu sastera.

Persoalannya apa itu sastera? Sastera ialah buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Dengan kata lain, sastera merupakan satu seni yang indah yang disampaikan melalui bahasa berdasarkan buku-buku yang kita baca. Untuk mendapatkan ilmu, maka kita perlu membaca buku. Persoalannya lagi, apakah benar sastera tidak menjamin masa depan? Jawapan saya ialah sangat menjamin masa depan. Peluang pekerjaan untuk graduan sastera juga sangatlah banyak. Contohnya kita boleh menulis buku, artikel, novel, puisi malah mengkritik buku pun boleh menghasilkan wang, kita boleh berkerja di bahagian penerbitan buku, kita boleh menjadi guru, kita boleh bekerja di bahagian perpustakaan dan macam-macam lagilah asalkan kita boleh berusaha. Telusurilah latar belakang penulis-penulis terkemuka negara dan luar negara. Kebanyakan dari mereka berasal dari bidang lain seperti sains, perundangan, dan sebagainya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi penulis.

Yang paling penting sekali sastera mampu mendisiplinkan diri kita untuk menjadi warganegara dan insan yang kaya dengan moral. Malah dengan sastera juga sebuah kerajaan yang kejam juga boleh jatuh. Nak tahu macam mana? Jawapan saya ialah melalui tulisan. Hanya melalui mata pena.

Kerana itu, pesan saya, jangan sempitkan pemikiran anda dengan perkara negatif tetapi luaskan pemikiran anda dengan perkara yang positif.

Friday, January 6, 2012

Yang jauh di mata dekat di hati...


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

# Sejarah Melayu @ Sulalatus Salatin, kalau nak tahu sejarah Raja-raja Melayu,bacalah buku ni.

# masa sekolah, dah baca sampai habis tapi itulah mencabar benor nak baconyo.

# buku ini pernah berada dalam simpanan saya (hak milik saya) tapi yang sedihnya buku ini sudah hilang entah ke mana sekarang ni (ayat Inversi ni).

# bagus buku ini. Insya Allah, kalau ada rezeki, saya nak beli lagi sekali untuk yang kali kedua setelah kali pertama kandas di tengah jalan.

# gambar di atas adalah hak milik orang lain. bukan gambar saya ye.