? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 24, 2011

Selamat Kembali Sang Raja Alam


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Pagi ini saya bangun dari tidur. Alhamdulillah, Allah masih hidupkan saya setelah mematikan jasad saya sebentar. Walaupun jasad sudah terbujur kaku, roh saya masih hidup, memulakan pengembaraan di alam lain sebelum bersatu kembali dengan jasad, Alhamdulillah.

Bangun dari tidur saya berasa keadaan rumah sangatlah sunyi. Tertanya-tanya di mana semua orang. Lantas saya buka pintu bilik dan ‘aduhhh’, mata berasa sakit dengan silauan cahaya mentari. Lega rasanya hati apabila melihat pintu bilik kawan-kawan terbuka lebar menandakan mereka ada dan saya tidak keseorangan di rumah ini. saya masuk semula ke bilik, buka laptop, buka laman sosial dan buka semua laman-laman yang saya selalu kunjungi.

Sedang asyik menelaah,

“ Kak Suuuu, Tolong!!!” suara rakan serumah saya memanggil dari ruang beranda. Segera saya ke sana. Ohhh rupanya angin kuat pagi ini hinggakan baju kami berkibaran macam bendera. Kibarnya bukan sebarang kibar, kibarnya mencapai 90 darjah (boleh bayangkan tak, kalau tak boleh tak apalah), siap ada bunyi lagi tu. Bunyi yang sudah biasa didengar, biasalah rumah kami ni bertingkat jadi bunyi angin macam tu biasa kami dengar. Di sekitar pula pokok bergoyang dengan rancaknya (masa saya menulis ni angin dan pokok masih bersatu di luar). Kami ambil baju yang disidai bersama-sama, yang tinggal hanya baju saya.

Matahari sangat bagus dan ceria hari ini, jadi saya tinggalkan baju saya itu, berjuang sendirian melawan cabaran yang mendatang (angin lah). Lagipun saya jamin tak hujan sebabnya matahari tengah mood baik hari ni. Entah sekonyong-konyong saya berasa hati ini berbunga riang, melihat pohon-pohon hijau, mendengar deru angin, melihat cahanya mentari yang bersinar garang, mendengar bunyi kicauan burung, melihat langit membiru, melihat orang berjalan, suatu perasaan yang seringkali hadir dalam diri saya.

Rasa terharu, sedih, pilu, gembira, bangga, semuanya bersatu dalam hati ini. Tanpa disedari, hati pun berbicara:

“ Subhanallah! Selamat kembali hai Raja Alam, kau muncul dengan Izin-Nya, memberi cahaya kepada semua makhluk di dunia ini. Walhal, sebelum ini kau selalu menyembunyikan diri di sebalik awan, saat hujan turun membasahi bumi bertuah.”

Siapa Raja alam yang saya maksudkan? Itulah Matahari. Jauh di ingatan saya, seakan terdengar satu lagu zaman kanak-kanak bertajuk tinggi-tinggi si matahari, juga terkenang si bunga matahari, bunga yang sangat cantik dan indah dipandang. Terkenang saat indah ketika melihat raja ini mula menyembunyikan diri di sebalik bukit saat dirinya tidak lagi diperlukan. Di belakang kolej ini, ada sebuah sungai dan selalunya petang-petang saya ke sana untuk melihat raja alam ini. Ada kalanya di waktu yang lain, saya akan melihat langit. Nampak hamparan langit yang membiru bersih. Nampak sang mentari dipayungi awan-gemawan, meskipun sinarannya masih mampu dilihat menembusi awan larat tersebut. Saya teringat dalam al-Quran ada satu surah, namanya surah as-Syams (Matahari):

Demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi sing hari
bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi
demi langi beserta seluruh binaannya
demi bumi serta yang ada di hamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
beruntung bagi yang mensucikannya
merugi yang mengotorinya,

Subhanallah, ia mengingatkan saya dengan sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Snada dari Indonesia. Lagunya sebiji mereka ambil dari surah ini. Lagu yang membuatkan saya selalu menangis. Saya sebenarnya tidak menyangka bahawa lagu ‘Demi Matahari’ dipetik dari al-Quran. Namun akhirnya saya mendapat jawapan dari persoalan yang selalu merantai pesoalan saya terhadap lagu ini. Dari mana mereka dapatkan sebuah lirik yang sangat indah sekali? Persoalan inilah yang bermukim di fikiran saya tetapi saya akhirnya menemui jawapan apabila menyelak terjemahan al-Quran. Surah as-Syms (Matahari) merupakan surah ke 91, diturunkan di Mekah dan mempunyai 15 ayat.

Hmmm, Matahari…Matahari

Sesungguhnya setiap ciptaan-Nya, punya kebaikan dan tujuannya yang tersendiri. Sesungguhnya Allah swt jadikan matahari selain beribadah kepada-Nya juga untuk memberi manfaat kepada seluruh alam. Kerna itu hargailah alam, cintailah mereka sebaik-baiknya. Ingatlah, dengan mencintai mereka hidup kita akan bahagia. Sungguh hidup ini menyeronokkan jika kita bijak bergaul dengan alam sekeliling kerana sebahagian kegembiraan kita sebenarnya didapati melalui alam persekitaran. Berfikirlah, sebelum difikirkan. Salam…Hanako

# gambar diambil dari Blog ini: duribuncit. wordpress.com

0 comments: