? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 31, 2009

WARKAH DARI SYAFIKAH

Assalamualakikum..ke hadapan sahabatku yang jauh dan kurindui. Semoga sihat-sihat hendaknya di samping keluarga tersayang.
Sahabatku…
Aku yakin engkau pasti akan terkejut menerima kunjungan surat ini bukan? Tentunya dalam kepala geligamu itu pasti penuh dengan tanda Tanya mengapa dan untuk apa aku menulis surat purba ini kepadamu. Ah. Senang saja sahabatku. Bila kita terdesak kepada sesuatu perkara pasti semuanya akan terjadi. Dan begitu jugalah aku sahabatku. Tapi bukan itu sebenarnya yang ingin aku utarakan di sini, di atas kertas. Namun biarlah ayat panjang ini kau anggap sebagai kata-kata mesra kita sebelum melangkah kearah yang lebih berisi dan serius hendaknya.
Sahabatku..
Tidak salah rasanya aku mengimbau kembali detik perkenalan kita sehingga ke hari-hari yang lebih manis. Hanya sekali imbas. Bolehkan! Ah. Alangkah indahnya detik itu sahabatku. Kita bagaikan sepasang kekasih yang tidak mahu berpisah dengan pasangan masing-masing. Ke mana sahaja kita pergi pasti kau dan aku akan bersama. Ke perpustakan bersama, kantin bersama, tandas pun berdua. Malah ke perhimpunan pun bersama bagaikan isi dengan kuku. Sehingga kemesraan kita itu sahabatku menjadi sebutan dalam kalangan guru dan pelajar lain. Emm.. bolehlah dikatakan kita berdua dah popular ala-ala artis di sekolah.
Sahabatku..
Keakraban kita rupanya menjadi punca kepada segala kedengkian orang ramai. Mungkinkah engkau menyedarinya wahai sahabatku. Tapi kita tidak pedulikan anggapan orang terhadap hubungan kita. Walaupun pedih di hati namun demi persahabatan semua itu kita abaikan sahabatku. Kita pernah dijadikan pasangan lesbian waktu itu. Alangkah buruknya gelaran itu sahabatklu. Adakah kau juga turut merasakan kepedihan itu. Oh ya. Maafkan aku. Aku hampir terlupa bahawa tidak ada rasiah antara kita. Apa yang ku rasakan engkau turut menerima tempiasnya. Aku yakin dan keyakinan itulah yang menyebabkan aku mempercayai persahabatan kita ini.
Sahabatku..
Sudah sampai masanya aku mendewasakan aya-ayatku ini biar sesuai dengan status pendidikan yang aku miliki. Mengertikah engkau? Sahabatku, begitu cepatnya masa berlalu dan hubungan yang terjalin antara kita sudah pun mencecah ke angka setahun. Onak dan duri yang menghalang jalinan suci ini berjaya kita tempuhi walaupun tidak ada janji-janji sumpah lagak sepasang kekasih untuk mengeratkan persahabatan ini. Tapi aku yakin persahabatan ini tetap akan berjalan selagi kita menjalani kehidupan di dunia ini. Dunia ini fana sahabatku. Ya, dunia ini hanya sementara seperti fananya usia kita bertambah dan juga seperti sekejapnya pertemuan dan perpisahan terjadi.
“ panas yang kita harapkan sampai ke petang rupa-rupanya hujan pula di tengah hari. Layakkah peribahasa ini kepada perhubungan kita sahabatku. Sesuaikah pepatah ini dengan arus persahabatan yang kita lalui bersama sahabatku. Ah, hidup ini banyak dugaannya. Entah di mana silapnya tiba-tiba sahaja perjalanan itu terputus di tengah jalan. Keakraban kita sudah semakin renggang. Bila-bila masa saja ia akan tenggelam dan terhenti tanpa adanya surat-surat rasmi yang mengesahkanya sahabatku. Mungkinkah sudah tertulis di dalam suratan takdir bahawa usia persahabatan akrab kita hanyalah setahun mengikut tempoh pengajian kita di sekolah sahabatku. Kita bersama setahun kemudian setahun lagi adalah bibit-bibit kegoncangan seperti singkatnya usia keemasan pemerintahan khalifah Uthman Al-Affan dalam tamadun islam yang kita belajar wahai sahabatku. Semakin bertambah kertas di meja ini sahabatku, ku rasakan tangan kananku ini semakin terasa sejuknya. Sakit dan kejapnya. Tapi aku tidak akan berhenti selagi naluri ini tidak menghentikannya.
Sahabatku..
Siapakah manusia di dunia ini yang begitu sempurna pancainderanya. Tidak ada bukan. Sedangkan nabi kita yang terakhir pun pernah melakukan kesilapan apalagi kita, manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Yang sentiasa terpengaruh dengan bisikan syaitan. Aku katakan ini bukan bermaksud apa-apa sahabatku tetapi aku sebenarnya menunjukkan kepada diriku sendiri. Setelah aku fikir, timbang sukat dan kuhakimi sebenaranya akulah orang yang bersalah dalam memusnahkan kota istana yang kita bina itu sahabatku. Kumohon sejuta kemaafan darimu sahabatku kerana menghancurkan impian yang kita tanam bersama. Tapi percayalah, aku tidak sengaja melakukannya sahabatku. Maafkan aku kerana telah melukakan hatimu. Aku yang pentingkan diri sendiri sehingga akhirnya perhubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Walaupun ku tahu kau cuba menyelamatkannya sahabatku. Aku juga cuba menghidupkan aroma itu setelah aku menyesali perbuatanku itu tetapi rupanya ia tidak mungkin diselamatkan lagi. Tidak wajar aku menyakiti hatimu yang baik itu sahabatku. Kau baik seperti malaikat. Pertolongan yang kau curahkan sepanjang umur itu tidak mungkin kulupakan. Memang wajarlah kau mencari teman lain yang lebih baik dariku kawanmu yang sentiasa menyusahkan kau sahabatku.
Sahabatku..
Aku rela menelan kepahitan yang ku terima dari perbuatan ku sendiri. Sahabatku. Pastinya mereka yang iri hati terhadap kita dulu berasa gembira melihat kegoncangan ini. Kenalkah kau dengan penyair Syafie Abu Bakar, sajaknya “Suatu Pengertian” adalah salah satu karya aslinya yang kita pelajari. Masih ingatkah kau sahabatku. Puisinya “ insan itu tiada lain dari kelalaian” adalah puisi kegemaranku. Aku yang lalai sahabatku. Aku mencari tapi aku tidak mengerti apa yangditemui. Ah…kalau kau dapat mencarinya bacalah sahabatku. Kau akan tahu serba sedikit tentang isinya ataupun tentang diriku. Setelah itu kau mahu kutuk aku pun kutuklah sahabatku. Aku akan menerimannya dengan rela demi persahabatan kita sekiranya belum terlambat.
Sahabatku..
Sebelum kusambung coretanku ini sekali lagi aku memohon sejuta kemaafan darimu sahabatku. Kerana kali ini kau pasti akan terkejut besar jika aku nyatakan sesuatu. Sahabatku. Sepanjang aroma persahabatan kita dahulu. Kita sudah sama-sama setuju bahawa di antara kita tidak ada rasiah. Tapi sahabatku persetujuan itu ku mungkiri. Begitu sedikitnya yang kuluahkan terhadapmu lantaran hatiku ini sebenarnya tidak mempersetujui keputusan kita itu. Maafkan aku sahabatku. Tapi aku tahu kau pun begitu. Sama sepertiku walaupun kau tidak menerangkannya kerana aku tahu melalui matamu. Siapakah manusia di dunia ini yang begitu bodoh untuk membocorkan rasiah hidupnya di mata orang lain. Kalaupun orang itu sahabatnya sendiri. Kau perlu tahu sahabatku bahawa tidak ada orang yang benar-benar memahami diri kita walaupun orang itu keluarga kita sendiri. Tapi seandainya kau terlanjur kepadaku sahabatmu ini, biarlah ia menjadi pengajaran dan panduanmu di suatu masa. Aku akan tetap mengikat rasiahmu ini dari pengetahuan orang lain. Insya Allah..
Terima kasih ku ucapkan di atas kepercayaan yang kau berikan terhadapku untuk mendengar segala masalah yang menimpa dirimu. Aku turut berasa sedih dan simpati ketika kau menceritakannya sahabatku. Seandainya aku punya kekuatan untuk menolongmu menyelesaikan masalah ini sudah pasti aku sedia membantumu. Tapi apa yang dapat aku lakukan sahabatku hanyalah sedikit nasihat dan kata-kata semangat yang tidak seberapa. Waktu itu aku juga punya perkara yang ingin ku selesaikan sehingga sekarang ataupun sampai bila-bila. Aku tidak pasti bila ia akan berakhir.
Sebenarnya hidup kita hampir sama sahabatku. Kau dengan keluarga kau dan aku pula dengan keluarga ku. Masalahku juga melibatkan orang lain. Yang telah lama tumbuh dalam kelompok keluarga ku sejak aku kecil dulu. Cuma aku tidak bersedia membocorkan kepada orang lain termasuklah sahabatku. Maafkan aku. Biarlah ia kusimpan sendiri. Ianya lebih membahagiakan diriku.
Sahabatku…
Kita bertemu tanpa di sangka. Kita berpisah begitu juga. Amat dingin perpisahan ini. Tiada air mata. Tiada kata-kata kerana kita langsung tidak bertemu ibarat angin yang menyapa tubuh kita tanpa kita peduli. Perasaan malu juga turut merenggangkan diri kita. Aku merindui masa lalu itu juga aku merindui wajah baikmu. Di manakah kau sekarang sahabatku. Silapku tidak meminta alamat rumahmu lantaran rasa malu masih menguasai diriku. Di luar rumahku turun gerimis-gerimis tapi sudah cukup mengigilkan tubuh lesuku ini lantaran kesejukan. mentari panas amat lambat muncul hari ini sahabatku. Melihat hujan itu aku teringatkan kata-kata cikgu Maimunah tentang hujan di kelas dahulu. Kau duduk di belakang dan aku duduk di hadapan. Jadi kau mungkin tidak mendengar penjelasannya. Kata cikgu, dia menyukai hujan kerana hujan yang turun itu mampu mengembalikan kenangan-kenangan lama serta memberikan pembaharuan dalam diri kita.
Benar katanya itu sahabatku. Hujan yang turun itu menyedarkan aku untuk mengirimkan kembali kenangan-kenangan masa silam kita terutama persahabatan kita itu sahabatku. Adakalanya aku terfikir adakah persahabatan kita itu dibungai dengan keikhlasan. Tapi ah, perkara itu ku buang kerana aku sendiri yang menodai keikhlasan itu sahabatku.
Sahabatku…
Hujan di luar sudah mula berhenti. Yang kedengaran hanyalah gerimis-gerimis kecil dan titisan air mengetuk atap rumah tua kami. Bagaikan di rancang otak ku juga turut kehilangan kata-kata yang seterusnya. Oleh itu sampai masanya ku akhiri suratku ini buatmu sahabatku. Kukira suratku ini tidak bermakna apa-apa buatmu kerana isinya terlalu membosakan ataupun mungkin menambahkan lagi luka yang mula sembuh dari luka yang maha pedih bila dipaksa menerima nostalgia kembali.
Namun kiranya engkau masih mengingati diriku tolonglah berkunjung ke rumahku menerusi alamat yang ku berikan dulu sahabatku. Aku tidak dapat mencarimu kerana aku tidak tahu rumahmu sahabatku. Dan lantaran masalah yang menimpa diriku. Aku tidak dapat menyatakannya di sini tapi bila kau datang ke rumahku kau pasti akan tahu. Rasanya, inilah surat pertama dan terakhir yang sempat ku layangkan kepadamu sahabatku. Selepas ini mungkin aku tidak sempat menulis surat kepadamu lagi. Cuma satu yang ingin ku terangkan kepadamu sahabatku bahawa kehidupan ini adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan. Fikir dan carilah maksudnya supaya kau akan lebih mengerti dan menghargainya sahabatku , salam sayang dariku kepadamu…

Sahabat lamamu
Syafikah Mokthar

Bunyi siulan burung di luar dan percikan cahaya matahari di mukanya mengejutkan Hamidah dari tidur yang lena. Dia memisat-misat matanya yang pedih terkena cahaya matahari yang menyelimuti ruang kamar itu. Setelah beberapa kali diulangnya barulah rasa pedih itu hilang. Kemudian dibuka mata besar-besar dengan pelahan-lahan terus terjunam di atas sebuah jam yang tergantung di dinding berwarna lembut itu. Sejenak matanya tidak berkelip memandang sambil fikiranya mengingati sesuatu.

“ aduh mak..” serta merta Hamidah teringat akan janjinya pada Lily semalam. Mereka mahu membeli hadiah kepada kawan mereka iaitu Zubaidah. Dia bingkas bangun dan mengemaskan katil kemudian meluru ke bilik mandi. Mulutnya tidak habis –habis mengomel sendirian.

“ sempat ke ni…”

Getus hati kecilnya. Janjinya pada Lily jam 9.00 pagi tapi entah mengapa dia terbangun pukul 7.30. tinggal sejam lagi dia perlu sampai ke pekan untuk berjumpa kawannya itu. Kalau tidak Lily pasti akan merajuk. Ala-ala rajuk seorang kekasih bila teman lelakinya lambat sampai. Hamidah tersenyum sendirian bila menginggatkan gelagat Lily yang manja itu. Maklumlah antara mereka berempat Lilylah yang paling muda. Dan dia jugalah yang paling bongsu di kalangan adik beradiknya. Tidak hairanlah gayanya kadang-kadang seperti kebudak-budakkan. Setengah jam kemudian Hamidah sudah menunggu di bastop berdekatan.

“ nasib baik rumah aku dekat dengan bastop. Kalau tak mampuslah nak jalan. Kalau kena time tengah hari ..hitam legamlah aku.” Kata Hamidah sendirian.
Dari jauh kelihatan sebuah kereta menuju ke arahnya. Berhenti betul-betul di hadapannya. Hatinya berasa lega. Dia mengambil tempat duduk di bahagian paling depan dan dekat pintu supaya bila keluar nanti tidaklah memperlihatkan punggungnya pada lelaki di belakangnya. Dalam perjalanan fikirannya menerewang jauh. Perasaan yang berkecemacuk itu menyebabkan dia tidak menyedari bas yang dinaiki sudah pun berhenti. Hamidah terkejut ketika penumpang-penumpang yang bersamanya turun dari bas. Hamidah melihat ke belakang kalau-kalau ada penumpang yang belum turun. Sudah kosong. Tanpa berlenggah dia segara turun bersama perasaan malu yang menebal di wajah licinya. Pipinya terasa merah seperti udang. Setelah membayar tambang bas dia berjalan menuju ke tempat Lily menunggu. Kerana tergesa-gesa dia terlanggar seorang gadis sebayanya. Muka perempuan itu masam memandangnya.

“ maafkan saya dik..” ujarnya meminta maaf. Merasa bersalah. Perempuan itu tidak menjawab.

“ oh tak pa..” tiba-tiba perempuan itu tersenyum. Hamidah berasa lega. Sangkanya gadis manis itu pasti akan marah kepadanya. Dia membalas senyumannya. Hamidah tidak mahu membuang masa nya di situ. Sebelum pergi dia sempat berkenalan dengannya.

“ hai kawan. Kenapa lambat. Tak ingat janjikah.” Sergah Lily sebaik sahaja Hamoidah sampai. Dia tersengih mendengar sergahan itu. Hamidah tahu Lily sudah marah.

“ maaflah Lily. Aku lambat bangun tadi. Sebab tulah aku lambat kot sini.” Hamidah cuba mencari alas an yang munasabah. Lily tidak menjawab.

“ alaah. Maaflah ye. Takkan itupun nak marah kot. Lainlah aku mungkir janji. Tapi sampai hayatku pun aku tak mungkir janji.” Katanya lagi. Dia tahu walaupun Lily orangnya kuat merajuk tapi rajuknya tidak berpanjangan. Sekejap sahaja rajuknya hilang. Lily akan kembali ceria.

“ eleeh, tadi pun dah mungkir janji. Ok, meh kita bla..” kata Lily.

“ nak ke mana?’

“ cari hadiahlah wek. Minggu depan kan hari jadi Zubaidah..” ujar Lily sekaligus menginggatkan Hamidah tujuan mereka datang ke pecan tersebut. Zubaidah atau Siti Zubaidah merupakan rakan sejak di sekolah lagi. Isnin minggu depan adalah hari jadinya yang ke sembilan belas.

“ kita cari tempat lainlah.” Cadangnya kepada Lily.

“ takpelah. Kat Sabindo ni pun cukuplah. Pekan ni bukannya besar sangat.” Jawab Lily . hamidah tidak membantah.

Tambahan pula hatinya kini tidak begitu senang. Terserempak dengan Syafikah ketika di kedai Pustaka tadi mengganggu fikirannya. Syafikah pula hanya diam tanpa menegurnya. Sudah hampir setahun dia tidak bertemu dengan Syafikah kawan akrabnya sejak di sekolah ketika mereka berada di tingkatan enam. Syafikah seorang gadis yang pintar, petah bercakap, periang di sekolah dahulu. Maklumlah pelajar sastera. Hamidah juga sastera tetapi tidaklah sampai jiwa sastera itu terbawa dalam kehidupannya. Memadailah hanya untuk memenuhi ruang pekerjaan. Memang itulah tujuannya, mahu mengorbankan ilmu ini untuk mencari pekerjaan.
Dia tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Ternyata Syafikah punya keistemewaan tersendiri yang tiddak ada pada orang lain. Selepas dia mengenalinya Syafikah nampaknya tidak keberatan memberikan nasihat ataupun kata-kata semangat kepadanya ketika dia menceritakan masalah yang menimpanya. Tetapi entah mengapa tiba-tiba persahabatan yang terjalin erat terputus di tengah jalan. Hubungan mereka mula renggang ketika mereka menuntut di tingkatan enam atas. Kerenggangan itu membuatkan dia merasa bosan. Hamidah mula berkawan dengan Lily dan Zubaidah. Hamidah hampir melupakan Syafikah sehingga pertemuan tadi membawa memori lama mereka.

“ eh,,cantik tak bingkai gambar ni.” Sergahan Lily mengejutkan Hamidah dari lamunanya yang panjang. Lily sedang memegang sekeping bingkai berwarna hijau muda yang bercorak. Dia mengangguk.

“ cantik. Nak beli ni ke.” Katanya kepada Lily.

“ emm..” jawab Lily selamba.

Setelah membeli bingkai itu mereka pergi ke kedai lain. Kali ini giliran Hamidah pula yang membeli hadiah. Sebuah arca perhiasan. Bentuknya seekor bangau yang dilekatkan pada cermin. Perhiasan itu sangat sesuai diletakkan pada cermin solek. Cukuplah ni,, bisiknya sendirian.

Sampai sahaja di rumah Hamidah terus tertidur di sofa. Keletihan Sepanjang hari melenakan tidurnya. Bunyi telefon bimbit mengejutkannya. Meskipun masih mengantuk tapi dia tetap mencapai telefonnya dengan mata tertutup.

“ hello siapa ni.”

“ hello, Midah..ini Nancy. Saya nak bagitau kau sesuatu.” Talian terputus. Hamidah menunggu. Kemudian telefonnya berbunyi lagi. Dia menjawabnya.

“ hello, apa yang mustahak tu.” Katanya pada Nancy salah seorang dari classmatenya.

“ kau dah tahu ke pasal Syafikah.” Tanya Nancy.

“ kenapa pula dengan Syafikah.” Mendengar nama itu Hamidah tertarik mahu mendengarnya.

“ awak jangan terkejut tahu, kawan kita Syafikah dah pergi untuk selamanya.” Terang Nancy. Ada nada sedih di hujung ayatnya yang didengar oleh Hamidah.

“ What!! Inna lillah Wainna Lillahi Ra’ jiun. Bila tu.”

“ seminggu yang lalu. Aku baru dengar berita dari liza pagi tadi. Aku fikir kau dah tahu.”

“ kau dah pergi ke rumahnya.” Soal Hamidah.

“ tak. Aku sibuk dengan kerja. Tapi esok mybe aku nak pergi.” Kata Nancy.
Hamidah termenung mendengar berita itu. Rasa mengantuk yang menyerangnya sebentar tadi terus hilang. Kata-kata Nancy bermain di fikirannya. Perasaan tidak percaya wujud dalam jiwanya kerana menginggati pertemuannya dengan Syafikah pagi tadi. Mustahil Syafikah sudah pergi. Jadi siapakah wanita yang aku temui pagi tadi? Hati kecilnya berbisik. Dia berasa keliru untuk mempercayai ataupun tidak. Untuk mengetahui jawapannya dia perlu pergi ke rumah kawannya itu.

Esoknya pagi-pagi lagi Hamidah pergi ke rumah Syafikah. Dia menaiki bas menuju ke pecan kemudian di pekan dia menaiki bas yang menuju ke kampong Langkasuka iaitu kampung sahabatnya itu. Di sana dia menemui jawapannya yang sebenar. Melalui Mek Inah ibu Syafikah, Syafikah sudah meninggal seminggu yang lalu. Wajah ibu tua itu kelihatan murung ketika memberitahu perkara tersebut. Air matanya menitis. Hamidah meminta maaf berulang kali. Berasa bersalah. Dia juga turut sedih dengan pemergian Syafikah. Kali ini di benar-benar sedih namun air matanya tetap ditahan dari mengalir menuruni pipi gebunya.

“ anak saya itu orangnya baik. Dia gadis yang baik. suka tolong orang dalam kesusahan. Dia juga anak yang periang. Kami panggil dia Ifah. Tapi sebulan sebelum dia pergi perangainya sudah berubah.” Kata Mek Inah tanpa dipinta olehnya. Kesepian menguasai diri mereka berdua. Hamidah terus menunggu dalam persoalan. Cerita Mek Inah tampak menarik perhatiannya. Namun cuba ditahan keinginanya apabila melihat kesedihan makcik itu. Mek Inah mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya.

“ dia sentiasa marah-marah tak tentu pasal. Lepas tu dia sering diam. Tak banyak cakap. Termenung lah lagaknya. Padahal sebelum ni dia tidak begitu. Makcik pun tak tau apa yang dimenungkannya. Kami bawa dia ke hospital tapi doktor kata penyakitnya tak ada. Tapi kenapa pula anak saya macam tu. Sehingga sekarang makcik tak tahu pun ca kematiannya. Makcik terkilan kerana tak tahu punca sebenar kematian anak makcik.” Ujar Mek Inah mengakhiri ceritannya. Hamidah menghela nafas panjang.
Seorang gadis muncul dari dapur menuju kearah mereka sambil menatang sedulang the. Hamidah memandang wajahnya.

“ itu Nadia. Adik Syafikah. Sekarang ni dia sajalah anak makcik. Anak makcik yang lain kerja di tempat jauh. Jarang balik.” Terang Mek Inah sebelum sempat Hamidah berfikir. Dia mengangguk. Selesai mletakkan the di atas meja Nadiah berlalu ke bilik kemidian muncul semula sambil membawa sepucuk surat berwarna biru.

“ kak Ifah bagi surat ni pada kakak. Ambillah. Arwah kak Ifah tulis dua hari sebelum dia pergi.” Kata Nadia. Nadia menghulurkan surat itu kepadanya. Dengan perasaan lain Hamidah mengambil surat yang dihulur. Nadia juga menunjukkan tempat di mana Nadia disemadikan.

Malam itu bulan tidak ditemani oleh teman sejatinya iaitu bintang. Meskipun begitu cahayanya tetap memukau, Menghiasi seluruh alam maya ciptaan tuhan. Angin juga turut berpuput pelahan mengasyikkan kena makhluk tuhan yang sedang enak diulit tidur ketika itu.

Hamidah tidak dapat tidur. Biasanya matanya akan terpejam sebelum pukul sepuluh malam. Tapi malam itu matanya masih belum tertutup meskipun jam sudah pukul sebelas malam. Kata-kata Syafikah dalam suratnya menghantui fikiran dan perasaannya. Surat itu sudah pun Hamidah baca berulang kali. Pengakuan ikhlas Syafikah tentang punca keretakan persahabatan mereka memukau perasaannya. Ah.. Syafikah, gadis sastera dan sahabatnya yang misteri pemergiannya. Segala perkataan dalam suratnya terasa dalam maksudnya. Tidak terjangkau dalam pemikirannya yang sempit ini. Tiba-tiba dia berasa kesepian. Sepi yang tidak pernah dirasainya.

Surat itu menariknya untuk pergi ke kubur Syafikah. Hamidah pergi keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Mek Inah ataupun Nadia adik sahabatnya. Hamidah bertelekuk seorang diri. Dalam keadaan begitu dia berasa kehilangan yang amat sangat. Kehilangan seorang rakan yang baik. Sanggup berkorban untuk dirinya. Seperti Mek Inah, Hamidah juga berasa terkilan. Dia terkilan kerana baru mengetahui syafikah sudah pergi untuk selamanya. Kenapa tidak dari dulu ketika kawannya itu masih bernyawa. Dia teringat kata-kata terakhir Syafikah dalam surat itu.

“ namun kiranya engakau masih menginggati diri ini tolonglah berkunjung ke rumahku menerusi alamat yang ku berikan padamu. Aku tidak dapat mencarimu sahabatku kerana aku tidak tahu rumahmu dan lantaran masalah yang menimpa diriku. Aku tidak dapat menyatakannya di sini tapi bila kau datang ke rumahku kau akan tahu.”

“ Ifah, maafkan aku sahabatku. Aku telah melupakan engkau begitu lama setelah aku mengenali Lily dan Zubaidah. Mereka baik padaku Ifah. Kau pula terlalu baik padaku. Ifah..aku bukanlah gadis sastera yang pandai berbunga-bunga. kau tahu itu kan. Aku tidak faham apa masalahmu yang sebenarnya. Kenapa kau tinggalkan teka-teki ini padaku dan keluargamu Ifah. Sampai hatimu Ifah…” katanya pelahan. Dia mencabut rumput yang mula tumbuh di atas tanah yang masih merah itu.

Telefon bimbitnya berbunyi. Hamidah mengambil dari poket seluar lalu menutupnya.

“ Lily menelefonku. Menyuruhku pergi. Tapi demi persahabatan kita aku sedia menutupnya. Aku tidak mahu kita diganggu sahabatku. “

Entah kenapa hari itu dia dapat merasakan sebuah pertemuan yang aneh. Sebuah pertemuan yang tidak disangka juga sebuah perpisahan yang tidak disedari. Dia tidak menangis dan tidak ada kata-kata indah ibarat angin yang menyapa tanpa dirasai nikmatnya. Dia masih mampu tersenyum.
Pun begitu jauh di lubuk hatinya tiada siapa yang tahu. Rumput, pokok dan burung yang menjadi saksi pertemuan ini tidak akan tahu. Orang yang lalu lalang juga tidak akan tahu. Yang tahu hanyalah Allah yang maha Mengetahui. Dalam hati Hamidah menangis sepuas-puasnya. Rasa sedih, terkilan dan rasa kehilangan bercampur aduk antara satu sama lain.

Tepat pukul 11.00 pagi, Hamidah meninggalkan kubur Syafikah pelahan-lahan. Beberapa kali Hamidah menoleh ke kubur Syafikah. Dalam hatinya dia berjanji akan pergi ke tempat itu lagi. Tapi bila…kemudian dia teringatkan Lily dan Zubaidah yang sedang menunggu kemunulannya di pekan. Sebuah bas berhenti di depan. Hamidah segara naik dan sempat lagi menoleh kearah persemadian Syafikah sebelum bas yang dinaikinya bergerak pergi. Dia seperti ternampak Syafikah berdiri di atas kubur sambil melambai kearahnya. Wajahnya sugul tapi bibirnya tersenyum. Perasaan Hamidah terharu bila melihatnya. Air matanya menitis di pipi. Dia hairan kenapa dia tidak dapat menahan perasaan sedihnya sekarang ini. Orang yang berada di sebelah terpingga-pingga memandangnya. Dia tidak mempedulikan pandangan itu. Hamidah benar-benar menangis.
Hakcipta terpelihata:
Sujana @ S. Hana Ak
03 Feb 2006

senyum

Senyumlah dikau
Kerana senyum itu hiburan.

Senyumlah dikau
Kerana senyum itu kemesraan.

Senyumlah dikau
Kerana senyum itu tanda kemuliaan.

Senyumlah dikau
Kerana senyum itu ubat.

Senyumlah dikau
Kerana senyumamu lebih cantik dari wajah
Kerana senyumanmu lebih indah dari alam
Kerana senyummu lebih baik dari buruk.

Senyumlah,
Senyumlah dikau.

S. hana Ak

Monday, August 24, 2009

Hidup Mereka Tak Berbudi.

Mereka yang tak berbudi bahasa
Tidak akan mendapat apa-apa
Melainkan kata-kata keji yang didapatnya
Dari orang sekeliling
Ibarat pokok kayu yang mati dan
Hanya sesuai dijadikan kayu api.

Tidak akan ada seorang bergelar teman
Ataupun sahabat yang kekal bersamanya
Kerana kebosanan dan ketakutan
melingkari jiwa mereka
dengan sifatnya yang selalu ego
Dan khayal dalam dirinya sendiri.

Mereka yang tak berbudi
Tak akan aman hidupnya
Kerana lidah dan mata manusia di sekeliling
Senantiasa mengiringi arah hidupnya
Memerhatikan sikap keangkuhanya
Kemudian mengetawakannya dalam diam.

Lalu berjuanglah mereka sendirian
Seperti seorang pelarian
Yang hidup di tengah-tengah kota
Porak peranda.

Nukilan : Sujana @ shana Ak
Masa : 3.10pm – 4.16pm
Tarikh : 5 April 2007

Saturday, August 22, 2009

diari kehidupan 5

sahur!!!! sahur....entah pukul berapa saya dibangunkan oleh romate saya untuk bangun sahur pada hari pertama puasa ini. 220809...syukur, saya tidak menghadapi masalah untuk bangun. selalunya mata ini amat payah untuk terbuka apalagi pada pukul 4 pagi. terima kasih ya ALLAH KERANA TELAH MEMBERIKAN SAYA KEMUDAHAN untuk bangun pagi. lepas sahur mata tak mengantuk. terus buka laptop...emmm buat kerja lah....semoga ramadhan kali ini memberi seribu kenikmatan dan keberkatan pada anda dan saya. Amin....

Ramadhan
kau datang tepat masanya
kala kami seronok dengan dunia fana
kau muncul dengan seribu kenikmatan...
terima kasih Tuhan
kerana menjemput Ramadhan kepada kami...

Wednesday, August 19, 2009

PAGI

Pagi yang jernih
Berlagu burung-burung
Burung-burung yang terkurung
Dari sangkar kemurungan.

Pagi yang jernih
Berlagu anak-anak desa
Meniti jambatan, titian kasih ilmu
Mengharungi cabaran
Arus sungai yang mengalir lesu.

Pagi yang jernih
Embun menutupi bukit, gunung
Menghiasi alam maya, hutan rimba
Yang aneh dan ghaib. Penuh misteri
Rasiah sebuah alam kehidupan di dunia
Mahupun alam ghaib, alam akhirat.

Pagi yang jernih
Ibu keluar. Menjinjing bakul
Menjaja kuih
Ayah keluar rumah. Motorsikal buruk
Nadi kehidupannya. Mencari rezeki
Pada anak-anak dan isteri
Tercinta.

Pagi yang jernih
Embun menghiasi bangunan-bangunan
Matahari memancar layu
Sinarnya bertali arus
Enggan hidupnya diharungi
Oleh alam yang penuh rasiah.

Pagi yang jernih
Manusia kota, kereta kota
Derum-deram kota, bunyian kota
Burung-burung kota, tikus kota
Masing-masing saling berlumba
Mencari rezeki, rezeki kota
Alam metropolitan.

Nukilan: S. Hana Ak
Kuala Lumpur

Thursday, August 13, 2009

Diari kehidupan 3

Bismillahirahmanhirahim....
Assalammualaikum wkt

pagi tadi lepas sembahyang subuh saya tidur balik n bangun kul 7.oo am.. menginggatkan kuliah toturial saya pukul 10 maka saya pun tidur balik. saya diambil oleh rakan saya pakai motor dia. kesian dia sebabnya dia terpaksa balik ke kolej semata-mata mahu ambil saya setelah habis kuliah pukul 9 pagi tadi. hmmm..dari sini saya dapat sesuatu.. persahabatan...sahabat boleh buat apa sahaja untuk kita tapi mampukah kita membalas budinya? saya sebenarnya kadang-kala takut jika saya tidak seperti sahabat yang baik. kasih sayang yang ditunjukkan oleh teman kita amat bermakna kepada kita sepanjang kita menghadapi kehidupan ini.

lepas toturial tu, saya terus ke TMNU 9 untuk toturial pedadogi BM. sekali lagi sahabat saya ini menghantar saya walaupun saya tidak mahu. hmmm...saya tidak boleh tolak pelawaannya walaupun dia penat-penat bawa motor dan saya hanya tumpang duk je....terima kasih wahai sahabatku ini. budi tuan saya takkan lupa hingga akhir hayat saya.

lepas habis toturial saya balik tapi sempat beli jus Mangga madu kat kedai yang jual buah-buahan tu. rasanya kaw...sedap n terasa lemaknya. balik je terus rakan saya ajak saya p beli tiket bas di pekan Tanjung Malim. tapi hampah juga sebab tiket bas p kelantan dah habis. sampai kat rumah tertidor sampai jam 5. hah ni lagi bahaya. pukul 5 saya ada kuliah pengantar teori kat TU 3. apalagi dengan selamba je saya bersiap dan p kuliah. kawan saya tak habis-habis telefon...macam mak pula gayanya. mungkin takut saya tak datang kuliah kot. tiba je kat bilik kuliah..ish kuliah baru nak mula lah bro...

hari ni kami belajar pasal teori semiotik/ lambang yang terdapat dalam kehidupan kita dan ilmu sastera serta ilmu lain. tak sampai setengah jam saya kat situ pensyarah saya bagi tahu kuliah habis sebaik teori semiotik itu diterangkannya. aik awal balik...tapi besok hmmm tambah satu jam lagi lah.

Dan malam ni saya tengok blog kawan-kawan, baca cerpen kat blog penulisan2u, buat diari kehidupan ni...n lepas ni saya akan tidur kot. saya tak buat apa-apa pun padahal tugasan bertimbun. emmm...ok sampai kat sini je diari kehidupanku hari ini wahai diri dan anda pembaca semua. sampai kita jumpa lagi..salam...Hanako

GUGURNYA BUNGA CINTA

Bunga cinta
Yang selama ini ku jaga dengan baik
Akhirnya layu di telan masa.

Bunga cinta
Yang selama ini ku berikan kepada seekor kumbang
Akhirnya tak mampu ku miliki lagi.

Bunga cinta
Buat seorang sahabat
Akhirnya hilang di perdu kenangan.

Bunga cinta
Yang selama ini ku berikan kepadanya
Hanya berlegar di ruang angan-angan
Tak termampu mencapai puncak impian
Menyemai kasih menyemai sayang.

Sakitnya jiwa ini tak terperi
Merintih dalam bayangan waktu
Seksanya hati ini tak terkata
Mendengar ucapan maut darinya
Dan aku harus berundur dengan
Pasrah dan rendah hati
Dari kehidupan yang selama ini aku impikan.

Kala ini hanya kenangan yang mampu ku miliki
Sedang jasad dan hatinya terbang di langit waktu
Kala ini yang bisa aku lakukan adalah bersabar dan terus bersabar
Sedang dirinya ketawa dalam kegembiraan.

Bunga cinta itu
Sudah gugur dari tangkainya
Mungkinkah aku harus mengalah
Atau terus berjuang demi cinta suci
Allahuakbar…

Nukilan : S. Hana Ak
11.07.09 ( sabtu )
Khar

GELOMBANG 04

GELOMBANG 04

Senja itu kulewati sendirian. Di ufuk barat matahari sudah mula menyembunyikan wajahnya yang galak di celah-celah gunung. Aku memandang sekelilingku yang sudah mula gelap. Perasaanku menyatakan aku tinggal seorang diri di pantai redup ini. Para pelancong dan nelayan yang sebentar tadi tertawa riang dengan gelagat masing-masing meminggirkan diri dari tempat ini seakan-akan tidak sudi menyambut kedatangan malam di pantai ini. Hatiku terusik apabila melihat keadaan pantai yang redup dengan pemandangan yang indah. Seumur hidupku inilah kali pertama aku melihat pemandangan laut yang mengajubkan secara nyata. Selama ini aku hanya mengaguminya di dalam gambar dan lukisan sahaja dan berharap dapat menikmatinya suatu hari nanti. Aku masih duduk menghadap lautan lepas di atas pasir.
“ Subahanallah…..” Tanpa kusedari mulutku memuji pencipta alam yang Maha Agung. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan alam ini dengan segala keindahannya untuk dinikmati oleh hamba-hambanya yang kerdil. Sesungguhnya warna-warna yang terdapat pada awan menunjukkan kekuasaannya sehingga menghasilkan panorama yang sangat indah.
“ Kak Ana… buat apa tu. Kenapa tak pulang lagi. Dah nak malamlah kak..meh lah balik.” Suara Hanim berlegar di gegendang telingaku sebelum sampai ke otak. Bahu kananku ditepuknya pelahan.
“ Laaa… kejaplah akak tak puas lagi ni.” Bantahku sekaligus menghilangkan petanyaan Hanim.
“ kalau akak tak nak balik, sudah. Hanim nak balik ni.”
” balik jelah Nim. Tak payah tunggu saya kat sini. Saya boleh balik sendirilah.” Jawab hati kecilku. Hanim meninggalkanku sendirian di pantai. Aku terus leka dengan panaroma langit senja. Sehingga hari betul-betul gelap barulah aku melangkah meninggalkan pantai permai ini. Di kepalaku timbul kepuasan dan kegembiraan. Alangkah seronoknya hati saat menikmati sendiri suasana tadi. Jauh di sudut hatiku aku terfikir patutlah seseorang penulis tidak pernah bosan untuk menulis sesuatu yang dilihat dan dihayatinya. Malah kepuasaan dan kenikmatan jelas tergambar di mata mereka saat selesai menulis sesuatu di atas kertas.
Aku terkenangkan kampungku. Suasananya sama seperti apa yang kulihat tadi. Cuma disini ada lautan, di sana pula ada gunung-ganang. Bukit-bukau. Tempat berlindung sang matahari dan tempat beradu sang bulan bersama temannya. Bila malam menjelma aku sering keluar ke beranda rumah untuk melihat berjuta-juta bintang yang berkerlipan di angkasa raya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Lampu alam memang tidak dapat ditandingi walauapapun lampu di dunia ini. Kekuasaan Illahi dalam menciptakan ini semua menjadi sumber ilham para pujangga melepaskan gunung berapinya. Saat langkahku meniti bibir tangga Chalet yang kutinggal, aku menoleh kembali pemandangan di lautan segara yang amat mengajubkan itu. Hari ini sudah dua hari kami sekeluarga menginap di Chalet ini untuk melancong. Namun ada satu kemusyikilan yang sering bertandang di hati ini sepanjang dua hari aku di sini. Pertama, aku tidak tahu mengapa sekitar jam enam pantai yang indah ini akan sunyi sepi tidak seperti pantai-pantai yang lain yang pernah aku nikmati keindahan dan kepuasannya.
Ketika itu aku ternampak seorang budak perempuan sedang menyusuri pantai dengan kakinya yang tak berlapik. Hatiku serta merta terusik. Aku menjadi hairan kerana semasa aku di pantai tadi tiada seorang pun yang berada bersama-sama dengan ku. Aku tertanya-tanya apa yang dibuat oleh budak itu maghrib-maghrib begini. Kenapa dia tak pulang saja. Pelbagai andaian bertandang dalam hatiku. Mungkin dia nak ambil sesuatu yang tertainggal kot. Aku memberikan jawapan kepada persoalan yang sedang bermukim di fikiranku. Serta merta rasa tanggungjawabku sebagai seorang manusia yang dewasa mengelegak dalam diri ini. Aku segara mengekori budak perempuan itu. Hajat hati hendak menegur dan bertanya mengapa dia ke situ serta hendak menolong apa yang terdaya.
Sampai saja aku di tempat budak perempuan itu tadi aku melihat sekeliling. Kelibat budak perempuan itu tidak ada lagi. Sekali lagi hatiku tertanya-tanya mana perginya budak itu. Masakan begitu cepatnya dia menghilang padahal tiada sebarang benda pun yang boleh melindungi sesiapa di kawasan padang pasir yang meluas ini. Ish. Mana perginya budak tu. Betul ke apa yang aku nampak tadi. Aku mula ragu-ragu dengan pandangan mataku sebentar tadi. Setelah pasti tiada siapa di situ aku kembali ke Chalet. Dalam kejauhan gegendang telingaku mendengar azan maghrib dilaungkan dari masjid yang berdekatan. Aku terus masuk ke dalam dan kelihatan ayah dan emak sedang bersiap-siap untuk sembahyang berjemaah.
” hah. Ana, dah balik pun. Mak ingatkan kau tak nak balik lagi.” tegur emak. Aku hanya diam. Hanim hanya memandang ke arahku. Aku segara mandi dan sempat solat berjemaah dengan keluargaku.
Keesokan harinya ayah dan emak keluar pergi membeli kepak ayam untuk dipanggang petang nanti. Tinggal aku dan Hanim, adiku yang masih berada dalam tingkatan tiga. Aku melihat di luar menerusi jendela. Begitu banyak pelancong yang yang ada di pantai walaupun sekadar berjogging. Jam baru pukul sembilan pagi. Masih ada waktu untuk melepaskan peluh kalau mahu. Aku mengajak Hanim keluar berjogging. Adikku itu menolak. Terpaksalah aku keluar sendirian. Aku segera menyusuri pantai sambil berlari kecil. Para penghuni Chalet sudah mula keluar. Ada yang mandi laut, jalan-jalan ataupun membuat senaman ringan. Tidak kurang juga yang hanya duduk memerhatikan ahli keluarga mereka membuat hal. Kalau mereka ikut kan bagus. Kataku dalam hati.
Aku berhenti di sepohon kelapa. Melepas penat dan peluh yang menyimba. Matahari sudah memancar garang. Entah sudah pukul berapa sekarang. Aku tidak pasti. Mungkin pukul sepuluh lebih. Aku hanya meneka berdasarkan kedudukan matahari. Aku duduk di atas pangkal pohon kelapa yang tengah membuntang ini. Nun jauh di sana aku melihat sebuah keluarga kecil sedang bermain-main sesama mereka. Si ayah mengacah-acah anaknya yang masih kecil dengan barang permainan. Manakala si ibu pula hanya ketawa melihat telatah suami dan anaknya. Aku terhibur dengan gelagat mereka bertiga hingga aku terleka seketika.
” kak, Aiskrim kak.”
Aku dikejutkan dengan kedatangan seorang budak perempuan sedang menjinjing sebakul aiskrim sambil mengacahkan ke arahku. Lantas aku membeli satu dan memberikan wang. Budak perempuan itu terkial-kial mengeluarkan wang lebih dari kocek bajunya. Aku memberikan isyarat supaya tidak payah mengembalikan wang baki.
” terima kasih kak. Kakak memang baik hati.” ucap budak perempuan itu tersenyum mesra. Aku mengangguk sambil membalas senyumannya yang mesra. Kanak-kanak itu berlalu.
” Beginilah kehidupan masyarakat di tepi pantai ini. Saling berlumba antara satu sama lain. Mengejar keseronakan yang sementara. Selepas mereka pulang ke tempat asal, mereka akan terus melupakan kehidupan mereka di sini. Yaaa tak kira saudari ataupun sesiapa saja.” tiba-tiba datang pula seorang pemuda dan menghamburkan segala yang terbuku di hatinya kepadaku. Aku sungguh terkejut dengan kedatangannya yang aneh itu. Dia datang kepadaku secara tiba-tiba. Tanpa memberi salam terlebih dahulu, terus mengucapkan kata-kata. Bukankah itu aneh namanya.
” siapa yang saudara bualkan?” kataku meminta kepastian.
” siapa lagi yang ada di sini kalau bukan saudari. Jadi saudarilah tempat saya berbual kalau saudari mahu.” ujar lelaki itu lagi. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk lalu aku menjawab.
” ohhhh. Terima kasih.” entah mengapa aku mengucapkan kata-kata itu. lelaki itu tersenyum. Memperlihatkan giginya yang sedikit tidak tersusun.
” kerja apa di sini.” soalku lagi sambil menyeka peluh yang masih belum mahu surut keluar dari arah dahi dengan telapak tangan.
” kalau saudari tengok baju yang saya pakai. Agaknya dalam fikiran saudari apa ya.” jawab lelaki muda itu. Aku melihat ke wajahnya. Lain disoal lain pula yang dijawabnya. Bisikku dalam hati. Aku mengelengkan kepala dan menjongketkan bahu. Entah kuasa apa padaku lelaki itu tersenyum mesra. Menggoda juga senyumannya tapi sayang hatiku tertutup untuk menerima senyuman seperti itu. Isk. Aku ke yang perasaan.
” saya Hafizi. Selamat berkenalan.”
Aik, soalanku belum dijawab dah nak tanya nama. Ishk...
” Panggil saya Ana. ” kataku pula.
” saudara Hafizi belum jawab soalan saya.” aku tidak melupakan ayat tanya pertama yang keluar dari mulutku sebentar tadi.
” pasal kerja tu. Itu tak penting sebenarnya kan.”
” tapi ia penting bagi saya.”
” yakah. Apa maksud saudari bertanyakan soalan itu kepadaku.”
Aku diam membisu. Tak tahu apa yang nak dijawab. Fikiranku ligat mencari soalan yang lebih sesuai dengan situasi sekarang. Sinaran matahari sudah memijak di tubuhku. Bahang panasnya sudah terasa. Aku memandang lautan yang luas. Biru merembat mataku. Ombak kelihatan bergulung-gulung menghempas pantai yang putih pasirnya.
” alangkah kayanya Tuhan dengan alam semesta. Alangkah baiknya jika manusia dapat mengecapi dan mensyukuri apa yang Tuhan bagi pada kita. Tapi manusia buta hati. Tak tahu bersyukur. Entah berapa peratus saja yang mensyukuri nikmat yang Dia berikan pada kita. Aku bukannya baik sangat. Aku mungkin berada di antara mereka ini. Orang yang tahu bersyukur dengan orang yang tak tahu bersyukur. Tapi kalau kita muhasabah diri, Kita tahu kelemahan diri kita bukan begitu saudara.” kataku. Aku menunggu respon dari Hafizi. Mana tahu dia dapat memberikan pendapat dirinya sendiri. Suasana sepi seketika. Aku terus memandang ke arah lautan tanpa melihat pemuda tadi.
” saudara Hafizi....” aku lihat ke arahnya.
laaa...patutlah tak menjawab, rupanya lelaki tadi sudah hilang dari pandangan mataku. Ke mana di pergi. Begitu cepat sekali. Aku melihat sekeliling dengan hairan. Aku mengira-ngira masa aku tidak berbual dengannya tadi. Tak sampai dua minit takkan begitu cepatnya dia menghilangkan diri. Aku mula mengukur kelogikannya. Fikiranku hanya terhenti di situ saja akibat kehabisan akal untuk memikirnya. Kesannya aku hanya mampu menjongketkan bahu.
Aku mengangkat punggung, mahu berlalu dari tempat ini. Sambil mengibas-ngibas debu yang melekat dipunggung, aku terpandang budak perempuan yang aku lihat menyusuri pantai semalam di tengah-tengah lautan manusia di tepi pantai. Kanak-kanak ini hanya melihat di tengah lautan yang membiru tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya. Mungkin melihat para pelancong yang tengah bermain kapal layar di tengah-tengah gulungan ombak itu. Entah kuasa apa aku berjalan ke arahnya.
” adik....” tegurku setelah berada di sisinya. Kanak-kanak itu seperti terkejut. Lantas dia melihat ke arahku. Aku tersenyum mesra sambil melihat wajahnya yang redup. Sayu. Aku dapat melihat bola kaca matanya yang sayu dan bersinar-sinar itu.
” mengapa sedih saja ni. Tak nak bermain ke seperti rakan-rakan tu.” kataku sambil menunjuk ke arah beberapa kanak-kanak yang bagiku sebaya dengannya. Aku memegang tangannya. Kanak-kanak itu hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaanku. Hanya matanya sahaja yang memancarkan kesayuan. Pandangannya tidak jatuh ke arah budak-budak yang kusebutkan tadi. Dia terus memandang ke arah lautan segara.
” mengapa asyik pandang kat situ dik?” aku tidak putus asa. Aneh budak ni. Kataku dalam hati. Aku lihat pakaiannya. Pakaiannya sama seperti yang kulihat semalan. Tak berganti.
” dik... siapa nama adik?” kataku lagi. Diam membisu. Tiba-tiba tanpa menjawab pertanyaanku kanak-kanak itu berlari meninggalkan aku. Termanggu-manggu aku dibuatnya. Sudahnya aku teruskan perjalananku untuk pulang ke Chalet. Setibanya saja aku terpandang ayah dan ibuku sedang mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Aku menuju ke arah mereka berdua dengan tujuan untuk menolong. Aku terpandang Hanim, adikku yang hanya memandang kami bertiga dari kaca jendela. Tak perlu dia menolong kami kerana barang yang dibeli cukup untuk kami bertiga saja yang mengangkatnya.

Seperti yang dirancangkan, petang itu aku, Hanim, Ibuku dan ayahku berkelah di tepi pantai. Kami mencari tapak yang sesuai untuk meletakkan barang-barang yang kami ada. Atas persetujuan semua, kami memilih tempat di bawah sebatang pokok hiasan yang merimbun sebagai tempat istirahat kami nanti. Ayah dan aku menyediakan tapak tempat untuk memanggang manakala Hanim dan ibu menyusun barang yang dibawa bersama di atas lapik yang menutupi pasir pantai. Petang ini cuaca amat indah dan nyaman. Redup dan sungguh menyegarkan dengan angin dari laut sudah cukup membuktikannya. Di atas langit kelihatan sekelompok awan mendung tapi aku percaya dan yakin hujan tidak akan turun. Aku harapkan begitu. Malah bukan aku saja, mungkin orang di sekelilingku ini juga mesti mengharapkan yang sama sepertiku. Seperti kata Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: Awan terus mendung tapi hujan tidak turun juga. Tapi dia maksudkan lain dan aku juga maksudkan kata-kata itu berlainan dari apa yang difikirnya. Dia kiasan aku fakta. Itu beza tanggapan kami.
Kami terus leka dengan tugas kami. Ayah dan ibu memanggang. Hanim sudah lama pergi ke bibir pantai. Seronokkan diri bersama para penghuni pantai yang tengah redup ini. Aku sekali-sekala menyampuk dengan keseronokan yang ayah dan ibuku terbitkan. Terlukis di wajah kedua orang tuaku, keseronokan dan kemesraan sesama mereka berdua. Hai...entahlah. Aku fikir aku tidak mahu mengacau kemesraan yang terjalin itu. Aku biarkan mereka berdua. Aku mencapai novel yang aku bawa dari tadi lalu membacanya.
” Begitulah manusia. Hanya tahu berseronok dan berlumba-lumba mengapai kegembiraan. Padahal mereka tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Seronok membaca novel ni?” aku terkejut dari kelekaanku apabila mendengar sergahan dari seseorang yang aku tidak kenali dari sebelahku. Tapi aik...suara itu seperti aku kenal saja. Lantas kepalaku ini kulebarkan ke arah tempat suara itu muncul. Seorang pemuda sedang tersenyum memandangku. Sekali lagi menampakkan susunan giginya yang tidak teratur itu.
” hah, saudara Hafizi...” kataku dengan mulut terlopong. Entah dah berapa lama pemuda ini berdiri di sebelahku. Senyuman tidak lekang dari bibir pemuda ini. Aku membalas senyumannya.
” maaflah, tak dengar tadi. Saudara Hafizi panggil saya tak?” soalku kepadanya. Takut kalau dia panggil, aku tak menjawab tadi. Lelaki itu menggeleng. Aku menebarkan pandanganku ke arah kedua orang tuaku yang tengah seronok memanggang. Mereka tidak memandangku. Asyik dengan kerjanya.
” duduklah.” pelawaku kepadanya. Aku meletakkan novel yang aku baca di pehaku sambil kakiku, aku alihkan ke arah lain. Memberi laluan kepadanya untuk duduk di hadapanku. Dia menurut.
” saudara asyik dengan kata-kata saudara tentang keseronokan para penghuni di sini. Kenapa ya.” tanyaku meminta jawapan. Aku sebenarnya mendengar apa yang dikatakannya tadi.
” apakah aku perlu menjawabnya?” Hafizi menyoalku lagi tanpa memberikan jawapan. Lantas aku mengangguk. Dia tersenyum lagi. Ah.. senyumannya tak lekang dari bibirnya. Dia lalu memberikan jawapannya dengan pertanyaan dan sedikit huraian. Sambil itu aku meneliti wajahnya. Kulitnya hitam manis mungkin dek kerana terlalu lama dibakar matahari di sini. Badannya bila berdiri agak tinggi juga. Pemuda ini sebenarnya hensem jika kulitnya cerah sedikit. Dan aku mungkin tergoda jika keadaan yang aku fikirkan tentangnya adalah realiti belaka. Namun ada sesuatu yang membuatkan dia agak menarik di pandanganku iaitu perawakan dan kekemasannya. Dia tampak kemas dengan baju T-Shirtnya yang berwarna biru ini. Sama seperti apa yang dipakainya pagi tadi. Rambutnya yang pendek disikat kemas.
” ah..penerangan saudara terlalu tinggi untukku.” Ucapku.
”aku tak dapat mencapainya. Apa yang saudara cuba terangkan kepadaku sebenarnya.” tanyaku dan dia menjawabnya. Orang di sekelilingku tidak memandang kami berdua.
Aku terkejut apabila dia menukar topik perbualan kami dengan pertanyaanku pagi tadi. Aku sungguh terkejut dan hairan bila mendengarnya. Bagaimana dia tahu apa yang aku katakan pagi tadi padahal pada masa itu dia sudah tiada di sisiku. Ayat-ayatnya berbaur falsafah. Aku sebenarnya suka berfalsafah juga tapi falsafah pemuda di depanku ini tidak kurang juga hebatnya sehingga aku perlukan masa untuk menghentam soalan yang ditujukan kepadaku.
Untuk seketika kami membisu.
” aku rasa aku harus pergi saudari Ana? Ada hal yang hendak aku uruskan.” katanya kepadaku.
” oh...Tak apa. Emmm pergilah. Aku pun nak habiskan novel ni.” ucapku pula. Aku tersenyum.
”maafkan aku jika ada kesilapan ya?” ucapnya. Aku hairan dengan pernyataannya lantas aku menjawab.
” kenapa pula.” tetapi pemuda itu hanya diam. Dia lantas berdiri lalu berlalu dari situ.
” hah, Ana. Ambil mangkuk. Ibu nak letakkan yang lain ni. Banyak sangat ni.” aku terkejut dengan kedatangan ibuku yang tiba-tiba itu. Aku memberikannya bekas. Ibu meletakkan sebahagian kepak ayam ke dalam bekas yang aku berikan. Tidak lama ayah pula datang. Tahulah aku bab panggang-memanggang ini sudah habis. Ayah menyeka peluh yang merembes di wajahnya. Aku melihat ke arah lelaki yang bersamaku tadi. sekali lagi seperti pagi tadi lelaki itu begitu cepat pergi sehingga membuatkan aku terfikir juga dengan kelogikan pandangan mataku. Kut-kut mata aku ini rosakkah.
Ibu memanggil Hanim yang tengah berseronok di tepi pantai. Seketika aku memandang ke arah Hanim tapi terpandang pula budak perempuan pagi tadi. Kali ini dia berjalan menyusuri pantai tanpa lapik di kakinya. Hatiku berdetik seketika. Hairan dengan apa yang aku lihat. Kenapa budak ini saja yang aku lihat. Kenapa dia ya. Cetus hatiku. Namun kedatangan Hanim mengalihkan fikiranku tentangnya. Petang itu aku dan keluargaku menghabiskan masa di tepi pantai ini. Di bawah sebatang pohon yang tengah merimbun. Aku tidak tahu nama pokok hiasan ini. Usai saja kami pulang ke Chalet. Para penghuni pantai sudah berkurangan. Dan hari ini selesailah perancangan kami untuk melancong. Esok pagi kami akan pulang ke rumah.

Aku memandang sekuntum bunga tulip yang diberikan oleh budak yang sering aku lihat pagi tadi dengan teliti. Seperti tergambar di kelopak bunga ini wajah kanak-kanak perempuan yang bernama Adibah itu. Aku masukkan ke dalam botol berisi air dan letakkan di atas meja solekku. Aku merenung bunga tulip itu. Aku masih ingat bagaimana peristiwa pagi tadi. Kanak-kanak perempuan yang akhirnya kutahu namanya itu memberiku bunga ini.
Aku dan keluargaku sedang berkemas-kemas untuk kembali ke rumah. Entah kuasa apa aku teringin sangat untuk melihat ke luar Chalet yang menghadap lautan membiru yang terbentang luas itu. Saujana mata memandang. Lantas aku berjalan menuju ke luar jendela. Namun pandanganku terhenti pada seorang budak perempuan sedang berjalan menuju ke arah Chaletku ini dengan sekuntum bunga tulip di tangannya. Aku yang agak hairan dengan kehadiran budak perempuan ini segara menuju ke luar. Nyatalah budak perempuan itu memang mahu pergi ke Chaletku. Dia berhenti menghadapku. Aku lantas mendapatkannya.
” adik nak apa?” aku bertanya sesudah sampai ke arahnya dengan suara yang lembut. Memancing minat budak itu untuk terus berbual denganku. Namun pertanyaanku dijawabnya dengan tangannya terjulur ke arahku sambil memegang bunga tulip ini.
” adik bagi bunga ini kat akak ke?” tanyaku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Dia mengangguk. Aku mengambilnya lantas memelukknya. Satu perasan aneh menjalar dalam tubuhku. Dia kuibaratkan seperti adikku sendiri.
” sekarang adik mesti jawab pertanyaan akak kali ini. Sebab ini kali terakhir kita berjumpa ya. Emm siapa nama adik?” kataku padanya. Dia memandangku. Sayu. Lama kemudian dia menjawab antara dengar dengan tidak.
” Adibah...” sehabis saja perkataan itu dia segera berlalu pergi. Berlari sebelum sempat aku berkata dan menghilang di balik pokok bunga sebelum sempat aku memanggil namanya. Aku mengeluh pelahan. Namun seketika kemudian dia muncul kembali dari balik bunga itu tapi tidak datang rapat padaku. Dia hanya memandangku dari jauh. Aku tersenyum kepadanya sambil mengajukan bunga di tanganku. Serta merta segaris senyuman terukir di bibirnya. Aku lega dengan perubahan itu tapi rasa sedih dan kecewa kerana aku akan pulang sebentar lagi. Seketika kemudian Adibah menghilangkan diri dari pandangan mataku.
Aku terkejut dari lamunan apabila Hanim memanggil namaku dari ruang tamu. Aku pergi kepadanya.
” kenapa Nim.” tanyaku kepadanya.
” cuba tengok tu.” jawabnya sambil tangannya menunjuk ke arah tivi di hadapannya. Aku melihat ke arah skrin tivi yang ditunjukkan. Berita perdana Tv satu sedang ditayangkan.
” kenapa dengan Tv ni.” aku tidak mengerti.
” alaaaa cuba akak tengok. Kan itu tempat kita pergi semalam. Tsunami datang melandalah kak. Cuba akak tengok dan dengar apa yang dikatakan pemberita ni.” kata Hanim lagi. Aku memandang ke arah tivi kembali. Sementara itu Hanim memanggil ayah dan ibu. Aku mendengar butiran dari pemberita itu sekali melihat gambarnya. Ya, tidak salah lagi itulah tempat yang kami pergi.
Pemberita itu menyatakan tidak ada sesiapa yang selamat akibat Tsunami yang melanda pantai itu. Serta merta aku terbayangkan wajah Adibah. Mataku tidak berkelip melihat gambar yang ditayangkan sambil telingaku mendengar setiap butir kata wartawan yang bertugas. Aku tidak tahu entah bila ayah dan ibuku sampai dan duduk di kusyen. Aku pula hanya berdiri.
Menurut wartawan itu lagi kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan tetapi diberhentikan seketika ekoran daripada gelombang Tsunami masih belum surut sepenuhnya. Habis saja berita yang menyiarkan Tsunami, Hanim menukar siaran ke tivi tiga pula. Mencari maklumat sepenuhnya tentang kejadian itu. Tivi tiga juga sedang menyiarkan perkara yang sama. Pandangan mataku terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang sibuk menyelamat mangsa-mangsa Tsunami. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Benar, wajah dan tubuh serta baju yang dipakainya memang betul-betul menyerupai Hafizi, pemuda yang aku kenali.
Aku tanya kepada emak, Hanim dan ayahku tentang Hafizi yang sedang ditayangkan di kaca Tivi itu tapi apa yang dikatakan oleh ibuku sungguh di luar dugaanku.
” mana pula. Mak tak nampak pun apa yang kau cakap ni Ana. Kau ni merepek saja.” kata emak dan disokong oleh ayah dan Hanim.
Aku hanya tepuk kepala dan menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku bukannya merepek. Memang benar apa yang aku nampak Hafizi masih hidup. Macam mana pula dia boleh hidup padahal pemberita itu kata tiada sesiapa yang selamat. Dan macam mana pula emak, Hanim dan ayahku tidak nampak Hafizi yang terang-terang lagi bersuluh berada di kaca Tivi sedang bersama-sama pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa. Semua itu tersarung di kotak fikiranku. Dan yang paling mendebarkan hatiku bahawa mangsa yang diselamatkan oleh pasukan penyelamat itu ialah Adibah. Budak perempuan yang memberikan aku bunga tulip pagi tadi. Adakah ini semua satu kebetulan. Aku bersyukur Allah menyelamatkan keluargaku dari malapetaka itu. Begitu agungnya kuasa Allah.
Aku kembali ke bilik sesudah melihat berita yang ditayangkan habis dengan kepalaku yang masih berserabut dengan seribu pertanyaan. Aku melihat ke arah bunga tulip yang dihadiahkan oleh Adibah kepadaku. Bunga itu sudah layu. Serta merta gambaran wajah Adibah dengan kematiannya yang sukar dipercayai bertakung di fikiranku. Serta merta air mataku terjurai keluar dari kolam air mataku ini. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Begitu cepat Allah mengambilnya padahal baru pagi tadi dia bermesra kepadaku. Aku hanya memandang bunga tulip yang semakin layu itu. Tidak sampai hati aku membuangnya. Membuangnya seperti membuang Adibah dalam hidupku walaupun perkenalan kami bersifat sementara. Wajah Hafizi tergambar di ruang fikiranku. Kedua-dua mereka mengamit suatu pengajaran sepanjang hidupku nanti. Begitu besarnya harga sebuah pertemuanku dengan mereka berdua yang mungkin tidak dapat aku lupakan. Namun aku masih terfikir tentang Hafizi. Tentang kemunculan dan kepergiannya dalam hidupku. Ahh....Entahlah. Begitu besarnya kekuasaan Allah dalam hidup ini.

Hakcipta Terpelihara:
S. Hana Ak
090408 ( rabu )
12.44 pm
Kolej Harun Aminurrashid Tanjung Malim, Perak.

Tuesday, August 11, 2009

Kata-Kata hikmah

Makna Persahabatan

Persahabatan umpama sehelai daun setawar. letaklah di mana sahaja di buku atau pasu bunga pun, ia tetap hidup dan bercambah menjadi bunga yang lain walaupun berada di tempat yang kedap udara. Begitulah juga dengan persahabatan. Ia akan kekal selagi kita bernafas di dunia yang fana ini. Nilai persahabatan samalah juga dengan cinta kita terhadap manusia, alam dan Allah SWT. Hargailah persahabatan yang terjalin kerana ia sangat tinggi nilainya....

Sahabat ( Devotees )

Ku layarkan kerinduan
Di lautan memori
Mengimbau kenangan lama
Yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan
Saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran
Cahaya Inspirasi
Sahabat…..

Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu
Diselubungi sendu
Kau tiup kan ketabahan
Untukku ukir senyuman
Bagaikan embun
Hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang esa

Duhai sahabat
Dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhuwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah
Yang terakhir

Dan aku…
Masih di sini
Terus mendaki
Puncak tertinggi hidupku
Dan aku terus menanti
Saat yang manis
Akan berulang kembali
SAHABAT…

KEHIDUPAN

Hidup adalah gelombang lautan
Setiap dugaan adalah asam dalam masakan
Cabaran adalah lumrah alam
Ujian hanya pelengkap kehidupan.

Kegembiraan dan kedukaan bersifat tekal
Perpisahan dan pertemuan kembali
Adalah ikatan sebuah persahabatan
Mati dan hidup adalah suratan illahi
Yang pergi takkan kembali lagi.

Air mata adalah pencuci luka
Hati yang bersih adalah pelindung diri
Teman yang baik ialah mereka yang
Sanggup terbang bersama
Sahabat yang sejati ialah mereka yang
Sanggup membangunkan runtuhan kota yang musnah.

Sikap adalah jasad seorang insan
Dalamnya tersurat kesabaran yang
boleh menjadi penyelamat.
Tenang adalah cerminan insan yang tawaduk
Dalam kesenangan dan dalam kedukaan
Cinta adalah lukisan mata manusia
Yang akan berkembang luas setiap detik.

Iman adalah mutiara di dalam hati manusia
Yang tidak boleh diwarisi walauapapun caranya.
Senyum adalah sedekah yang mulia
Ketawa adalah pembantu senyum yang mulia
Tawakal adalah pengubat rindu di kala rindu menjelma
Ramah yang baik adalah bayangan diri
marah yang sedikit adalah salah satu
Dari sikap mereka yang beriman.
Ilmu itu adalah syurga kepada dunia dan akhirat
Cita-cita
Harapan
Impian
Angan-angan
Kejayaan
Keyakinan diri
Usaha
Adalah tiang dalam kehidupan.


Oleh: S . Hana Ak
170906
9.45-10.23 PM

Di Dalam AT01 Kita Bersatu

DI DALAM AT01 KITA BERSATU
( khas untuk pogram Pend. Sastera UPSI )

Inilah dia korpus sasteraku
Pengikat ukhuwah setiap insan
Di dalammu wujudnya suatu persahabatan
Yang kukuh dan teguh
Buat sahabat-sahabat seperjuanganku.

Sahabat-sahabatku
Dalam korpus ini kita berhimpun bersama
Bergelak tawa bersama
Berduka lara bersama
Bergaduh bersama
Nasihat-menasihati bersama
Tegur-menegur jika ada kesilapan
Alangkah indahnya ikatan suci ini
Ukhuwah yang pastinya tidak akan hilang dari mata dunia
Hanya maut yang bisa memisahkan kita.

Sahabat-sahabatku
Dalam korpus ini
Kita bersama mencantas ilmu
Bergelut dengan ilmu setiap masa
Kita saling bersaing
Siapa di antara kita yang dapat
Pointer yang tinggi amanlah dia
Siapa di antara kita dapat ponter yang rendah
Kita tiupkan semangatnya
Agar dia seiring dengan kita
Natijahnya kita semua adalah keluarga, satu keluarga
Di korpus ilmu dan kehidupan.

Sahabat-sahabatku
AT 01 adalah pembuka bicara kita
Salam perkenalan buat semua
Kita di sini adalah satu ummah
Menjunjung sastera di puncak yang tertinggi
Kita diamanahkan untuk menjaga sastera sebaik mungkin
Agar nanti ia tak kecundang
Pada tangan-tangan yang penuh dengan noda liar.

Sahabat-sahabatku
Di pentas AT 01 ini
Kita digandingkan bersama sebagai satu masyarakat
Sebagai sahabat dan teman
Musuh dan lawan
Ayah dan ibu
Adik dan abang
Kakak dan adik
Guru dan murid
Pemimpin dan yang terpimpin.

Sahabat-sahabatku
Di AT01 kita berhimpun
Sebagai satu sahabat
Namun kelaknya akan terpisah
Menuju haluan masing-masing
ke destinasi yang sudah ditentukan tuhan
Perpisahan ini jangan kita tangisi
biarlah ia menjadi satu lorong pertemuan di lain waktu.

Sahabat-sahabatku
Pada bicaraku yang terakhir
Ingatlah pada kenangan kita semua
Ingatlah pada gelak tawa kita bersama
Ingatlah
Ilmumu ilmuku jua
Di hari perpisahan nanti
Yang akan berlaku jua
Teguhkanlah tali persahabatan kita
Untuk selama-lamanya….

Nukilan:
S.Hana AK
150809 ( Rabu )
13.18 PM
Upsi

Saturday, August 8, 2009

Mutiara Kata

"Hidup di dunia berteraskan cita-cita kita, tapi hidup di akhirat bertiangkan keimanan kita di dunia"

H1N1 ( penyakit selesma babi )

H one N one
Satu nama yang cukup unik kerana dengannya
Gamatnya suara gemersik menyentuh kalbu
Gamatnya kesakitan menjentik hati
Gamatnya manusia dengan laungan kaurantin
Dari tingkat aras ketakutan

Apa yang perlu ditakutkan?
Aneh aneh sungguh aneh
Apakah kerana ia suatu penyakit maka
Ia perlu ditakuti?
Atau kerana ia perosak keamanan maka
Perlu dijauhi?
Hah, atau kerana ia penyebab kematian maka
Kita laungkan GUNA TOPENG….
SUPAYA TAK KENA
VIRUS ITU TAK
MEREBAK DALAM BADAN KITA KALAU GUNA TOPENG…
NANTI KALAU KITA KENA KITA AKAN MATI
SEBABNYA PENAWARNYA AMAT TERHAD…

HAHAHAHA….
Manusia, manusia, manusia
Takut pada kematian
Tapi tak takut pada ketentuan
Takut pada penyakit
Tapi tak takut menerobos kerakusan dunia
Apa yang perlu ditakutkan?
Kalau ditakdirkan mati, maka kita matilah.
Noktah…. tutup.

Tapi ada pula suara yang kecil molek mencelah masuk
KALAU KITA MENCEGAH DULU
LEBIH BAIK DARI MENCEGAH KEMUDIAN.
Betullah tu…
Tapi
Benarkah virus itu tak akan merebak kalau kita guna topeng?
Selamatkah kita…yakinkah anda?
Cuba anda fikirkan….
Kerana semua ini perlu difikirkan….

H one N one
Datangmu sesuai pada tempatnya
Tika kiamat semakin menyambut bumi
Kau datang mengukur kesedaran
Ujian ni ujian…
Bukan sekadar penyakit
Hanya mereka yang benar-benar pemikir sahaja yang tahu maknanya
Ia sebenarnya mengajar kita untuk berfikir
Bahawa sebuah kehidupan adalah
Sebuah perjalanan menuju ke puncak reality.

Nukilan: S.Hana Ak
29, 07,09 ( Rabu )
2.55 pm

Friday, August 7, 2009

Diari kehidupan 2

Bismillahirahmanhirahim

tentu anda tertanya-tanya mengapa saya mengambil ' bulan dan bintang' sebagai tajuk blog saya. Emmm...saya tak kisah jika anda semua tidak mahu ambil tahu pasal tajuk blog ini kerana mungkin ada di antara anda yang menyatakan asal ada isi dah memadai...tapi tak apalah saya tetap ingin memberikan makna tujuan saya....

pernahkah kita terfikir tentang peranan bulan dan bintang? bulan dan bintang adalah salah satu ciptaan Tuhan yang paling indah. Bulan bukan sahaja menyinari kehidupan / bumi tetapi bulan juga adalah lambang kepada agama suci kita iaitu agama Islam. Bintang juga bukan sahaja menjadi hiasan alam jagat tetapi bintang juga adalah lambang kepada agama islam.

Emm...saya ingin bertanya kepada anda semua...di antara bulan bintang dan lampu neon? yang manakah yang paling indah? tentu ada yang jawab bulan dan bintang dan tak terkecuali juga yang jawab lampu neon kan....

tak apa anda berhak menentukannya...

Bagi saya bulan dan bintang adalah lampu yang paling indah. Lampu neon tidak akan dapat mengatasinya. Ia merupakan lampu alam yang tak terjangkau dengan mata hati kita. Andai bulan dan bintang tiada pasti alam semesta ini tidak akan berseri lagi...baiklah...jika bulan tiada, apa akan terjadi kepada bintang dan jika bintang tiada apa akan terjadi kepada bulan?

emmm...sudah tentulah bulan atau bintang akan suram dan tidak ada teman bukan? cuba kita lihat di malam hari apa akan jadi kepada langit apabila bulan tidak muncul? sudah tentu langit akan suram dan gelap gelita kan. Kalau dunia dihiasi dengan wanita, alam semesta pula mestilah dihiasi dengan bintang...

Bulan dan bintang
adalah teman di waktu malam
ketika kita merasa sunyi
yang harus dijaga
agar kerlipannya terang benderang
sehidup semati

jadi, setakat ini sajalah untuk masa ini. Di lain waktu saya akan membawa diri saya dan anda yang ingin mencari rasiah sebenar kehidupan ke sebuah lorong perjalanan yang panjang dan bersimpang siur k....hmmmm...baru lepas solat subuh sebenarnya. mengantuk tak. nak tidur pun tak. jadi baik saya tengok internet k...salam wahai diriku dan saudaraku sekalian...S.Hana Ak

Diari Kehidupan 1

Benarlah...segala kehidupan di dunia ini adalah ketentuan dari Tuhan Yang Maha Esa. Rezeki, jodoh, ajal,dugaan adalah ketentuan yang tiada siapa yang dapat menghalangnya. emmmm...kenapa saya menyatakan ini semua???

sebabnya sebuah cerita telah menyedarkan saya tentang kuasa dan keindahan ALlah SWT. siapa yang pernah menonton 'Anakku Melihat Syurga'? Nah...inilah dia cerita yang menyedarkan aku tentang kuasa Allah terhadap manusia. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak soleh yang cacat telah mengubah perangai buruk ayahnya kepada perangai yang baik.Lihat dan hayatilah ceritanya. Sebenarnya saya baru sahaja habis menontonnya. Cerita ini mempunyai banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita kongsi dan mengadunnya ke dalam kehidupan seharian kita.

emmmm...untuk permulaan cuma ini sahaja perkara yang saya mahu kongsikan kepada diri saya dan anda yang mahu membaca diari kehidupan saya. di lain waktu jika diizinkan Oleh-Nya saya akan membawa diri saya dan anda semua ke sebuah perjalanan hidup saya yang panjang dan bersimpang siur ini ok....diari kehidupan saya telah saya bukakan kepada anda semua yang ingin melihat sebuah perjalanan dan ranjau kehidupan yang sebenar....warggghhhh...mengantuknya...patutlah...dah jam 1.23 am...emmm...saya mahu tidur dulu k..jumpa lagi wahai diri dan saudaraku di luar sana...bye...S.hana Ak

sambungan cerpen Kehilangan

Esoknya, Zaharah balik. Dia melihat pintu rumah terbuka. Zaharah panggil nama Aca dan emak berulang kali. Keceriaan jelas terpancar dari matanya. Kali ini dia akan bersama dengan keluarganya selama dua minggu. Cuti sekolah sudah bermula.
“ mak…mak…Aca…” Zaharah panggil nama emak dan adiknya di luar rumah. kepalanya terjengguk-jengguk melihat ke dalam rumah. Kerana tiada jawapan Zaharah berasa hairan.
“ hairannya…kenapa aku panggil mak tak jawab..Aca pun tak jawab…oh, mungkin mereka pergi kebun kot…tapi mana mungkin. Kan Aca tak boleh keluar rumah?” pelbagai persoalan bertakung di benaknya.
Dia menaiki tangga rumah dan menjengguk ke dalam. Keadaan rumah seperti biasa sahaja.
“ apa yang berlaku?” bisiknya dalam hati. Sebenarnya dia mahu menghadiahkan adiknya selendang yang dibelinya. Selendang itu sudah dijinjitnya bersama bakul di tangan. Dia juga berhajat mahu membawa emak dan adiknya ke berjalan-jalan. Zaharah panggil lagi.
“ Aca….Aca….”
Sambil memanggil kakinya melangkah masuk. Dia melihat sekeliling. tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Di suatu dinding seorang wanita sedang duduk mencangkung sambil menarik-narik rambutnya yang kusut-masai. Zaharah menghampiri wanita itu.
“ emakkkk….” Dia menjerit. Di suatu sudut yang lain pula kelihatan seorang perempuan kecil terbujur kaku.
“ Acaaa…” dia menerpa ke arah adiknya yang terbujur tidak bernafas itu. Zaharah menangis kuat. Sambil memangku adiknya, bibirnya turut memanggil nama adiknya. Kemudian dia pergi pula ke arah emaknya yang hanya memandang sambil tangannya masih menarik rambutnya. Sesekali emaknya tersenyum dan tersengih. Zaharah hilang arah melihat kejadiaan yang berlaku di depannya sekarang ini. Hampir sahaja dia pengsan. Dia tidak sangka begini akhirnya kehidupan adik dan emaknya.
“ Emakkkkk, Acaaaa…” suaranya pelahan kemudian hilang ditelan masa. Zaharah terduduk di situ juga. Lemah, tidak bermaya.




Hakcipta terpelihara
S. Hana Ak

Kehilangan

Angin malam berhembus pelahan. Mesin taip memecah kesunyian malam. Sepasang tangan kecil kelihatan menari-nari di atas huruf-huruf yang comel itu.
“ Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan, ketabahan untuk menghadapi dugaanmu ya Allah.” Air matanya megiringi doanya.
“ Ya Allah. aku redha dengan diriku.” Tangannya menekup wajahnya.


Tubuh kecilnya ditolak kasar oleh emak. Tubuhnya yang kecil beralih tempat. Dia menangis sendu. Namun emak tidak menghiraukan makna air matanya. kaki kecilnya ditendang dengan kuat. Dia menjerit kesakitan. Emak berlalu meninggalkan dirinya yang dirundung malang. Dia menangis teresak-esak. Tangan kanannya merayap di atas kakinya yang sakit. Aca teringatkan emaknya. Sungguhkah emak membencinya. Kenapa emak begitu membencinya. Apakah kerana dia tidak dilahirkan seperti orang lain. Aca cacat kaki sebelah. Aca tidak dapat berjalan lurus macam orang lain. Dia berjalan terjengket-jengket. Bukan Aca tidak berusaha untuk menjadi seperti anak gadis yang lain. Berusaha untuk berjalan normal tapi Aca tidak dapat melakukanya. Hanya Aca sahaja yang menyedari dan merasai keperitan kakinya yang sakit. Maka hanya keadaannya yang tidak sempurna emak membencinya. Aca tidak disayangi, tidak seperti kak Zah.
Aca akui kak Zah memang cantik, sempurna, berpendidikan tinggi dan baik hati. Kak Zah punya segala-galanya. Sebab itulah kak Zah disayangi dan dimanjai oleh emak. Aca memang dah lama tarik diri dengan kak Zah. Kak Zah ada teman lelaki. Emak tidak marah kalau Kak Zah keluar dengan temannya. Emak tak marah kalau kak Zah balik lewat malam. Kalau kak Zah ada barang kemas emak tak pernah tanya itu ini. Mungkin kalau Kak Zah berbohong emak tak pernah akan tahu. Emak memang percaya sangat dengan kak Zah. Mungkin emak sebenarnya tidak bersedia menerima kehadirannya. Tapi Kak Zah baik dengannya. Aca memang minat dengan buku. Kak Zah selalu membeli buku cerita untuknya. Kak Zah juga selalu membelinya bahan bacaan dan majalah adalah kegemaranya. Kebaikan Kak Zah membuatkan Aca selalu termenung jauh di hamparan langit yang indah. Siapa sebenarnya yang berhak ke atas dirinya? Emak atau kak Zah. Ayah! Aca yakin ayah ada hak tentang dirinya kerana ayah tidak seperti emak. Ayah selalu memberikannya semangat. Mengajarnya erti kehidupan. Ayah pandai bercerita. Ayah selalu bercerita tentang kisah tokoh Hang Tuah dan Hang Jebat. Ayah juga bercerita tentang cerita klasik seperti Cinderella, Beauty and the Beast dan Sleeping Beauty. Aca akan membenamkan dan mengolahkan cerita ayah jauh di sempadan. Aca pernah berangan-angan suatu hari nanti dia akan pergi ke tempat puteri tersebut. Tentu seronok.
Tapi sampai sekarang angan-angannya tidak pernah kesampaian. Ayah menyatakan kepadanya angan-angan tidak menjamin apa-apa. Angan-angan hanya menjadikan dia seperti pungguk rindukan bulan. Mulanya Aca tidak faham tapi bila ayah menerangkannya Aca mula faham. Kata ayah cita-cita dan impian adalah kunci masa depan. Tanpa cita-cita hidup ini kosong. Tanpa impian Aca tidak mungkin mengecapi kegembiraan. Aca pun tukar angan-angan menjadi impian. Tapi Aca tidak tahu apa cita-cita Aca. Aca hanya tahu impiannya adalah hendak berjumpa dengan ayah tapi sampai sekarang impiannya tidak pernah kesampaian.


“Sial. Tak tahu malu. Siapa yang nak baca cerita bodoh kau ni. Cerita konon. Huh, cerita ni hanya layak jadi sampah buruk. Awak tu cacat. Kalau cacat anggota, otak pun cacat tahu tak.”
Aca memungut helaian kertas di kaki lantai. Jiwanya merana. Hatinya seperti ditusuk sesuatu. Air matanya tumpah di lantai. Kata-kata emak bagai keris yang tertacak di ulu jantungnya. Aca menangis kerana emak tidak menghargai usahanya. Aca merana kerana emak tidak menyayanginya. Emak menghinanya. Sialkah dirinya? Aca cuba menjelaskan pada emak bahawa hati dan otaknya tidak sama cacat degan kakinya. Tapi suara itu seperti tersekat dikerongkong. Sumbang. Aca berasa tubuh kecilnya dihempas sesuatu benda keras. Sungguh memeritkan. Aca terjerit bersama curahan air matanya. Aca tidak dapat menangkap helaian kertas di depannya. Tangannya memegang kaki bangku. Kaki kecilnya cuba mencari perlindungan dari menjadi mangsa rotan emak.
“ Mak…jangan mak… sakit mak..”
“ Tak perlu. Anak tak tahu malu. Anak sial. Kerana kaulah orang pandang serong kat aku. Kerana kaulah ayah kau mati dihempap pokok. Dan sekarang kau nak bawa orang lain celaka pula hah. Nak bagi malu keluarga hah!”
“ Ya Allah…itu kecelakaan mak. Bukan kerana sial mak…tolong.” Aca tersembam di bawah meja.
Emak berlalu sesudah puas memukul tubuh kudratnya. Aca cuba meluruskan badannya. Dia tidak berdaya. Kakinya sakit. Badannya tersebam kembali. Wajah ayah muncul di fikirannya. Kalaulah ayah masih hidup tentu dirinya tidak macam ini. Ayah sayang padanya. Ayahlah yang mengajarnya supaya menjadi peka terhadap alam. Aca hanya sekolah sampai darjah enam. Aca berhenti setakat itu. Emak meminta ayah supaya memberhentikannya. Ayah mengikut kata emak tanpa meminta pandapatnya terlebih dahulu, itulah perbuatan ayah yang paling dikesalimya. Bila ditanya kenapa dia diberhenti sekolah, ayah menjelaskan tidak ada duit. Aca tahu ayah bohong kerana kak Zah dapat teruskan sekolahnya. Namun Aca rela berhenti. berkorban demi keluarga. Aca mahu jadi anak yang baik walaupun semangatnya untuk belajar masih kukuh dalam dirinya. Waktu itu dia masih tidak mengetahui apa-apa. Di sekolah Aca banyak kawan. Aca tak perlukan simpati. Aca berkawan dengan mereka yang jujur nak berkawan dengannya. Aca juga banyak musuh tapi Aca tidak memusuhi mereka, mereka yang memusuhinya.
Aca diejek, dipermainkan dan dimarah tapi Aca hanya diam. Aca tidak lawan kerana dia tahu siapa dirinya. Aca dilindungi oleh kawan rapatnya iaitu Linda, Julia dan Sofia. Merekalah yang menjadi bodyguardnya kalau diganggu. Kalau mereka tiada Aca seorang sajalah yang berdepan dengan orang yang memusuhinya. Sekarang dia sudah berhenti, bukan dia yang mahu tapi emak dan ayah yang mahu. Aca tidak berdendam dengan kak Zah yang masih bersekolah walaupun Aca sudah ‘pencen’. Tapi kak Zah tetap mengajarnya. Kak Zah sayang padanya. Cuma emak sahaja yang bersikap dingin. Bila kak Zah tamat tingkatan lima, kak Zah masuk tingkatan enam. Aca juga sudah beusia lima belas tahun. Kak Zah dan ayah tetap menyayanginya. Emak tetap dingin dengannya.


Aca masih ingat lagi suatu hari ayah meninggal kerana dihempap pokok semasa pergi mengambil kayu untuk kenduri khawin di rumah kawannya, Linda. Kematian ayah menyebabkan orang kampung menuding jari ke arahnya. Aca dianggap sial. Kematian ayah adalah angkaranya. Aca sangat sedih tapi Aca tetap sabar. Selama ini bila ada kematian dia tidak pernah dilibatkan. Tetapi selepas ayah tiada ramai orang kampung menghinanya. Ada saja kematian yang pelik Acalah yang menjadi mangsa angkaranya. Bagi kematian yang disebabkan penyakit mereka anggap biasa. Tapi bila kematian yang pelik Acalah yang dikatakan dalang kejadian tersebut. Kerana tidak tahan tomahan emak pun membenci Aca. Emak sudah berubah. Dia tiada tempat mengadu untuk menghalang hinaan emak kepadanya. Dia cuma ada kak Zah. Tapi kak Zah hanya akan balik masa cuti panjang. Kak Zah masuk asrama. Kalau kak Zah ada emak tidak berani memukul Aca. Kak Zah memang berani lawan emak kalau emak memukulnya. Kak Zah akan kata pada emak bahawa Aca tetap adiknya. Bila kak Zah tiada emak sedikit pun tidak lepaskan peluang untuk mencari kesalahan Aca.
Kadang-kadang Aca hairan dengan sikap emak terhadapnya. Kenapa emak tidak membunuhnya sahaja. Kenapa emak membiarkan dia menderita. Apa salahnya yang sebenar. Dia bingung dengan sikap emak. Mungkin dia bukan anak emak. Dia hanya anak ayah. Aca sayang ayah, kak Zah dan emak. Walaupun emak sering memukulnya tetapi dia tidak pernah membenci emak. Dia cuma berharap suatu hari nanti emak akan menyayanginya sama seperti emak menyayangi kak Zah.
Aca memang pandai mengarang. Tunjuk ajar kak Zah banyak membantunya dalam mencari idea yang bernas. Falsafah ayah tentang alam mengajarnya menjadi pujangga yang istemewa. Keberanian ayah menjadi idolanya. Kebencian emak terhadapnya mendidiknya menjadi orang yang sabar, tabah dan gigih. Kak Zah menghadiahkanya sebuah mesin taip supaya memudahkannya untuk mengarang. Aca tidak tahu dari mana Kak Zah dapat duit untuk membeli barang yang bernilai ratusan ringgit itu. Aca hanya agak Kak Zah mendapatkan wang dari biasiswanya. Aca memang arif tentang itu. Seorang yang ingin meneruskan pengajiannya ke universiti tentulah Kak Zah memohon biasiswa. Namun ketika Aca baru memulakan karyanya emak menjadi penghalang. Emak memarahinya tanpa mempedulikan hatinya yang luka. Emak memukul tubuhnya yang kecil. Emak tidak suka hasil karynya. Kata emak kepadanya emak akan tambah malu kalau orang membeli karyanya. Emak tidak mahu orang dapat sial bila membaca karyanya nanti. Lantas emak melepaskan amarahnya dengan tubuh kecil Aca. Aca cuba melidunginya kakinya daripada menjadi mangsa namun apalah sangat kudratnya berbanding dengan emak yang besar. Tanpa rasa simpati emak terus memukul, menendang dan merotan tanpa mempedulikan raungannya. Aca lihat emak seperti singa lapar. Terus dan terus memukul Aca. Akhirnya Aca tidak berdaya untuk mengelak lagi.
Aca mula merasa tidak enak badan. Badan Aca mula lemah. Bisa luka mula menunjukkan taringnya. Bibir Aca mula pecah kebiruan. Kulitnya pucat. Tangannya merayap ke seluruh tubuhnya. Matanya terpejam rapat. Aca ternampak ayah muncul di depannya. Ayah pakai pakaian ihram. Muka ayah berseri-seri tersenyum memandangnya. Aca menjerit memanggil nama ayah yang mengapaikan tangan ke arahnya seperti menyuruhnya untuk mengikut jejak langkahnya. Semakin lama kelibat ayah makin jauh. Di belakang ayah kelihatan sejalur cahaya putih. Ayah semakin menjauh sambil tanggannya mengapai ke arahnya. Aca berusaha bangun untuk mengejar ayah yang menuju ke arah cahaya tersebut. Dia berasa hairan mendapati kakinya tidak cacat lagi. Aca dapat berlari normal. Dengan wajah gembira dia berlari mengejar kearah ayahnya. Di hujung cahaya putih sebelum menghilang kelihatan dua tangan bersatu erat lalu kedua tubuh itu melangkah kearah jalur putih lalu menghilang bersama-sama.
Di suatu sudut sebuah mesin taip terperesok berdekatan dengan meja tulis. Dan pawana menerbangkan helaian-helaian kertas di tangan kaku itu. Angin semakin kencang. Kertas putih di tangan Aca semakin berkurangan.
Emak menanggil namanya sambil tangannya menggerakkan tubuh itu. Tiada tindak balas. Emak cuba lagi sambil mulutnya memanggil dengan kuat. Bila menyedari sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Emak mula gementar. Angin semakin kencang. Segala apa yang ada di bilik itu habis diterbangkannya. Dalam keadaan itu emak mula menjerit-jerit tak tentu arah bersama alunan angin yang semakin menggila. Emak sudah tidak kenal dirinya lagi. Emak ketawa, menangis dan menjerit-jerit dalam kedinginan itu.

Hakcipta terpelihara
S. Hana Ak

Kisah Seorang Musafir

Kisah seorang musafir
Berkelana dengan debu-debu pasir
Di lautan manusia yang
Tiada hujung hentinya.

Kisah seorang musafir
Dibawa angin keserekahan
Jiwa dan perasaan
Dihambat taufan berbisik.

Kisah seorang musafir
Merentangi lautan sandiwara
Dalam helaian perjalanan
Demi mencapai
Mutiara yang tersembunyi.

Kisah seorang musafir
Berlagu dalam sendu
Angin ibarat muzik
Dan mata hati adalah lagunya.

Kisah seorang musafir
Pencari teman
Sesetia siang pada malam
Pencari keredhaan
Pada Illahi
Demi sebuah kebenaran
Yang hakiki.


Shana Ak
200906
7.30 am- 7.50 am

Air Mata Ibu

Ibu menangis lagi dan anak-anaknya hanya memandang dari jauh sambil menunjukkan kesedihan bersama. Suara tangisan amat memilukan bagi siapa yang mendengar tetapi kepada siapa air mata itu sebenarnya? Anak-anak tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu kisah ibu. Ibu pula pandai menyembunyikan segala pengalaman pahit manis ketika bersama ayah dalam mengharungi perjalanan hidup berumah tangga. Ibu akan tetap tersenyum dan ketawa bersama bila bersama anak-anak yang dikasihinya. Kekeruhan wajahnya turut dirindui oleh zikirnya setiap kali solat sehingga tiada siapa yang tahu apa yang bertandang dalam hatinya selama ini sehinggalah pada suatu hari aku ternampak ibu menangis dalam diam di dalam bilik. ketika itu ayah tiada bersama ibu, yang tinggal hanya kami berdua kerana anak ibu yang lain iaitu abang dan kakakku keluar tidak diketahui arahnya. Walaupun ketika itu ibu menghadap dinding rumah sambil duduk di atas katil tetapi saya tahu ibu menangis menerusi perlakuannya. Itulah kali pertama aku melihat ibu menangis walaupun tidak terdengar tangisnya. Selama ini ibu selalu menampakkan muka manis ketika bersama ayah dan kami anak beranak.

Namun di usia sekecil itu iaitu umur 9 tahun tidak pernah terlintas di hatiku untuk bertanya kepada ibu mengapa ibu menangis? mengapa ibu bersedih dan siapa yang ibu tangisi. Aku hanya mampu melihat kemudian meninggalkan ibu sendirian dengan dukanya. Tidak lama kemudian ibu keluar dari bilik dengan wajah riangnya dan aku pun turut berkongsi kegembiraan ibu apabila tubuhku yang kerdil ini diangkatnya. Ibu akan ketawa melihat aksi-aksi ganas yang aku pamerkan. Kemudian ayah pulang tika tengah hari dan aku dilepaskan dari dukungan tangan lembut ibu lalu bermaharajalelalah aku di ruang tamu yang dipenuhi dengan perabot-perabot antik ini. ibu pergi ke dapur dan menyediakan makanan tengah hari ayah dan ayah pula hanya duduk menghadap tivi sambil menunggu makanan datang kepadanya.

Ibu mengasuh kami seramai 14 orang dalam keadaan yang serba kedaifan. Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mujurlah ibu seorang petani yang tekun berkerja selain menjadi suri ayah yang setia dan penyayang. Tika subuh menjelang tiba ibu sudah bangun dan menyediakan makanan untuk anak-anak dan ayah. Nasib baiklah sebahagian abang-abangku dan kakak-kakaku ada yang sudah pandai mencari jalan hidupnya yang tersendiri. Mereka pergi mencari kerja di Bandar dan jauh dari mata ibu. Tinggallah kami adik-beradik seramai 7 orang di rumah bersama ibu dan ayah mengharungi zaman kanak-kanak yang kadang-kadang amat menyeronokkan dan kadang-kadang amat memeritkan. Ketika ayah pergi kerja kami menolong ibu menanam sayur di kebun atau pergi mencari kayu api untuk memasak.

Ibu seorang wanita yang bijak bagiku. Selama hidupnya ibu di samping menanam sayur dan ubi kayu serta membuat bendang, ibu juga turut membela ayam, angsa, arnab, kambing yang dikongsi bersama ayah dan itik di samping membela kucing. Ibu bela kucing supaya menjaga padi yang dikumpul di pondok daripada diratah tikus jalanan. Ibu tidak pernah mengeluh dengan kesibukannya. Ibu seorang wanita yang tabah mengharungi cabaran hidup. Cinta ibu terhadap kami, ayah dan alam begitu agung. Dari hasil titik peluh ibulah kami anak beranak membesar walaupun tidak sesempurna anak-anak kota. Dari jerih perih ibulah kami sekeluarga masih mampu bertahan mengharungi sebuah kisah perjalanan hidup walaupun di hadapan itu ada halangan dan tembok yang menghalang. Ibu dan ayah adalah mutiara hati ku yang aku semadikan jauh di lubuk hatikku yang paling dalam. Mereka berdua adalah insan yang kuat dalam menghadapi hinaan masyarakat yang memandang hina terhadap keluarga kami selama ini. Mereka jugalah insan yang mulia kerana tidak pernah berdendam dan membalas cacian orang kampung. Ibu diam. Ayah juga diam.

Tapi mengapa ibu menangis lagi? mengapa ibu mesti bersedih? apa tidak cukupkah kasih sayang ayah terhadap ibu selama ini? aku lihat ibu dan ayah sangat bahagia. Jadi apa masalah ibu? apa tidak cukup lagikah kami anak-anaknya yang memeriahkan suasana ketenangan ibu selama ini atau tidak cukup lagikah kecintaan ibu terhadap Allah Tuhan Sekalian alam maya? Hah, ataupun adakah Allah tidak pernah makbulkan doa ibu setiap hari? Aku kanak-kanak yang mahu belajar memahami manusia terus berteka- teki dalam pertanyaan yang tiada akhirannya. Aku begitu ingin mengetahui apa ertinya air mata ibu itu. Lalu jadilah aku seorang insan yang sentiasa dambakan air mata ibu. Aku pernah melihat ibu keluar dari rumah dengan menjinjit sebuah beg kecil pada suatu malam. Kala itu ibu tersenyum pada kami anak-anak ibu. Ibu membawa adik bongsuku bersamanya. Kepergian ibu berlarutan selama tiga hari dan pada hari ketiga aku lihat ibu pulang dengan senyuman seorang ibu. Ayah ada bersamanya. Aku tidak mengerti makna semua itu kerana aku tidak pernah ambil kisah tentangnya. Sehinggalah suatu hari aku diperlihatkan suatu keajaiban dari Allah yang maha Kuasa. Sebuah peristiwa yang mungkin menyayat hati. Kisah ini adalah suatu cerita yang tidak pernah aku fikirkan akan terjadi sepanjang hidupku sebagai seorang kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa. Kisah ini membuatkan aku sering berfikir tentang makna air mata seorang ibu dan kisah ini juga tidak pernah padam dalam kotak fikiran dan kamus hidupku.

Malam itu sekitar jam delapan malam aku dan adik-adikku sedang menyalai kasut sekolah di tepi unggun api yang sedang menyala di tepi dinding di dapur. Kasut putih itu kami basuh pada tengah hari namun kerana hujan ia tidak kering. Jadi untuk mengeringkannya kami letakkan kasut itu di tepi unggun api yang sedang menjerang cerek air. Esok pasti kasut putih yang sudah tidak putih lagi ini akan berbau arang. Tapi aku sudah biasa dengan bau arang dari kasut. Dengan kehidupan kami begini mana mungkin ayah mampu membelikan sebuah mesin basuh untuk meringankan beban kami dan menghilangkan perasaan malu tiap kali rakan sekolah bertanyakan kasut siapa yang selalu berbau arang ini. Aku pasrah dengan keadaan yang menimpaku. Malah baju sekolah pun kalau tidak kering turut disalai seperti memanggang daging. Ketika kami sibuk di tepi dungun api, ayah dan ibu pula sibuk bercerita di bilik mereka yang bersebelahan dengan tempat kami. Sesekali kami mendengar ibu dan ayah ketawa yang memberi makna ibu sangat bahagia di samping ayah.

ketika kami sibuk menguruskan hal masing-masing abangku yang nombor lima balik dari rumah kawan. abangku ini sebenarnya cuti kerja dan dia menghabiskan sepanjang cutinya di kampung. Masuk hari ini sudah tiga hari dia bercuti bersama kami. Keadaannya sedikit terhoyong-hayang. Sah, abangku ini sedang mabuk. Ayah keluar dari bilik dan menegurnya.

“ lewat benar kau balik Li. Kau minum lagi ya.” Tanya ayah sesuai dengan statusnya sebagai ayah dan ketua keluarga. Li adalah nama panggilan keluarga bagi abangku itu. Nama sebenarnya adalah Ramli. Abangku hanya diam malah terus tidur di lantai rumah. ibu hanya menggelengkan kepalanya.

“ kau minum di mana Li. Kau minum di rumah Kamal ya.” Kata ayah lagi serendah suara yang boleh untuk memancing abangnya yang sedang kemaruk dengan mabuknya. Ayah menyentuh bahunya tapi sepantas itu juga abang menepis tangan ayah dengan kasar. Sepantas itu juga matanya terbuka. merah. Bererti mabuk. Tapi aku yakin mabuknya tidaklah seteruk mana.

“ kau diam. Kau tiada hak menghalang kehidupanku sekarang.” Terpancul perkataan itu dari mulut abangnya. Ayah sedikit terkejut.

“ saya tak boleh biarkan kau begini Li. Kau anak ayah. Ayah berhak menasihati kau Li…”

“ ahhh diam kau orang tua….” Secepat kilat itu juga abang bangun sambil tangannya mencekik leher ayah. Ayah terkapai-kapai. Abang mendorong ayah ke dinding. Ibu terjerit. Kami terkaku melihat adegan itu.

“ Li…lepaskan ayah kau Li. Jangan kau buat ayah kau begitu. Dia tu ayahmu Li.” Jerit ibu dalam tangisan yang kuat. Namun abang masih belum mahu melepas kan ayah. Tangan kirinya cuba menumbuk muka ayah tapi emak cepat-cepat menghalangnya. Emak merayu abang supaya melepaskan ayah berkali-laki. Ayah pula seperti ayam yang mengelepar kerana nafasnya tersekat.

“ kau nak bunuh aku Li?” kata ayah dalam keadaan tercungap-cungap sebaik sahaja abang melepaskan cekikannya.

“ ya, aku memang mahu bunuh kau orang tua. Tahu kah kau, kau hampir membunuh mak. Selama aku hidup kau selalu pukul mak walaupun mak tak pernah buat salah pada kau. Kau juga selalu pukul kami walaupun ketika itu kami masih kecil. Dan sekarang aku tahu kau tak akan dapat lawan aku sekarang kerana sekarang aku sudah besar. Selama ini aku pendamkan perasaanku selama ini. kau tahu mengapa emak menderita. Semuanya disebabkan kau orang tua. Aku tak pernah ada ayah seperti kau. Kau ayah tak guna. Ayah yang kejam. Lebih kejam dari harimau….” Kata abang dengan suara yang lantang sambil tangannya menuding jari ke arah ayah. Ayah tidak terkata apa-apa. Hilang sudah panggilan hormat ‘ Ayah’ oleh abang untuk ayah. Emak hanya mampu mengalirkan air mata mendengar kata-kata abang itu.

“ jadi kau berdendam dengan ayah Li.” Ujar ayah lagi sambil tangan ayah memegang lehernya sendiri. Nafas ayah turun naik turun naik.

“ ya….selama ini kau tak ingatkah bagaimana aku merayu pada kau saat kau memukul badanku dengan belati. Tapi apa yang aku dapat. Maki hamun kau orang tua. Puihhh..” Jawab abang.

“ kau mabuk Li. Sebab itulah kau begini.” Kata ayah.

“ aku tidak mabuk orang tua tak sedar diri. Aku masih waras. Siapa kata aku mabuk. Haaaaa…yahhhh….” Tiba-tiba abang menumbuk dinding rumah sehingga berlubang. Kami semua terperanjat.

“ Ramli….mak tak pernah didik kau kurang ajar pada orang tua Li.” Ujar ibu lemah. Tangisan ibu kedengaran di segenap rumah. Mungkin jiran-jiran pun dengar pertelingkahan ini.

“ siapa kata ayah kau pernah pukul mak….ayah kau baik Li.” Ibu cuba membela ayah.

“ ahhhh Ramli tak percaya. Ramli Nampak dengan mata sendiri macam mana dia pukul mak selama ini. Malah Ramli tahu adik-adik Ramli di sini juga selalu dipukul oleh dia.”

“ ayah pukul mereka kerana degil Li.”

“ sudah mak. Jangan nak cuba tipu Ramli. Ramli tahu semuanya.”

“ Ramli, kau pergilah dari sini Ramli. Tidur rumah kawan. jangan balik rumah selagi mabuk kau tu tak pulih. Pergi Ramli…mak merayu pada kau.” Ibu berkata dalam tangis sendunya.

Dan abang Ramli menunaikan rayuan ibu. Abang pergi dari rumah. Ketika inilah aku baru sedar apa ertinya air mata ibu selama ini. Di samping ibu bahagia bersama ayah, terdapat juga perasaan sedih ibu terhadap perlakuan ayah kepada ibu. Rupanya selama ini ibu menderita hidup bersama ayah. Ayah tidak pernah berubah walaupun sudah mempunyai 14 orang anak. Kami pun tidak terkecuali dari menerima pukulan rotan ayah. Sejak peristiwa itu, ibu dan ayah sering bergaduh di depan kami. Ibu dan ayah tidak lagi menyembunyikan segalanya. Ayah pernah cekik ibu ketika ibu tidur namun Allah sayangkan ibu. Orang yang sering menangis tatkala ayah dan ibu bergaduh adalah kakakku yang nombor tujuh. Memanglah kerana dia sudah besar dan mengerti apa yang berlaku. Aku juga pernah dengar bahawa ibu pernah minum racun kerana tidak tahan dengan perangai ayah namun umur ibu masih panjang. Malah ayah juga pernah menceraikan ibu tapi tidak lama kemudian rujuk semula.

Kisah ibu berakhir apabila ibu pergi buat selamanya pada 1997 kerana menghidapi barah rahim. Di sebalik kematian ibuku ini juga ada kisah yang tidak mampu aku ceritakan. Namun cerita tentang ibu belum berakhir. Setelah aku dewasa aku semakin menghargai jasa ibuku dan penderitaannya. Aku juga sebenarnya rindukan air mata ibu. Aku ingin sekali melihat air mata ibu keluar bukan kerana hidupnya yang memeritkan tapi air mata seorang ibu yang bahagia di samping anak-anaknya yang sudah dewasa dan berjaya ini. Namun mana mungkin aku dapat menikmati itu semua. Semoga ibu bahagia dalam kehidupannya di alam barzakh. Aku akan selalu mendoakan kesejahteraan ibu di samping kehidupannya yang lalu ku jadikan sebagai ilham untuk digarap dalam karya-karya yang akan selalu ku tulis. Sesungguhnya kehidupan ibu amat bermakna buatku. Al- Fatihah.

Nukilan: S. Hana Ak

30/07/09 ( khamis )

2.11 am

Khar. Upsi