? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 19, 2011

Yang Tersirat di Sebalik Air Mata Alam (Belajarlah mengenal persahabatan melalui Hujan)


Petang ini Hujan Turun lagi. Seakan terdengar lagi sebuah lagu memori zaman silam.

Rak rak rum
Guruh berbunyi
Kilat petir sana sini
Hujan pun turun ke bumi
Banjir terjadi

Kini hujan semakin lebat
Menjadi bertambah hebat
Pulanglah adikku cepat
Nanti terlambat

Belajarlah melalui hujan. Ya, belajarlah melaluinya. Belajarlah untuk bermuhasabah diri. Belajarlah untuk berdoa kepada Yang Khalik. Belajarlah mengingat masa lalu. Belajarlah untuk mengenal cinta dan belajarlah Mengenal persahabatan. Semuanya melalui hujan. Ya, semuanya melalui hujan.

Semasa kecil, saya memang suka bermain dengan hujan. Suka sangat. Bersama dengan adik-adik, kami akan menadah air hujan yang mengalir dari cucur atap rumah dengan baldi masing-masing. Bila baldi itu sudah penuh lalu kami pun mandi beramai-ramai. Seakan satu pesta pula apabila mandi bersama-sama. Pelbagai bunyi akan keluar selain daripada bunyi air hujan, mulut kami pun berbunyi juga dengan pelbagai gaya dan intonasi yang berbeza. Kesejukan memang menyengat hingga ke tulang rusuk. Sejuk, memang sejuk! Adakalanya saya dengan adik-adik akan bertukar tempat, kononnya mahu tahu setakat mana rasanya air hujan di tempat lain apabila menjamah tubuh kami yang kurus melidi, dan gemuk gedempol ini. Padahal semuanya punya rasa yang sama, sejuk dan nyaman, macam ais. Kalau guruh berbunyi cepat-cepat kami lari ke bawah rumah, takut tubuh yang setengah bogel ( ada yang bogel terus) disambar petir. Kasihan mak bapak nak hantar ke hospital yang jauhnya boleh tahan kalau jalan kaki. Kalau naik kereta lagilah jauh (tambang dibayar)

Seingat saya, ayah dan ibu tidak akan marah. Mereka lebih suka kalau anak-anaknya mandi dengan air hujan, sebabnya jarang bebenor saya mandi sekali dalam sehari. Kalau tidak silap, selang sehari baru mandi. Itupun mandi sekali dalam sehari itu kena paksa. Tapi cubalah bila musim hujan, seminggu hujan turun, seminggu jugalah badan sentiasa bersih dari segala kotoran. Pagi petang hujan turun, pagi petang jugalah saya akan mandi hingga pakaian pun habis dipakai. Tapi ibu saya tidak kisah, dia cuci baju saya dengan senyuman (suatu senyuman yang terindah bagiku-pengorbanan yang disusuli dengan senyuman disulami keikhlasan). Tapi jika main di bawah hujan memang dilarang sama-sekali, kalau degil maka hukuman rotan akan dikenakan . Jadi kalau nak main, kenalah jadi penjenayah yang terhormat, tengok tempat yang selamat yang ayah dan ibu tidak tahu (tapi selalunya rancangan tidak menjadi).

Sekarang pun, saat meniti usia remaja dan dewasa, saya masih menyukai titisan kolam alam ini. Walaupun saya tidak lagi bermain dengan hujan seperti dahulu (waktu kecil), tapi bila hujan turun saja ke bumi, saya mulalah beremosi mengalahkan orang yang merajuk. Tersenyum sendirian menjadi trend saya. Tidak Waras? Memang pun saya tidak waras kerana hanya saya dan Allah swt saja yang tahu apa sebenarnya yang berada jauh di lubuk hati saya. Sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang suka bermonolog sendirian, ramai lagi insan di luar sana yang punya tabiat macam saya dan mungkin anda juga salah seorang daripadanya.

Waktu-waktu beginilah, saya kerap menelusuri kehidupan saya dan orang lain. Fikiran saya akan menerewang jauh mengenang kembali kisah silam mahupun kisah yang baru berlaku tapi saya sudah melaluinya. Pernahkah kalian berkongsi payung dengan para sahabat kalian kala hujan turun dan di sisi kalian hanya ada sebuah payung? Ataupun pernahkah kalian mengalami keadaan di mana kalian bergilir-gilir memayungi sahabat kalian untuk pergi ke tempat yang dituju? Sebagai contoh, kalian ada lima orang dan hanya seorang saja yang membawa payung. Tiba-tiba hujan turun dan kalian pun berteduh di sebuah tempat. Namun kerana kekangan masa untuk sampai ke tempat yang dituju maka kalian pun berbincang yang mana salah seorang kena hantar seorang kawan ke tempat tersebut kemudian kembali lagi untuk mengambil sahabat yang lain, begitulah seterusnya.

Di sinilah sebenarnya hubungan atau silatulrahim bertambah erat dan di sinilah sebenarnya kita dapat mengenal sebahagian sikap rakan kita. Ianya bermula dari setitis air hujan. Ya, suatu permulaan yang baik hingga adakalanya perkenalan di bawah hujan inilah permulaan kepada suatu perhubungan yang dikenal persahabatan dan mungkin juga dari persahabatan itu timbullah bibit-bibit cinta antara dua insan kemudian dari cintalah maka timbullah isu alam Perkahwinan (penyatuan dua insan).

Bayangkan, bagaimana Allah swt memulakan tiap-tiap kejadian dengan begitu teliti hingga dari hanya satu kejadian akan timbul pula satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain yang berhubung kait dengan kejadian pertama. Analoginya seperti sepohon kayu, dari sebiji benih akan tumbuh tunasnya dan dari tunasnya akan tumbuh sebatang pokok, dari sebatang akan menjadi sepohon kayu yang bercabang-cabang kemudian berbunga seterusnya berbuah. Bila buah itu masak dipetik orang dan dari sini pula akan bermula satu episod lain. Kemungkinan buah itu akan jual atau diberikan kepada orang lain. Begitulah rangkaian peristiwa. Analogi kedua pula ibarat sejarah iaitu dari satu perkara akan terjadi pula perkara yang lain. Analogi yang terakhir (banyak analoginya) kalian fikirlah sendiri ye (tak nak fikir pun tak apa)

Melalui hujan juga, yang keruh menjadi jernih. Nak tahu kenapa dan macam mana? Misalnya, sebelum ini kita asyik bertengkar dengan rakan sebilik atau serumah. Suatu hari, rakan kita itu sidai baju di luar kemudian dia keluar, tinggal kita seorang. Petangnya hujan turun lantas kita pun ambil baju kita sekali dengan baju musuh perang dingin kita ini. Malamnya rakan kita balik rumah, nampak bajunya tersusun kemas di atas katil, sejuk dan lega sungguh hatinya melihat baju kesayangannya tidak kehujanan. Dalam bab ini mestilah dia akan cari siapakah gerangan yang sudi menolongnya bukan? (tak taulah kalau dia buat acuh tak acuh je).

Bila dia tau kita yang ambilkan, mestilah dia akan mengucapkan terima kasih (tapi ada juga yang tak ucap, dalam hatilah tu, tak berani nak ucap terang-terang) makanya kalau hari-hari begini, hari ini kita, esok dia, lusa kita, tulat kita juga, minggu depan dia maka tidak hairanlah diplomasi persahabatan akan terbentuk. Tapi kalau tidak jernih-jernih juga, hanya ada dua cara, muhasabah diri dan beralah atau ajaklah dia berdamai secara baik (halus, kata orang). Ingatlah bahawa tugas kita di dunia ini selain menjadi khalifah Allah swt, adalah untuk memaafkan semua orang, agar nanti mereka akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah swt pernah berfirman yang bermaksud:

“ Hanya dengan mengingati Allahlah, hati menjadi tenteram” (surah Ar-Ra’d: ayat 28)

Jelas dalam ayat ini Allah swt menyuruh kita untuk ingat pada-Nya dalam setiap yang kita lakukan malah memaafkan orang pun kita kena ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Begitu juga dalam bersahabat, Allahlah Swt yang mengatur segala pertemuan dan perpisahan kita, kerana itu Ingatlah Allah swt sentiasa. Malah turunnya hujan juga adalah urusan Allah yang tersembunyi. Emmm, kalian pernah menonton drama Indonesia ‘Mutiara Hati’? salah satu tajuk lagu temanya ‘Ingatlah Allah’, cubalah selidik dan dengar ye. Drama ini pernah disiarkan di TV9.

Akhir kata dari saya, marilah belajar melalui kejadian-kejadian yang ALlah swt ciptakan untuk kita. Belajarlah untuk menerima pemberian-Nya dan belajarlah untuk mensyukurinya.Belajarlah mengenal persahabatan melalui hujan. Sekali lagi, belajarlah melalui hujan.Baiklah, sampai di sini saja coretan saya kali ini. Sampai jumpa lagi, salam…

0 comments: