? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Di Balik Rumpun Pandan


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

wahai para pengembara blog saya dan para sahabat-sahabiah yang lain. Sekarang jam sudah pukul 2.30 pm dan saya baru memulakan pena saya pada malam ini. baru sebentar tadi saya tidur-tidur ayam di atas katil empuk. Sambil baring-baring otak ini ligat berfikir dan yaaa, tetiba daun pandan muncul dalam fikiran. Selalunya daun pandan memang perisa dan rempah ratus yang mampu menyedapkan masakan dan selalunya ia digunakan oleh chef-chef wan yang terrer di dapur.

Ibu saya pun selalu menjadikan daun pandan ini sebagai perisa dalam masakannya. Kata orang masakan yang paling sedap di dunia adalah masakan seorang ibu. Masakannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ini walaupun dia adalah seorang tukang masak professional. Walaupun masakannya sederhana dan tidak dicampuradukkan oleh pelbagai perisa atau rempah ratus, tapi masakan dari air tangan seorang ibu tetap sedap. Walaupun rempah ratusnya hanya daun pandan, ajinomoto dan garam namun memang betul ia tetap membangkit selera makan anak-anaknya.

Begitulah juga dengan ibu saya. Ibu saya memang suka menanam daun pandan di sekitar rumah selain serai, daun kunyit, lengkuas, halia dan sebagainya. Itu belum lagi pokok buah-buahan dan tanaman lain. pokok-pokok yang ada di sekitar rumah kami sekarang adalah hasil usaha ibu, ayah dan abang-abang serta kakak-kakak saya. Namun sekarang ibu sudah pergi jauh dan tidak akan pernah kembali lagi. Saya hanya dapat berjumpa dengannya melalui alam mimpi. Sampai saat ini saya sentiasa merindui wajah ibu, masakannya, kasih-sayangnya, pengorbanannya dan yang paling penting, saya tetap ingat setiap bakat yang Allah kurniakan kepada ibu. Bakat ibu dalam membuat anyaman menggunakan kayu hutan (lupa nama) tidak diwarisi olehanak-anaknya termasuk saya. Ibu pergi sebelum saya mencapai usia 11 tahun.

Kerana itulah, bila teringat daun pandan, saya terkenang kembali memori saat yang bahagia bersama ibu. Memori saat yang bahagia bersama ayah dan memori saat yang bahagia bersama adik-beradik dan sepupu. Cuba teka lagu ‘saat yang bahagia’ ni dinyanyikan oleh siapa dan dari filem mana? Carilah ye kalau kalian mahu mencarinya.

Teringat zaman kecil dulu (zaman kecil lagi, tak ada ke cerita zaman sekarang? Pertanyaan ni mesti terlintas di fikiran korang kan). Makanya sebelum bercerita ni biarlah saya berikan sebab-sebabnya. Yang pertama, Zaman kecil merupakan zaman kita baru hendak mengenali dunia ini., zaman kecil merupakan zaman yang mempunyai pelbagai kisah dan duka, zaman kecil menyajikan pelbagai ilmu dan pengalaman untuk kita setelah mencapai usia emas nanti. Zaman kecil juga adalah zaman yang paling menyeronokkan (bagi saya, tidak tahu bagi anda pula). Waktu Zaman kecillah cita-cita, angan-angan dan impian kita muncul dalam fikiran, keinginan setinggi langit. Waktu kecil jugalah kita mula memahami makna kehidupan dan tidak sabar-sabar nak jadi dewasa. Dan waktu kecil jugalah, kita mula memahami bahasa alam (banyak lagi sebabnya, kalian fikirlah ye)

Sebenarnya saya membesar dengan daun ini. Kadang-kadang ibu masak bubur campur dengan daun pandan dan yang paling penting, di balik rumpun pandan itulah salah satu tempat persembunyian yang paling strategik jika saya dan kawan-kawan bermain tembak-tembak. Biasalah, kawasan rumah kami besar dan rumpun pandan yang ibu tanam memang betul-betul berada di tengah-tengan luar rumah (berdepan dengan bilik mandi) saya masih ingat, sesiapa yang bersembunyi di balik daun pandan itu, orang itulah yang wajib memulakan permainan dengan kuasa vetonya melafazkan perkataan ‘Go’ maka permainan pun bermula.

Bila mengenang kembali zaman dahulu, yang waras pun boleh jadi tidak waras manakala yang tidak waras boleh jadi waras (betul ke?, betullah ni, tak percaya cuba buat kajian)

# gambar itu saya salin dan tampal ke blog saya ini. Bukan pandan yang ada di rumah saya di kampung ye.

# banyak ilham tapi tak ada idea nak mencoretkannya. Jadi hanya itu jelah yang boleh saya kongsikan.

# Insya Akan menyusul nanti sebuah cerita/ kisah ‘cerita dari mekah’ seperti cerita sebelum ni, kisah seorang jemaah bertemu Sidratul Muntaha. Kisah Sidratul Muntaha ini saya sudah paparkan dalam blog saya sebelum ni (lupa tarikhnya)

# Kepada pemilik gambar ini, minta maaf ya saya ambil gambar anda...

0 comments: